Isnin, 8 Disember 2014

Berkhatan....

Nak abadikan kat sini supaya esok-esok Abang boleh ingat bila tarikh keramat dia dikhatankan hehehe... Tanggal 29hb November yang lepas Abang telah pun selamat dikhatankan. Umur Abang 10 tahun aku khatankan dia, dengan rela hati dia nak berkhatan, yalah kadang-kadang anak tak ready nak khatan tu yang ada kes lari masa berkhatan kan.. hehehe...  

Mulanya nak buat waktu siang tapi sebab ramai jadi giliran Abang kena sebelah malam. Sebelum berkhatan sempat lagi Abang mintak kasut futsal katanya nak main sebelum berkhatan..uhuhuhu.. sebab tak nak Abang kempunan lepaskan jugak hajat dia beli kasut futsal. Sudahnya dia tak main pun sebab tak cukup geng. 

Lepas Isyak keluar dari rumah ke Klinik Ikhwan yang berhampiran dengan rumah. Pukul 8.45 malam sampai di klinik giliran Abang lebih kurang pukul 10.30 malam uhuhuh.. Sebelum sampai giliran Abang macam-macam ayat yang aku suruh Abang baca sampai Abang kata nak demam dibuatnya..hehehe... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma masa berkhatan tu darah Abang keluar banyak mungkin sebab dia nervous. Aku tak ikut masuk pun dalam bilik tu cuma En Hubby yang temankan Abang. 

Seingat aku, dulu adik aku berkhatan masa kecik-kecik mak cakap jangan bagi perempuan tengok nanti lambat baik..hehehe.. tak taulah betul ke tidak kan.. Aku pulak tak berani nak tengok jadi mintak En Hubby tengokkan jelah...uhuhuh... Malam pertama tu Abang menangis tak boleh tidur malam sebab sakit katanya... Yalah ubat bius dah habis mestilah rasa sakit. Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik dan sibuk mintak aku nak pegi main bola... uuhuhuh... memang TAK dibenarkanlah.. Belum baik sepenuhnya Abang dah merengek nak main...uhuhu.. Sekarang nie sibuk menghitung hari bila nak habis pantang, tak sabar katanya nak dapat makan itu ini dan yang PALINGGGGGG Abang tak sabar nak pegi jumpa geng-geng nak main sama-sama. Sekarang nie dah boleh pakai seluar... En Hubby kata 3-4 hari lagi baiklah Abang. Sekarang Abang makan pun makin berselera kalau tidak dialah anak yang paling CEREWETTTTT bab makan. Alhamdulillah besar dah anak bujang mama.. Semoga membesar dengan sihat dan berjaya dunia & akhirat... Aminnn....

uhuhuhu......gambar kenangan abang sebelum dikhatankan...
Muka ada sikit cuak tapi sempat berPEACE lg kan.... :)


p/s : harap2 mood nak berblog x ke laut lah.. hehehe..

Jumaat, 5 Disember 2014

Miss me? :P


Assalammualaikum... haahahaha...statement POYO skit ek... Uhuhuh lamanya blog aku nie dibiarkan sepi... Banyak sangatttttt kisah yang nak aku kongsikan kat sini.. Harap-harap MOOD nak berblog tak ke laut lagi... Tunggu Isnin nanti ya... :D

Khamis, 23 Oktober 2014

Besar dah dia.....


Alhamdulillah hari nie genap 10 tahun umur Abang. Cepat betul masa berlalu pejam celik dah besar anak mama nie.. Semoga mewah rezeki, sihat selalu dan menjadi anak yang soleh berjaya di dunia & akhirat.. Aminnn..  Love u sayang.... 

Jumaat, 3 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Salam Aidil Adha... Macam biasa setiap kali raya qurban di KL aje... Pada yang balik ke kampung semoga selamat perjalanan pergi dan balik.. Aminnn....


Sabtu, 27 September 2014

36 Tahun....


Selamat hari lahir buat Hb tersayang. Ma doakan semoga sayang diberi kesihatan yang baik, mewah rezeki, semoga Allah sentiasa memberkati sayang didunia & akhirat. Aminn... Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan papa yang bertanggungjawab dan penyanyang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamaya.. Aminnn....



