Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Perginya tak kembali....

Hmmm....nak menaip nie macam paip bocor airmata aku meleleh.. teringat pada insan yang paling aku sayang. 2 Jun 2015 tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. Dari kecik sampailah aku dah besar dialah tempat aku bermanja sebab nenek yang bela aku dari kecik. Nenek aku atau aku panggil mak mengadap Illahi. Memang sebelum nie nenek aku selalu keluar masuk hospital sebab masalah kesihatan yang agak kronik. Hospital tu dah jadi rumah kedua arwah dah. Tapi aku redha pemergian nenek aku sebab aku tau arwah dah lama menderita sakit, kena tebuk sana sini sampai aku tak sanggup nak tengok. 
Seumur hidup aku sepanjang 36 tahun ni, pertama kali aku mandikan jenazah. Mandikan nenek aku, mujurlah aku berpeluang mandikan arwah. Banyak yang aku belajar sepanjang mandikan arwah. Airmata aku tak henti-henti mengalir sebab dulu aku kecik-kecik dialah yang selalukan mandikan aku. Sekarang aku pulak yang mandikan arwah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan nenek aku. Bulan depan …

Wajah baru kakak

Imej
Alhamdulillah aku gembira dengan penampilan kakak sekarang. 7 June 2015 kakak sendiri mintak aku tudung bila bersiap-siap nak keluar. Agak terkejut sebenarnya masa tu sebab hasrat dia nak pakai tudung sebelum nie aku anggap tak serius sebab aku cakap dengan kakak kalau nak pakai tudung biar pakai betul-betul. Aku tak nak pakai kejap lepas tu bukak. Alhamdulillah sudah beberapa bulan nie kakak bertudung dia makin selesa dengan imej baru dia.
Cuma baru-baru nie kakak ada mengadu dekat aku yang sejak dia mula bertudung nie kawan-kawan mula jauhkan diri dari dia. Cakap yang kakak dah berubah dah tak macam sebelum nie. Sedih bila kakak mengadu macam tu, yalah kadang-kadang bila kita nak buat perkara baik nie macam-macam dugaan yang datang. Aku suruh kakak bersabar je. Yang penting keluarga sentiasa sokong apa yang kakak nak buat. 
Cepat betul masa berlalu pejam celik dah 14 tahun usia kakak. Ada anak perempuan nie lain risaunya dari anak lelaki. Semoga kakak pandai jaga diri, dipelihara Alla…

Apa khabar semua!

Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Wahhhhh...giler lamanya aku biarkan blog sendiri bersawang. Apalah teruk sangat aku nie ek... bukan takde masa nak update cuma mood nak menaip, mengarang, merapu tu ke laut manjang. Banyak sangat cerita yang aku nak abadikan kat sini tapi tulah harap-harap jangan sampai sekerat jalan.
Huwaaaaaaa....tiba-tiba blur plak nak menaip apa. Takde idea aku nak teruskan cerita hari nie..uhuhuhu.. Harap-harap esok mencurah-curah idea datang nak merapu dalam blog sendiri. 

p/s: nak singgah blog kawan-kawan jap ^-^



My 2nd run..

Imej
CXP Run 19 April hari Ahad tepat pukul 7 pagi larian bermula. Starting point dekat Taylor's College Subang Jaya SS15. Aku rasa majority yang lari semua student college nie sendiri, bila dah semua student kita yang dah tua nie pun rasa macam student gak ler..terasaaaaa muda kejap..kihkihkih.. 
Dianjurkan pihak College nie sendiri, biasalah agaknya baru pertama kali anjurkan event besar macam nie, ada banyak kelemahan kat sini kalau nak dibandingkan dengan marathon yang pernah aku join sebelum nie. Tapi takpelah nama pun charity run kan..yang penting apa yang dorang target tu tercapai... 
Aku amik masa 1 jam 45 minit untuk 10km..uhuhuh...itu sebab banyak jalan dari berlari kot..hahaha... jalan pun agak extreme lah...dengan keadaan jalan yang tak rata lepas tu banyak naik bukit dan yang paling aku takut banyak anjing besau-besau.. yalah lari pun dekat kawasan perumahan kan makanya mana tak banyak anjing...erkkk...ada kaitan dengan larian ke..hahaha....

Lepas habis run tu aku dengan BFF …

Pulau Pangkor

Imej
3-5 April yang lepas trip pertama tahun nie dengan BFF aku. Ke sini dengan naik bas, patutnya plan asal nak naik kete tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa naik bas. Bas yang kami naik pukul 9 pagi tapi sebab tak nak kelam kabut pukul 8 pagi dah terpacak kat Hentian Pudu. Sempatlah mengisi perut dulu sementara tunggu bas sampai. Bas bertolak dari Pudu lebih kurang pukul 9.15 pagi aku ingatkan terus bertolak ke Lumut rupanya singgah dulu di Hentian Duta ambil orang lagi, pukul 10 pagi baru bertolak dari Hentian Duta. Kali nie naik bas xdelah jadi jakun macam sebelum nie..kihkihkih....
Dekat sana kitorang stay di Nipah Bay Villa, Teluk Nipah...uhuhu rasa menyesal pun ada sebab indah kabor dari rupa..hahaha.. tertipu dengan gambo-gambo villa tu dalam internet tup-tup sampai sana tak seperti yang dilihat..kuciwaaaa....walhal dekat sana ada lagi tempat yang cantik-cantik dan murah..tapi takpelah sebab dah bayar maka redhooo ajelah.. Di Pulau Pangkor aku stay 3 hari 2 malam, betul…

WW - Rambut

Imej
Hahahaha....habis anak aku dijadikan mangsa fesyen... nie smua aku pya keje lah... yang si Aqeef nie memang kaki laram..angguk aje apa yang aku cakap..maafkan mama ya sayang.. tahun nie aje dapat buat mcm2 fesyen tahun depan dah masuk darjah 1, rambut kena ikut peraturan... ^-^ 


p/s: ada ke yang macam aku nie... ngeeee....

Rindunya.....

Lamanya blog aku nie terabai...uhuhu sebab apa erk...bukan xde citer nak citer tapi sebab mood manjang ke laut maka bersawang sudahnya blog nie.. Aku rasa tahun 2015 nie entry pertama aku! Fuhhh.... teruknya.... Oklah, cuba untuk menjadi rajin mengetuk2 jari jemari ke papan keyboard.....uhuhu.. 
Dah sampai bulan April.. misi tahun nie nak dapatkan 1 medal untuk marathon setiap bulan..uhuhu ntah termampu ke tidak. Tapi smpai ke bulan Mei nie Alhamdulillah dah berjaya mendaftarkan diri. Dah tua2 nie kesihatan nak kena jaga ya dak... sekarang nie penyakit senang nak dapat.. malas nak bersenam tiap2 hari makanya dapat sebulan sekali pun jadilah...hehehe....
OKlah next entry terpaksalah aku terooooowwwwback balik kisah2 yang dah lepas bahana orang malas macam aku nie kan...uhuhuh... semangat nak berblog balik nie....harap2 tidak kecundang d tengah jalan..kekekeke....

p/s : nak BW rumah kwn2 hrni... :)