Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Reunion With Ex-colleagues

Imej
Lamanya aku biarkan blog nie terabai uhuhu.. Azam tahun depan nak cuba banyakkan entry :P. Sebelum berakhirnya tahun 2013 aku nak abadikan gambar bersama dengan ex-colleagues masa aku bekerja dengan company lama.
Alhamdulillah perancangan yang tak sampai sebulan dapat jugak terlaksana. Biarpun ada yang tarik diri disaat-saat akhir majlis berlangsung dengan meriah. Tema hari tu pink+white atau pink+black, semuanya datang mengikut tema yang ditetapkan. Majlis Hi-Tea diadakan di Cititel, Midvalley bermula jam 12 tenghari sehingga jam 4.00 petang.
Seawal pukul 11 pagi dah ada dekat sana sebab nak setting tempat tu bagi cantik. Nasib baik ada Kak Lynda dan keluarga yang tolong. Kalau nak harap aku dengan Cik Eka berdua yang buat rasanya sampai tetamu datang pun tak siap lagi. Alhamdulillah siap sebelum tetamu sampai.


Memang meriah haritu, happy sangat bila dah berkumpul ramai-ramai. Di harap akan ada lagi majlis seperti nie lagi. Terima kasih pada semua kawan-kawan. Penutup 2013 yang tak mung…

WW - Mini Library

Imej

Panjangkan umurnya Ya Allah....

Imej
Selamat Hari Lahir buat Abah tersayang. Along doakan semoga Abah sihat selalu, dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu disamping kami semua. Amin.... Along sayang Abah dunia akhirat.. 
p/s: tak sabar nak balik kg! hihihi

WW - 11 12 13

Imej

Bantulah mereka...

Imej
Pada mereka yang berada di Lembang Klang bolehlah membantu jika ingin menghulurkan bantuan buat mangsa banjir di Kuantan.  Jom sama-sama kita hulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Tangan yang memberi lebih baik dari menerima.. :)

MILO Go Further Camp

Imej
Dah lamanya aku abaikan blog aku nie..bukan takde cerita nak dikongsi tapi sebab mood ke laut terpaksa la semua perkara tertangguh. Sebenarnya dah lama pun kisah nie 23/11 yang lepas. Aku nak jugak abadikan dekat dalam blog nie kisah kakak menang acara bola jaring anjuran MILO haritu. Buat kenangan di masa akan datang hihihi... 
Dari pagi sampai ke petang aku dekat tengah padang tengok kakak main bola jaring. Dari awal sampailah sekolahnya masuk ke peringkat akhir dan Alhamdulillah berjaya bergelar johan. Macam-macam aktiviti yang dianjurkan oleh MILO. Selain bola jaring, sukan bola sepak dan sepak takraw pun ada. Tapi sekolah kakak berjaya merangkul johan pada bola jaring saja. Bola sepak dan sepak takraw sekolah kakak kalah pada peringkat separuh akhir. Banyak jugak sekolah sekitar di Kuala Lumpur yang mengambil bahagian. Tapi sayangnya tak ramai ibu bapa yang turun padang menyaksikan acara tersebut uhuhuhu...

p/s: sori kawan2 lama x jenguk rumah kwn2...nnt dtg singgah ya... :)

WW - Ceper

Imej
Sejak cuti sekolah nie, aktiviti anak-anak kat umah main ceper. Ceper tu panggilan orang kat kampung aku. Ingat lagi, dulu masa kecik-kecik aku selalu kalah bila main ngan pakcik makcik aku. Sampai merah2 tangan kena jentik.. hehehe. Kalau kat sini orang panggil main tutup botol.. Korang panggil apa?

Hari Anugerah Cemerlang

Imej
Hari Sabtu yang lepas aku ke sekolah kakak sebab ada Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Ada penyampaian hadiah untuk semua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Acara tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis. Semua murid Tahun 6 yang dapat 5A diberi trofi dan wang tunai sebanyak RM50.00 oleh pihak sekolah. 

