Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Perginya tak kembali....

Hmmm....nak menaip nie macam paip bocor airmata aku meleleh.. teringat pada insan yang paling aku sayang. 2 Jun 2015 tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. Dari kecik sampailah aku dah besar dialah tempat aku bermanja sebab nenek yang bela aku dari kecik. Nenek aku atau aku panggil mak mengadap Illahi. Memang sebelum nie nenek aku selalu keluar masuk hospital sebab masalah kesihatan yang agak kronik. Hospital tu dah jadi rumah kedua arwah dah. Tapi aku redha pemergian nenek aku sebab aku tau arwah dah lama menderita sakit, kena tebuk sana sini sampai aku tak sanggup nak tengok. 
Seumur hidup aku sepanjang 36 tahun ni, pertama kali aku mandikan jenazah. Mandikan nenek aku, mujurlah aku berpeluang mandikan arwah. Banyak yang aku belajar sepanjang mandikan arwah. Airmata aku tak henti-henti mengalir sebab dulu aku kecik-kecik dialah yang selalukan mandikan aku. Sekarang aku pulak yang mandikan arwah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan nenek aku. Bulan depan …

Wajah baru kakak

Imej
Alhamdulillah aku gembira dengan penampilan kakak sekarang. 7 June 2015 kakak sendiri mintak aku tudung bila bersiap-siap nak keluar. Agak terkejut sebenarnya masa tu sebab hasrat dia nak pakai tudung sebelum nie aku anggap tak serius sebab aku cakap dengan kakak kalau nak pakai tudung biar pakai betul-betul. Aku tak nak pakai kejap lepas tu bukak. Alhamdulillah sudah beberapa bulan nie kakak bertudung dia makin selesa dengan imej baru dia.
Cuma baru-baru nie kakak ada mengadu dekat aku yang sejak dia mula bertudung nie kawan-kawan mula jauhkan diri dari dia. Cakap yang kakak dah berubah dah tak macam sebelum nie. Sedih bila kakak mengadu macam tu, yalah kadang-kadang bila kita nak buat perkara baik nie macam-macam dugaan yang datang. Aku suruh kakak bersabar je. Yang penting keluarga sentiasa sokong apa yang kakak nak buat. 
Cepat betul masa berlalu pejam celik dah 14 tahun usia kakak. Ada anak perempuan nie lain risaunya dari anak lelaki. Semoga kakak pandai jaga diri, dipelihara Alla…

Apa khabar semua!

Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Wahhhhh...giler lamanya aku biarkan blog sendiri bersawang. Apalah teruk sangat aku nie ek... bukan takde masa nak update cuma mood nak menaip, mengarang, merapu tu ke laut manjang. Banyak sangat cerita yang aku nak abadikan kat sini tapi tulah harap-harap jangan sampai sekerat jalan.
Huwaaaaaaa....tiba-tiba blur plak nak menaip apa. Takde idea aku nak teruskan cerita hari nie..uhuhuhu.. Harap-harap esok mencurah-curah idea datang nak merapu dalam blog sendiri. 

p/s: nak singgah blog kawan-kawan jap ^-^