Rabu, 24 September 2014

WW - Tangga

Sekarang sampai opis aku naik tangga dari lobi sampai ke tingkat 11. Nak kekalkan stamina katanya...hehehehe

Jumaat, 19 September 2014

10KM - Lion Parkson Run 2014

Aci tak kalau aku cakap nie marathon aku yang ke dua sebab sebelum nie aku pernah jugak join tapi rasanya itu 3 tahun yang lepas kot. Kiranya yang dulu tu takdelah berjaya sampai ke garisan penamat sebab belum setengah jalan aku dah naik bas...hehehehe... Oklah tu kan kira adalah jugak pengalaman marathon nie kan... 

Pagi Ahad tu aku sampai sana dalam keadaan hujan lebat hokeyyy...uhuhu.. korang semua sedap tido aku dgn BFF dah terpacak kat sana. Jam 6.30 pagi hujan dengan lebatnya aku kebasahan di bawah khemah...uhuhuh.... masa tu dah give up sebenarnya sebab takde tanda-tanda hujan nak berhenti. Kalau ikut jadual jam 7.00 pagi dah mula larian tapi sebab hujan terpaksa ditunda ke jam 8.00 pagi. Alhamdulillah masa start larian tu hujan dah berhenti dan yang paling best cuaca pagi tu tak panas, redup sepanjang habis larian.  

Hahahaha... sebenarnya nak kata lari tak jugak, banyak berjalan dari berlari..kekekeke... kira aci lah tu kan bukan senang nak habiskan 10km tau... uhuhuhu... Aku jumpa ramai kawan-kawan opis aku yang dulu yalah dah nama pun anjuran dari Company lama aku haruslah aku dapat jumpakan hehehehe... 

Ikutkan nak habiskan dengan berlari pada 3km terakhir tapi kasut BFF aku tapak dia nyaris tertanggal. Oleh sebab semangat setia kawan aku temankan BFF aku sampailah ke garisan penamat. Nasib BFF aku baik bila sampai aje ke garisan penamat ngam-ngam ternganga tapak kasut dia...uhuhuhu... Oklah kan dari tertanggal masa belum habis marathon. 

Dah canang-canang pada korang aku nak gigit medal kan hehehehe....berjaya jugak aku gigit medal nie tau. Pencapaian aku untuk tahun 2014 nie kekekeke...... Seronok pulak bila join marathon nie yalah sambil kita menderma dapat jugak kita menjaga kesihatan kita kan...hehehehe....

Gambar kiri aku baru start lari
Gambar kanan check point 7km 

Dengan kawan-kawan aku dari opis yang dulu

Masing-masing dengan muka teruja kekekekeke....

Hahahaha...dah kata nak gigit medal kan... ^_^


p/s: Next marathon 2/11/2014...fuhh kena start workout dari sekarang nie... kuikuikui...
 
 


Khamis, 18 September 2014

12 September...

Tarikh tu merupakan hari lahir nenek aku yang ke 70 tahun. Hmmm...kami raikannya di Hospital Sg Buloh. Kesian nenek aku, keluar masuk hospital dan sekarang masih lagi di hospital genap sebulan. Cuma sekarang dari Hospital Sg Buloh pindah ke Hospital Selayang. Tak sanggup aku tengok nenek aku macam tu hanya mampu berdoa semoga nenek aku cepat sembuh. Semoga mak cepat sembuh, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan mak di dunia & di akhirat. Aminnnn....  Sayang mak selamanya... 






p/s: tak boleh nak teruskan menaip entry nie, sedih yang tak dapat aku luahkan.. :(



Jumaat, 12 September 2014

Kisah hari Rabu

Bulan nie banyak hari lahir orang-orang yang aku sayang. Dari mak aku, HB, Mil, Sil, nenek dan sepupu aku semuanya lahir bulan September. Pendek kata bulan makan kek lah bulan nie...hehehe.. Rabu yang lepas 10 September hari lahir Mil aku yang ke 58 tahun. Kali nie Mil dah pesan awal-awal tak payah celebrate dekat luar sebab dia da masak banyak. So kami beli kek aje. Tunggu Sil sampai rumah aku dekat pukul 11 baru sesi memotong kek. Habis potong kek apa lagi berwefie lah kitorang. Dekat sejam jugak baru habis bergambar...uhuhuhu... sampai da naik lenguh mulut senyum..hehehe.. Tengah-tengah malam rumah aku meriah lagi macam pukul 12 tengahari...uhuhuhu.... Semoga Mama dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dan diberkati Allah di dunia & akhirat.. Aminnn.. Sayang semuanya ketat-ketat.... 


