Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Mesra amal Blogger bersama Anak Yatim

Imej
Sorilah lambat aku cerita pasal ni atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan. Sepatutnya aku bersama dengan Just dan Tunung plan nak pergi sama-sama event nie tapi disebabkan mereka ada hal  jadi aku pergilah dengan hubby saja. Hubby aku pun ada bersama sampai pukul 11.00 pagi sebab ada kerja yang menunggu lepas tu dia datang semula lebih kurang pukul 4.00 petang. 
Aku sampai ke lokasi kejadian pada pukul 7.45 pagi, mula-mula agak malu jugak, yalah sebab pertama kali nak jumpa dengan orang yang aku sendiri x kenal. Tapi nasib baik hubby aku ada, xdelah aku macam kera sumbang jerk hihihi.., dan blogger pertama yang aku berkenalan dah tentulah adik Sheila yang memang senang aku nak cam dia. Aku igt orgnya lebih kurang tinggi aku jerk tapi dia tinggi lampai dan cantik orangnya. Kebetulan bila dah dibahagi-bahagikan kumpulan Sheila masuk jugak kumpulan yang sama dengan aku. Lepas tu aku berkenalan dengan Linda, ibu muda punya dua anak. Seronok dapat bersama dengan dorang. 
Group 3 terdiri dar…

Berdoa dan tawakal

Selasa yang lepas aku dapat panggilan dari kampung, mak aku suruh aku balik sebab nenek aku nazak. So aku amik half day emergency leave. Dari opis hubby amik then terus ke sekolah anak-anak mintak kebenaran cikgu bawak balik. Bertolak selepas zuhur hampir pukul 5 baru aku sampai di hospital Kluang. Alhamdulillah sesampai aku di sana mak aku bagitau nenek aku stabil semula. Walaupun doktor bagitau harapan nenek aku cuma 50-50 tapi kami sekeluarga berdoa dan berharap semoga nenek akan pulih. Abah cakap otak nenek gagal berfungsi sepenuhnya dan kepalanya penuh dengan darah beku. Sebab tu tiada tindak balas langsung dari nenek dan dia kini koma. Semalam sebelum aku balik bantuan pernafasan dah ditanggalkan dan nenek dah diberi minum susu. Sedih aku tengok nenek macam tu.
In shaa Allah, Jumaat ini selepas Isyak aku akan balik lagi ke kampung. Aku xnak lepaskan masa yang ada untuk terus menatap wajah nenek. Semoga ada keajaiban dari Allah, manalah tau nenek akan sedar semula..Amin.

p/s : In s…

Look blue :D

Imej
Ni antara blogger yang hadirkan diri semalam. Aku curi gambar nie dari bro BONI sebab kamera aku xde gambar yang nie. Banyak gambar yang aku dapat amik cuma belum sempat lagi nak upload kat pc. Esoklah aku buat entry pasl nie ya. 
Seronok dapat beramah mesra dengan blogger lain cuma ada jugak beberapa blogger yang sombong. Sorilah aku cakap macam nie tapi itu memang kenyataannya. Anyway, aku ucapkan tahniah pada NadiaEIDA dan beberapa lagi urusetia yang lain sebab berjaya menjayakan program ini dengan cemerlang sekali. In shaa Allah next program aku akan join lagi. :D

p/s : frust bila si Just & Tunung x join.. Xpelah next time aa :D

Nenek

Malam tadi aku terima panggilan dari mak aku bagitau yang nenek aku sebelah Abah aku dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Masa tu lebih kurang pukul 10.30 malam. Mak aku cakap nenek kena strok separuh badan. Ksian dekat nenek, walaupun usia dia dah mencecah 81 tahun tapi nenek aku seorang yang sihat, xde sebarang penyakit pun. Malah rambut dan gigi dia pada usia itu masih hitam dan giginya masih penuh. Mak aku ada bagitau sejak 2 minggu yang lepas nenek banyak diam x bercakap dan xnak makan pun. Pandangan dan pendengaran dia mula xberapa jelas. Dan Sabtu haritu Abah pujuk nenek untuk tinggal bersama Alhamdulillah nenek nak. Cuma bila semalam lepas maghrib mak aku nak bagi nenek makan masa tulah nenek x sedarkan diri.
Aku berharap dan berdoa semoga nenek aku sembuh macam dulu balik. Korang doakan juga ya nenek aku. Tima kasih.. 

p/s : nanti aku update pasal program amal bersama anak yatim dengan geng blogger semalam.

Jumaat yang mulia...