Bukan senang aku nak ajak kakak bergambar, sememangnya dialah anak yang paling tidak suka bergambar. Jenuh aku paksa haritu nasib baik nak jugak dia bergambar. Apa yang pasti aku dan hubby orang yang paling over sekali bila bergambar haritu...kihkihkih


p/s: Semoga Allah permudahkan urusanku.. Amin


Tahniah Kakak!

Imej
Alhamdulillah...sesungguhnya akulah insan yang paling gembira sekali bila kakak berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Tak terluah rasanya perasaan aku, hanya Allah aje yang tau. Kakak, mama ucapkan tahniah buat kakak kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Mama bangga sekali dengan pencapaian kakak. Mama doakan semoga kakak berjaya di dunia & akhirat. Amin.

p/s : Tima kasih di atas doa kawan-kawan smua.. 

WW - Nervous

Imej

Kisah Kakak....

Hari nie kakak ke Melaka ikut rombongan sekolah ke sana. Sebanyak 3 buah bas pihak sekolah sediakan. Ke semua murid Tahun 6 ikut serta rombongan tersebut. Ikutkan hati aku nak jugak aku ikut tapi memandangkan terbuka kepada murid-murid sekolah aje jadi tak dapat aku ikut. Berat nak lepaskan dia pergi sebenarnya maklumlah pertama kali aku lepaskan dia pergi jauh dari KL nie. Nak bagi dia merasa pengalaman rombongan sekolah mcamana, maklumlah lepas nie dah naik ke Tingkatan 1 mungkin tak dapat jumpa kawan-kawan yang lain. Sebelum cuti penggal akhir nie banyak aktiviti pihak sekolah sediakan untuk murid-murid Tahun 6. Macam semalam kakak terpilih pergi melawat rumah orang-orang tua di Cheras. Seronok dan sedih katanya bila ke sana. Oklahkan, sekurang-kurangnya ada kenangan yang tak dapat kakak lupakan sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. 

p/s: Semoga perjalanan kakak ke Melaka selamat pergi dan balik. Amin.  Lamanya blog nie terabai. Rumah kawan-kawan pun dah bape har…

PINK la sangatt..

Imej
Hari nie opis aku semua staff diwajibkan memakai warna baju pink. Ada sessi bergambar sempena kempen PINK OCTOBER - Breast Cancer Month yang dianjurkan oleh MAKNA. Bila dah masing-masing pakai baju ikut tema, apalagi semuanya pakat pose amik gambarlah tadi hihihi.. Layan jelah gambar nie eh... :D






Potong kek aje...

Imej
Semalam aku tak bawak Abang ke mana-mana pun memandangkan dia pun masih belum baik sepenuhnya. Nak beli macam-macam pun MIL masak lauk banyak semalam. Jadi semalam buat acara potong kek jerk untuk Abang. Nak kuar celebrate tunggu hari Sabtu. Abang dengan tak larat tu aku paksa jugak bergambar hihihi...zalim erk. 

p/s: Terima kasih atas ucapan hari lahir utk Abang yg kwn2 ucapkan.. :)

9 Tahun

Imej
Hari nie genap 9 tahun anak kesayangan aku Muhammad Aiman Aisy hidup dimuka bumi Allah nie, Alhamdulillah. Buat anak mama.... Semoga Abang menjadi anak yang soleh berjaya di dunia & akhirat. Semoga sentiasa sihat selalu dan semoga perjalanan hidupmu diberkti olehNya selalu. Amin....
p/s: hari nie besday boy demam.. semoga anak mama cepat sihat ya.. Amin.

