Setelah 3 hari aku fokuskan pada novel nie akhirnya habis juga novel nie aku baca. Kalau nak suruh aku review pasal novel nie memang aku tak pandai sangat. Apa yang boleh aku katakan novel nie memang best. Perjalanan seorang isteri yang diceraikan suami kerana suami curang dengan kawan baiknya sendiri. Dari situ hidupnya berubah setelah berkenalan dengan insan yang menolong dia.. Eh pandai plak aku review kata tak pandai..kuikuikui... Sekarang Teduhan Kasih nie sedang ditayangkan di TV3, sebab nak tahu kisah yang selanjutnya aku sanggup beli novel nie hihihi... So kepada peminat novel tu bolehlah beli novel nie jika ianya belum ada dalam koleksi anda. Pesanan ini ditaja oleh aku sendiri...hahahaha......
p/s: Korang doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik ya.. Nanti aku beli ole-ole..hihihi




