Jumpa lagi kita di pagi Jumaat yang mulia inikan..Alhamdulillah. Bangun pagi tadi aku rasa dah macam dekat Cameron jerk punyalah sejuk. Tempat aku malam tadi ujan, tu yang best tidur sedar2 dah pukul 5.45 pagi. Anak aku Aqeef x berapa sihat, demam dan batuk. Nasib baik sekarang nie dia dah senang sikit nak bagi makan ubat kalau x susah jugak hati aku bila sakit2 xnak makan ubat. Hari nie aku sampai opis lambat gara-gara mencari tudung yang ntah dekat mana letaknya. Malam tadi xnak buat kan dah kelam kabut. Lepas tu melayan kerenah si Aqeef x bagi aku pergi keje. Aku dah siap-siap, dia menangis x bagi pegi..dia cakap "kan semalam mama dah keje.." uhuhu ksian pun ada tapi nak buat macamana Aqeef, mama kena kerja tolong papa cari rezeki. Kalau ikutkan hati memang aku xnak kerja nak duduk rumah jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Tapi bila pikir-pikir pada masa akan datang ditambahkan plak duduk KL nie memerlukan kos sara hidup yang tinggi aku mestilah bekerja. 
Lunch nanti aku p…

Kisah semalam

Imej
Semalam opismate aku balik dari Sabah setelah sekian lama bercuti untuk sambutan CNY. Aku dapat ole-ole dari Just. Dapat udang kering dan FM dari dia. Suka aku tengok udang kering yang gemuk-gemuk tu. Kalau dekat KL kan udang keringnya kecik-kecik dan nampak x fresh pun. Lepas nie selagi x habis udang kering tu selagi tulah akan aku masukkan dalam setiap masakan aku. Tapi aku lebih suka kalau goreng meehun masukkannya banyak-banyak. 
Lepas keje semalam aku terus ke Sogo jumpa kawan aku untuk hantarkan pure marine collagen yang dia order. Mula-mula kawan aku nie yakin x yakin jerk nak cuba tapi haritu lepas dia balik kampung semua orang bercerita pasal nie terus dia kol aku mintak 3 paket. Aku ajak dia lepak dekat sogo sambil menikmati makanan western semalam. Fuhh..dah beberapa hari nie aku langgar pantang makan malam la..adoi...macamana nie :P
Lepas habis makan dan sembang-sembang, hubby aku amik dekat Sogo dalam pukul 8.45 malam terus aku ke Chow Kit untuk beli lauk yang dah kehabisan…

Wordless Wednesday - Usaha

Imej

Bahasa terbalik

Kat sini sape yang tau berbahasa terbalik angkat tangan.. :P Aku makin hari makin risau plak ngan anak aku si Aqeef nie. Bukan risau pasal apa tapi risau pasal sebutan yang selalu dia sebutkan. Aku xtau kat mana silapnya, nak kata aku amalkan dekat rumah x jugak. Cuma bila sesekali kalau aku nak bercakap yang sedikit rahsia aku akan bercakap terbalik ngan hubby aku. Puaslah aku perbetulkan perkataan yang salah disebut tu tapi bila kali kedua dia sebut semula ke bahasa terbalik. Bulan 10 nie genap anak aku umur 4 tahun. Aku risau jugak takut kalau-kalau perkataan yang dia sebut tu sampai ke besar..uhuhu... Biasanya perkataan yang selalu dia sebut dalam loghat pelat dan terbalik dia, katap = cakap, kutung = dukung, kutar = tukar. Sampai kadang-kadang bergaduh ngan aku sebab dia marah aku betulkan apa yang dia cakap tu..alahai anak..

p/s : dengar berita tadi pasal Adik Hareez dimasukkan ke ICU sebab x sedarkan diri. Semoga xde apa-apa yang serius terjadi padanya.. Amin



Angkara mercun....

Imej
Aku anak beranak xboleh tidur malam tadi! Punyalah bising kawasan perumahan aku tu dengan bunyi mercun. Bermula pukul 11.30 malam dan makin kemuncak bunyi mercun tu pukul 12 tgh malam! Dekat pukul 2 pagi barulah aman seperti biasa, barulah aku dapat melelapkan mata. Aku rasa dah macam dekat medan pertempuran dah semalam. Kesian dekat anak-anak aku nampak mengantuk bila aku kejutkan pagi tadi. 

p/s : Monday blues...nasib baik hari nie aku masih sorang lagi dekat department aku. Jadi akulah bos hari nie..hihihi

Biskut

Imej
Anak korang macam anak aku x? Setiap kali makan biskut berkrim dia cuma makan krim jerk bila dah habis krim tu dijilatnya dia akan tinggalkan biskut yang dah xde krim tu macam tu jerk. Lagsung x makan biskut yang dah kosong dia kerjakan tadi. Macam tulah jadi kat anak aku, itulah tabiat dia kalau makan biskut berkrim. Selalunya biskut yang jadi kesukaan dia Oreo dengan Peanut Butter. Setiap kali kalau membeli dua jenis biskut nielah yang akan jadi pilihan dia. Jadi yang tukang makan biskut kosong tu aku atau hubby aku jelah sebab kakak dan abangnya xkan makan biskut tu sebab geli bekas air liur adiknya.. uhuhuhu...