Mil & Sil.. Orang tak percaya yang Sil tu anak Mil aku.. setiap kali keluar mesti orang ingat aku nie
anak Mil aku... hehehe



Hb & Bil orang ingat dorang kembar.. kadang-kadang orang tak tau ingat Bil aku tu Hb aku...uhuhuhu











p/s : Hari nie birthday Nenek aku.. Semoga cepat sembuh dan boleh keluar cepat dari wad.. Esok genap sebulan nenek aku duduk wad.. :( 

Rabu, 10 September 2014

WW - Marathon


Tak tau mampu atau tidak habiskan 10km nie.. tapi target aku nak dapatkan medal...hehehe... Semangat marathon Ahad nie, aku naik tangga dari lobby ofis sampai ke tingkat 11. Pancit jugak dibuatnya..uhuhuh... Apapun target aku dan Just nak gigit medal nanti..hehehehe... Semoga dipermudahkan semuanya nanti.. Aminnn....


p/s: sape-sape yang ada tips boleh la kongsikan kat aku... ^-^

Selasa, 9 September 2014

Geder together

Cerita Ahad yang lepas, setiap kali nak ke mana-mana mesti kena cukupkan 4 orang nie. Kalau tidak nanti macam tak best. So bila sorang tak free kena tunggulah. Lama sebenarnya tak keluar berempat bila masing-masing sibuk. Jadi ada kesempatan dapat berjumpa apa lagi peluang yang ada jangan dilepaskan. Alhamdulillah syukur bila dapat HB yang sporting nak pergi mana tak pernah nak bising. Terima kasih En HB... love u more...hehehehe

Destinasi kami ke mana lagi kalau bukan Times Square, itu port yang paling best nak shopping dengan lepak. Lebih kurang pukul 12.30 kami sampai disitu.. pusing jalan-jalan, tengok-tengok, beli-beli dan makan-makan lebih kurang 5.30 petang keluar dari TS. Sebelum hantar aku balik kami singgah minum dulu dekat area rumah aku. Tepat pukul 7 petang aku sampai di rumah..uhuhuh... Jalan-jalan mengalahkan orang takde keluarga kann..takpe kot sesekali perasan bujang...kihkih...






p/s: tengah bersemangat nie nak menulis blog yang da lama menyepi...hehehehe





Isnin, 8 September 2014

Potluck Gathering

Lamanya aku biarkan blog nie bersawang...uhuhuhuh... hai lah kenapa mood macam nie erk uhuhuhu... Banyak citer nak cerita tapi kena korek dulu segala gambar dalam hp aku nie baru boleh boleh cerita.

Cerita Sabtu yang lepas, gathering dengan kawan-kawan opis lama aku. Dah 3 tahun pun tinggalkan Company lama tu tapi hubungan tu tak pernah putus. Bila ada peluang boleh la berkumpul macam nie. Tujuan perjumpaan pun nak mengeratkan ukwah yang sedia terjalin.  Ikutkan ramai lagi tapi di saat-saat akhir ada beberapa orang yang tak dapat turut serta. Tapi walaupun beberapa kerat yang datang kecohnya mengalahkan pasar borong hehehe.... 

Gathering kali nie kita buat potluck. So masing-masing bawak 1 jenis menu. Aku masak mehun goreng dan karipap. Penuh jugak 1 meja tu bila masing-masing bawak makanan. Macam-macam ada... ada spaghetti, kari ayam, nasi impit, kuah kacang, asam pedas daging, bubur jagung dan kuih-muih. 

Terima kasih pada tuan tanah Kak Lynda sebab offerkan diri untuk buat kat rumah sendiri. Memandangkan rumah tuan tanah je yang paling sesuai...hehehe.. Semoga murah rezeki Kak Lynda sekeluarga. 

Semoga ukwah yang terjalin akan berkekalan sampai bila-bila.. Aminnn..





Bila mak2 orang dapat bergambar mengalahkan model... hehehe

Kak Jue bergambar dengan klon Nicol David katanya... hehehehe

Kaum bapa yang datang pun x ramai... Hb aku sendiri pun x join cuma kakak je yang setia menemani aku. Masuk dua jam kat situ muka da monyok sebab boring takde kawan... dari sampai datang sibuk melayan hp dia aje...uhuuh

Sibuk nak menapau 




Khamis, 26 Jun 2014

13 Tahun...

Alhamdulillah genap usia kakak 13 tahun hari nie. Sedar tak sedar besar dah kakak. Memang dah besar pun dia dari aku. Rasa macam baru semalam je beranakkan dia uhuhuhu.. Mama doakan semoga kakak menjadi anak yang baik, berjaya di dunia & akhirat dan semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Aminnn.... I love u kakak!