Sapu tangan

Kalau ke mana-mana sapu tangan mesti kena ada kat tangan Aqeef. Masalahnya kat sini sapu tangan tu aku tak boleh cuci langsung dan tak bagi tukar dengan sapu tangan lain. Kadang-kadang tu aku terpaksa amik dan cuci cepat-cepat. Yalah mana boleh sampai tak cuci langsung kan. Dulu si Abang pun ada perangai macam nie jugak tapi bila sapu tangan tu terjatuh dari tingkat atas ke bawah umah, dah tak mintak lagi dah sapu tangan tu. Kalau boleh aku nak stopkan tabiat nie dari Aqeef, yalah tahun depan dah mula nak ke sekolah takkan nak mengusung sampai ke sekolah kan. 

p/s: dulu aku berbantal busuk sampai umur 8 tahun :P

WW - Kasut

Imej

Berjayakah dia...

Sekarang nie hubby aku berazam untuk menaikkan berat badan. Hari tu aku mintak BIL belikan susu yang boleh menaikkan berat badan. Hari pertama minum aku terbancuh overdose kat hubby sampai cirit birit jadinya hahahaha.... then hari ke 2 minum okey takde masalah. Komen hubby katanya perut sentiasa lapar, oklah kan petanda baik tu. Targetnya nak naikkan berat badan dulu then baru nak ke gym. Hubby aku cakap kalau tak dapat badan macam Aaron Aziz dapat macam Adi Putra pun okeylah hahahaha... Okey aku harap dia berjaya! Sekarang nie tambah lagi satu keje aku, selalu buat susu untuk anak jerk sekarang nie dengan papanya jugak aku bancuh :P

p/s: agak-agak dari 51kg nak ke 65kg bape lama agaknya kan? :D

4 tahun sudah....

Imej
Alhamdulillah...hari nie genap Muhammad Arfan Aqeef 4 tahun.  Macam-macam kerenah anak mama yang sorang nie, dialah yang paling manja sekali dan yang pandai amik hati. Mama doakan semoga anak mama menjadi anak yang soleh. Semoga berjaya di dunia & akhirat. Amin.... 
p/s: suka dapat basikal baru smpai bawak masuk dalam bilik.

Bertambah usia....

Imej

Kesian kakak...

Minggu nie kakak dengan abang ada latihan sukan sebab pada Sabtu nie ada sukan tahunan. Kakak terpilih dalam beberapa acara sukan. Semalam ada latihan tarik tali katanya. Balik dari sekolah bagitau yang kaki dia terkopek kulit dan melecet teruk gara-gara buat latihan tarik tali tak pakai kasut! Sampai menangis kat sekolah sebab sakit dan cikgu terpaksa hantar sampai ke rumah. Masalahnya kat sini, esok kakak ada program pemilihan untuk masuk ke Sekolah Sukan Titiwangsa WP. Aku risau sangat dengan keadaan kaki dia yang macamtu. Yang kakak pulak berharap dia terpilih dapat masuk ke sekolah tu. Aku doa sangat semoga esok kakak boleh buat yang terbaik walaupun kaki dia tercedera. Semoga ada rezeki untuk kakak nanti. Korang ada ke tips untuk pulihkan luka dengan cepat. Meh kongsi sikit..  

p/s: esok besday hubby..ermm apa nak buat erk.. :D

Dalam sejarah....

Hari nie kakak aku beri keizinan untuk keluar dengan kawan-kawan sekolahnya ke Times Square. Banyak kali merayu pada aku nak pergi dengan kawan-kawan sebab dia cakap UPSR da habis.  Saja nak seronok-seronok. Berat hati nie sebenarnya nak lepaskan dia pergi tapi aku tak nak mengongkong anak-anak,sebab bagi aku zaman aku dulu dengan sekarang jauh berbeza. Tak boleh gunakan kekerasan. Apapun aku sentiasa doakan keselamatan anak aku. p/s: dulu aku umur 17 tahun baru berani nak kuar ngan kawan-kawan...

Lega...

Alhamdulillah.... semalam hari terakhir kakak habis UPSR. Lega sangat cuma tunggu result nanti bulan 11. Aku percaya kakak dah buat sehabis baik apapun keputusan nanti aku terima. Cuma lepas nie tunggu keputusan permohonan untuk masuk asrama jerk. Sebenarnya berat hati aku nak lepaskan dia tinggal di asrama tapi itu yang dia nak aku terpaksa rela dalam paksa uhuhuhu...


p/s: hepi sangat sebab mak ngan abah datang KL harinie.. :D

WW - Rubber Stamp

Imej
Hihihi... Sejak terjebak dengan novel nie aku dan Just dengan poyonya tempah rubber stamp nama sendiri. Senang tak payah susah-susah aku nak tulis nama cuma chop jer... poyo tak?? :P

Good Luck....