Sepanjang bercuti....

Aku balik kampung hari Sabtu malam yang lepas sampai ke kampung tepat jam 3.00 pagi. Memang sengaja plan balik lambat sebab xnak menempuh jalan yang sesak tu. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan. Sepanjang aku balik aku x kemana-mana pun. Cuaca kat kampung pun hujan jerk. Balik kampung makan tidur jelah keje kami anak beranak :p
Balik ke KL pada Isnin lewat malam dan aku sampai ke rumah tepat jam 3.30 pagi. Takut kalau balik pada Selasa tu jalan jem jadi lebih baik bertolak awal. Petang Selasa aku bersama dengan adik beradik hubby aku pergi ke air terjun Kemensah. Semuanya plan di saat akhir. Sampai kat sana pun xdelah dapat mandi lama sangat. Buat BBQ dan cuma masak nasi jerk dari rumah, selebihnya beli lauk dan kuih muih jerk. 

Hari nie aku dah mula bekerja sebab Company bagi extra sehari cuti. Dekat opis pun ramai yang masih bercuti lagi. Department aku cuma aku seorang jerk yang ada so akulah bos hari nie hehehe.... Korang apa citer? Aku masih belum habis bayar…

Penghulu segala hari

Imej
Cepat betul masa berlalu, sekejap betul dah hari Jumaat. Semalam aku MC sebab sakit kepala dah dua hari sebenarnya aku sakit kepala tapi sebab dah xtahan sangat terpaksalah amik MC. Alhamdulillah hari nie dah okey skit. 
Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.  Semoga kita menjadi umatNya yang sentiasa mentaati segala perintahNya. Dan semoga kita semua berada di dalam lindunganNya sentiasa..Amin.

p/s: Hari nie ada makan besar dekat opis lepas tu dah boleh balik...yeaayy! Selamat bercuti kepada semua. Semoga perjalanan anda semua selamat pergi dan balik ke desitinasi yang dituju ya.. :D

Wordless Wednesday - Kasut

Imej

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Imej
Jom sama-sama memeriahkan segmen nie bersama mselim3 :p 
Klilk SINI untuk join... 

Kasut baru

Semalam aku datang opis dengan kasut baru. Lupa pulak aku nak amik gambar kasut wedges aku tu. Yalah dah beranak 3 nie xboleh lagi dah nak pakai heels bagai sebab kaki dah xblh nak imbangkan  badan yang dah makin kembang nie hehehe... Sukalah aku dapat kasut baru sebab aku jenis xkan membeli kasut lain selagi xrosak. Sebab tu bak kata pepatah alah beli menang memakai. Biar mahal janji tahan lamakan.. :D  Tapi sebaik sampai jerk dekat opis aku sengsara yang amat sebab kaki aku melecet! Uhuhu... sakitnya kaki aku menahan sakit bila berjalan. Pastu aku lekatkan hansaplast dekat tempat yang melecet tu dengan harapan bila pakai kasut tu balik oklah sikit kan tapi makin sakit lagi adalah kaki aku tu. Aku pernah dengar orang tua-tua cakap kalau nak pakai kasut baru, kena gigit dulu kasut tu sebelum pakai. Ermm...seingat aku pernah dulu sekali jerk aku ikut petua nie tapi xmenjadi pun. Korang ada ke petua untuk xbagi melecet kaki bila pakai kasut baru. Aku ingat mau aje aku beli kasut lain la…

1001 cerita

Khamis malam Jumaat yang lepas aku keluar tengok wayang dengan hubby. Wayang bermula pada jam 12.50 malam dan tepat 2.50 pagi cerita tu habis. Oklah bagi aku cerita nie walaupun xberapa banyak sangat aksi-aksi lasak macam dalam Transporter. Jalan ceritanya simple jerk bagi aku. Dari 5 bintang aku bagi 3 bintang. Aku rasa lebih seronok lagi cerita Transporter dari yang ini. Habis tengok wayang aku lepak bersupper ngan hubby aku dekat Malis Corner pekena char kuey tiaw. Pukul 4.30 pagi baru aku sampai rumah.
Jumaat, aku keluar jam 11.30 pagi ke Shah Alam untuk amik stok PMC yang aku order. Dari situ terus balik rumah sebab hubby aku rush nak sembahyang Jumaat. 
Sabtu, aku bawak anak dara aku keluar ikut aku shopping dengan Just pergi ke Times Square. Tepat jam 10.45 pagi aku jumpa Just di stesen Hang Tuah. Macam yang korang tau kalau ke Times Square memang rambang mata dibuatnya sebab semua benda nak beli maklumlah harga baju-baju yang ada kat situ murah dan berbaloi-baloi jika dibandingk…