Kakak yang paling susah bila diajak bergambar...uhuhuhuhu


Selasa, 24 Jun 2014

Nenek a.k.a Mak

Banyak nak cerita cuma mood nak berblog kebelakangan nie jatuh merudum balik uhuhuhu... Nie pun aku gagahkan jugak nak menaip mengarang sebab kesian pada blog aku yang mula bersawang nie. Mana boleh bagi 'spider' jadi tuan tanah ya dak...hehehehe

Seminggu yang lepas aku sibuk ulang alik dari opis ke Hospital Sg Buloh tengok nenek a.k.a mak aku yang tak sihat. Sedih rasanya bila tengok keadaan dia yang bertambah uzur. Nenek aku ada masalah buah pinggang, paru-paru berair dan jantung. Lama dah dia sakit cuma sejak kebelakangan nie kerap keluar masuk hospital sebab ada masalah pernafasan. Alhamdulillah pada Jumaat yang lepas dia dah dibenarkan keluar hospital walaupun keadaan dia tidak berapa baik lagi. Semoga kesihatannya bertambah baik dari sebelum nie... Aminn....

Berjaya jugak aku siapkan 1 entry walaupun tak panjang mana. Harap-harap esok mood nak berblog xlah ke laut. uhuhuhu... 



p/s: khamis nie besday kakak dok pikir apa nak bagi walaupun dah tau dia mintak apa..hehehe


Rabu, 28 Mei 2014

WW - Photobook


Abadikan gambar dekat photobook nie.. Trip dengan bff... harap plan nak naik Cruise menjadi..Inshaa Allah... :)

Rabu, 30 April 2014

WW - Azan

Abang dapat Tempat Ke-2 sertai Pertandingan Azan.
Next entry aku cerita pasal Abang. 

Selasa, 29 April 2014

Car Boot Sales

Bila berkawan dengan orang yang kaki meniaga secara tak langsung kita yang tak minat meniaga pun jadi minat. Aktiviti hujung minggu sekarang nie dengan join "Car Boot Sales" di Kota Damansara. Biasanya setiap hari Ahad aku dengan kawan-kawan akan berada di sana. Aku ikut pun hanya nak memeriahkan susana dekat lokasi kejadian tapi lepastu jadi seronok pulak. Baru 3 kali pun kami join. Macam-macam barang yang ada dijual tapi semuanya terpakai. 

Walaupun yang dapat taklah seberapa tapi yang paling berharga adalah pengalaman yang aku dapat. Dapat jumpa kenalan baru, dapat tengok macam-macam ragam manusia. Dan yang paling penting ikatan persahabatan antara aku dengan kawan-kawan semakin erat terjalin. 

Oklah dah takde idea nak dicoretkan kat sini..hihihi.... Layankan jelah gambar nie ya. Kami yang suka bergambar dan kami jugalah yang paling riuh kat situ..uhuhuh....

Suasana seawal jam 7 pagi

Ini Car Boot kami....

Minggu Ke 2 dan Ke 3 


p/s : pada sesiapa yang nak join Car Boot Sales di Kota Damansara boleh tengok di sini


Isnin, 28 April 2014

I'm back... :)

As salam semua dan selamat pagi.. Lamanya dah tak update blog aku yang satu nie. Hmmm...sejak kebelakangan nie ada benda lain yang aku fokuskan tapi sekarang semua tu dah aku tolak tepi. Nak rajin kembali menulis blog dan jenguk blog kawan-kawan. Banyak sangat cerita yang aku nak kongsikan dekat blog nie. Dari kisah sendiri sampailah ke  kisah anak-anak...uhuhuh.. Takpelah pelan-pelan aku update nanti. Harap-harap mood tak ke laut la..hihihi....


Rabu, 12 Mac 2014

WW - #PrayForMH370


Semoga dipermudahkan usaha mencari mereka.. Aminnnn

Rabu, 22 Januari 2014

WW : Shawl


Shawl kesayangan aku terbakar dek kena iron panas....uhuhuhuhuhuhu....

Selasa, 21 Januari 2014

Alkisah.....

