Kisah Kakak....

Hari nie kakak ke Melaka ikut rombongan sekolah ke sana. Sebanyak 3 buah bas pihak sekolah sediakan. Ke semua murid Tahun 6 ikut serta rombongan tersebut. Ikutkan hati aku nak jugak aku ikut tapi memandangkan terbuka kepada murid-murid sekolah aje jadi tak dapat aku ikut. Berat nak lepaskan dia pergi sebenarnya maklumlah pertama kali aku lepaskan dia pergi jauh dari KL nie. Nak bagi dia merasa pengalaman rombongan sekolah mcamana, maklumlah lepas nie dah naik ke Tingkatan 1 mungkin tak dapat jumpa kawan-kawan yang lain. Sebelum cuti penggal akhir nie banyak aktiviti pihak sekolah sediakan untuk murid-murid Tahun 6. Macam semalam kakak terpilih pergi melawat rumah orang-orang tua di Cheras. Seronok dan sedih katanya bila ke sana. Oklahkan, sekurang-kurangnya ada kenangan yang tak dapat kakak lupakan sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. 


p/s: Semoga perjalanan kakak ke Melaka selamat pergi dan balik. Amin. 
Lamanya blog nie terabai. Rumah kawan-kawan pun dah bape hari x jenguk..uhuhuhu

Ulasan

  1. Mmg risaukan RH kalau nak lepaskan anak jalan jauh ni...OKje kalau Melaka tu mungkin Ok lagilah...kalau CH ke Genting Highland mmg tak bagi le

    BalasPadam
  2. Mama nieeeee... kakak ok je la! ;p

    BalasPadam
  3. Kita sbg Ibu sllu risau kan..
    InsyaAllah takde apa2...moga Allah sentiasa memelihara adik & kawan2 nya...:)

    BalasPadam
  4. Kalau terbuka untuk ibubapa sekali rasanya mau 10 buah bas yg pegi. Kalo dah murid2 je dah 3 buah bas. Heheh... Mcm tu ye perasaan seorang ibu bila nak lepaskan anak pegi rombongan. dulu masa saya darjah 6, saya rasa saya dah besar dah. Heheh.. Tapi bila awk bgtau apa yg awk rasa ni, agaknya itu jugak yg arwah mak saya rasa masa saya nak pegi rombongan dulu.

    BalasPadam
  5. Ratu hati dok sentul ke. Kat mana.

    Moga selamat perjalann kakak pegi dan balik ye

    BalasPadam
  6. bestnya dapat pergi melaka. sekarang ni mcm mcm ada kat melaka tu. best.

    moga perjalan akan selamat pergi dan pulang.

    BalasPadam
  7. teringat masa zaman skolah.. bila ada rombongan mmg syok habis...

    BalasPadam
  8. semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai dan pulang..

    seronokkan dpt gi jln2 kat melaka tu tau...

    BalasPadam
  9. Semoga kakak selamat pergi dan balik... In Shaa Allah dipermudahkan tu RH.. cikgu ada yg jaga kan :)

    BalasPadam
  10. kalau masa sekolah dulu.dpt melawat rumah rumah org tua kemain sonok kan.

    BalasPadam
  11. as-salam kak :-)
    tu la lama tak update.bizi ke?

    tak pa biar kakak dapat pengalaman.
    cthnya macm dia p rumah org tu.perasaannha sedey kan.in shaa Allah semoga kakak diberi rasa kasih sayang terhadap mereka yg brusia.

    BalasPadam
  12. mesti seronok kakak tu, doakan ajelah yer moga semuanyer ok !

    BalasPadam
  13. amiin..semoga selamat pergi dan balik

    BalasPadam
  14. ok jugak bebudak ikut akktiviti sekolah, bagi pendedahan... erm semoga kakak selamat pergi n selamat balik..

    BalasPadam
  15. semoga kakak selamat pergi & balik. anak kite ke kilang coklat kat shah alam ni pon kite dah berdebau.. heheheh

    BalasPadam
  16. Semoga kakak selamat pergi & balik..

    BalasPadam
  17. mg kakak selamat pergi dan balik....enjoy dgn lawatan

    BalasPadam
  18. Salam K.RH..

    Teringat pulak zaman sekolah cma dulo2..kitorg pegi zoo negara.. mmg seronok sgt..

    Alhamdulillah...semoga kakak enjoy .selamat pergi dan pulang :)

    BalasPadam
  19. tentu seronok kakak bersama kawan2nya...
    semoga kakak selamat pergi dan balik...

    BalasPadam
  20. Tentu pengalaman yang menyeronokkan buat 'kakak', insyaAllah semuanya baik2 saja, semoga kakak enjoy the trip.

    BalasPadam
  21. bagus juga rombongan sekolah ni... buka sikit minda anak2...

    BalasPadam
  22. sis jgn lah risau...if sis risau sgt nanti kakak jadi serba salah nak enjoy her trip with frens. mesti kakak pandai jaga diri.

    BalasPadam
  23. salam..
    wah.. seronok kakak dpt jalan2 ke melaka.. betul tu, dia pun nk merasa jalan2 dgn kawan2.. :)

    BalasPadam
  24. seronok le kakak dapat ikut lawatan ye...

    BalasPadam
  25. Kakak suka join rombongan untuk bersama2 kawan2nya, xpelea.. yg penting dia hepi dan yg pnting dia dapat luaskan pndangan dan byk pgalaman dpt jugak kan..

    BalasPadam
  26. sekejapjer dah nak sekolah menengah ler pulak...
    memang dulu2 kalau darjah 6 selalu ada rombongankan.. Melaka tetap jadi pilihan nampaknyer...

    BalasPadam
  27. salam singgah selasa.. busy ker RH?? :)

    BalasPadam
  28. Sy pun lame x update blog huhuhuhu....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wajah baru kakak

Pulau Tioman

My 2nd run..