Imej

Selamat Hari Lahir... Mak

Imej
Along doakan semoga Mak panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan sentiasa bahagia di samping kami semua. Semoga segala apa yang Mak impikan tercapai. Sayang Mak banyak-banyak. Amin....


p/s: bulan 9 nie bulan makan kek sebab semua org yg aku sayang ramai lahir bulan nie.. :)

Temankan adik...

Hari nie aku tak keje sebab temankan adik aku yang dari Johor ada interview di Kementerian Kesihatan Putrajaya. Pandai jugak aku tunjukkan jalan ke sini kat dia padahal aku bukanlah arif sangat jalan ke sini.. Hahaha rasa kelakar plak bila bawak adik g interview, yang adik aku malu-malu la sebab aku temankan dia. Ingat lagi kalau dulu MIL aku yang selalu teman aku pegi interview.. Apapun semoga ada rezeki buat adik aku nanti. p/s: nak jugak keje gomen tapi umur terlebih sudah... :-)

Sama tak macam Aqeef...

Plan konon-konon kalau ada rezeki aku nak tambah sorang lagi ahli keluarga, tapi masalahnya sekarang Aqeef nie memang tak boleh tengok aku pegang baby lain. Kalau aku sayang-sayang ngan baby tu apa lagi mengamuk sakan dia, belum citer bab aku dokong baby tu lagi punyalah pukul-pukul aku tak bagi aku pegang. Sampaikan kadang tu kalau aku peluk kakak ngan abang dia pun dia ngamuk. Kadang kesian aku tengok kakak ngan abang, nak peluk cium kena sorok-sorok dari dia uhuhuhu... Pening kadang aku ngan perangai Aqeef, aku tak boleh nak bayangkan nanti kalau esok dia dapat adik lain. Anak korang ada tak yang perangai macam Aqeef?

p/s: tengah nak balas jejak kawan-kawan...sabor ya :)

WW- Novel

Imej
Menunggu giliran untuk dibaca, sekarang tengah baca Hikayat Cinta Si Pematah Hati :D

Apa-apa jelah...

Imej
Rasanya dah bersawang blog aku nie sebab dah lama terabai. Banyak nak cerita cuma masa dan mood je takde. Bulan nie cuma 3 entry jerk yang aku buat uhuhuhu teruknya.. Harap-harap mulai harinie mood xdelah ke laut lagi. 
Nak kongsikan gambar aku ke rumah blogger TunungAhad lepas. Sedap makanan yang dihidangkan dengan biskut-biskut raya yang semuanya Tunung yang buat. Minggu nie dorang nak serbu rumah aku pulak. Tengah pikir lagi apa nak masak :D Korang dah habis beraya semuanya ker? 
p/s: bulan puasa berat turun sekilo dua lepas puasa naik pulak berkilo-kilo kan hihihi...

Cabut Gigi....

Sepanjang aku hidup 34tahun nie, rasanya nilah pertama kali aku nak g cabut gigi. Punyalah berdebarnya jantung aku nie Tuhan je yang tau. Nak tak nak terpaksa gak aku cabut geraham bongsu aku nie dari aku sakit kemudian hari..uhuhuhu.. Korang pernah cabut gigi geraham? :-D
p/s: aku masih di kg, Rabu baru start keje.

Selamat Hari Raya

Imej
Buat semua teman-teman blogger. Minta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya berblog secara sengaja atau tidak. Semoga lebaran ini kita raikannya dengan penuh kesederhanaan. 

p/s: uhuhuhu baju tak packing lagi mlm nie dah nak balik...

Mood Raya...

Imej