Fuhhh....berkurun rasanya aku tak update blog nie. Bukan takde cerita tapi pasal mood nak menaip tu takde jadi terbengkalai jelah. Hari nie aku gagahkan jugak jari jemari nie menaip sebab kawan aku dah sibuk suruh update blog hihihihi... Aku nak ceritakan kisah yang terjadi Ahad lepas, kisah anak aku yang bertuah sorang tu si Aqeef. Biar aku coretkan kat sini sebab bila dia besar nanti dia tau dia ada buat salah besar pada Ucu dia sendiri uhuhuhu... Wah...citer dah suspenkan...salah apakah itu? kihkihkih....

Nak dijadikan cerita Ahad yang lepas BIL aku charge handphone dia dekat bilik. Selalunya dia charge HP dia tu kat hall. Aqeef plak haritu main bola dalam bilik Ucu dia. Sebelum tu adalah Ucu dia marah kat dia pasal apa ntah aku pun tak pasti. Marah-marah manja gitulah kan.. si Aqeef ni plak jenis cepat sentap. Oklah lepas kena marah dia sambung semula main. 

Tiba-tiba bila Ucu dia masuk bilik nak ambik HP dia tu takde! Aku dengar masa tu buat tak tau jelah kan sebab mungkin dia salah letak. Lepastu keadaan mula panik bila dia call HP dia tak dapat. Jenuhlah cari satu bilik tu takde! Bila tanya Aqeef dia diam jerk. Okey suspek utama dalam hal nie mestilah Aqeef kan. Uhuhuhu... BIL aku apa lagi terus turun ke bawah rumah cari-cari HP dia kot-kot ada dekat bawah kan. 

Dengan bengangnya BIL aku naik atas tunjukkan HP BB kesayangan dia yang GF dia bagi telah pun hancur berkecai! Ya Allah!!! Aku terkejut beruk masa tu si Aqeef buang HP Ucu dia dari tingkat 16 ke bawah! Sejak bila dia pandai buang-buang barang pun aku tak tau! Sebab sebelum nie takde plak aku nampak dia buat macamtu! 

Apa lagi hubby aku marah dan pukul la dia.. Aku plak sebagai mamanya mestilah pertahankan anak aku kan. Menangislah si Aqeef bila papa dia marah dekat dia. Pandai pulak lari dekat Ucu dia mintak maaf. Dari marah terus tak jadi nak marah bila anak sedara mintak maaf kat dia kan. 

Uhuhuhu....terpaksalah ganti balik HP BIL aku yang dah hancur tu. Semalam pergi hantar kat kedai pun dah tak boleh terima dah. BIL aku cakap nombor yang ada dalam HP tu yang penting tapi nak buat macamana kan dah takde rezeki..uhuhuhu.. Aku rasa bersalah sebenarnya, tapi tulah benda dah jadi kan. Sekarang nie Aqeef pun dah tak berani nak masuk bilik Ucu dia lagi. 

Hari-hari aku cakap dekat Aqeef jangan buang barang dekat bawah nanti papa marah. Dia pun angguk-angguk je. Cakap tak nak buat lagi dah. Nanti papa abik Aqish katanya.. uhuhuhu... itulah anak kan.. merekalah racun merekalah penawar.. macam-macam ragam..uhuhuhu..




Jumaat, 3 Januari 2014

Hari Pertama....


Aqeef masuk sekolah semalam, tak sangka yang dia akan menangis. Mula-mula aku hantar okey lagi lepas tu lama-lama dia menangis uhuhuhu...aku plak yang sebak dengar dia nangis. Terpaksalah aku menyorok dari dia. Jenuh cikgu pujuk dia dari menangis lepastu sambung balik menangis tu. Nasib baik dia bukan jenis yang menangis meraung-raung tu takut mengganggu kawan-kawan yang lain nak belajar. Sampai ke balik dia melayan perasaan dia sorang-sorang tak nak bercampur dengan kawan-kawan yang lain. 

Hari nie MIL aku yang terpaksa hantar Aqeef ke sekolah sebab aku dah mula bekerja. Bila aku call tadi katanya Aqeef masih menangis jugak macam semalam. Takpelah mungkin seminggu dua nie dia nak biasakan diri dengan persekitaran yang baru. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Jangan jadi macam aku dulu-dulu sudah sampai sebulan abah aku tunggu kat sekolah... uhuhuhu... 


p/s: ada ke pengalaman mcm aku nie meh la kongsikan tips...hihihi..