Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

WW - Ceper

Imej
Sejak cuti sekolah nie, aktiviti anak-anak kat umah main ceper. Ceper tu panggilan orang kat kampung aku. Ingat lagi, dulu masa kecik-kecik aku selalu kalah bila main ngan pakcik makcik aku. Sampai merah2 tangan kena jentik.. hehehe. Kalau kat sini orang panggil main tutup botol.. Korang panggil apa?

Hari Anugerah Cemerlang

Imej
Hari Sabtu yang lepas aku ke sekolah kakak sebab ada Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Ada penyampaian hadiah untuk semua murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Acara tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir memeriahkan majlis. Semua murid Tahun 6 yang dapat 5A diberi trofi dan wang tunai sebanyak RM50.00 oleh pihak sekolah. 

Bukan senang aku nak ajak kakak bergambar, sememangnya dialah anak yang paling tidak suka bergambar. Jenuh aku paksa haritu nasib baik nak jugak dia bergambar. Apa yang pasti aku dan hubby orang yang paling over sekali bila bergambar haritu...kihkihkih


p/s: Semoga Allah permudahkan urusanku.. Amin


Tahniah Kakak!

Imej
Alhamdulillah...sesungguhnya akulah insan yang paling gembira sekali bila kakak berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Tak terluah rasanya perasaan aku, hanya Allah aje yang tau. Kakak, mama ucapkan tahniah buat kakak kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Mama bangga sekali dengan pencapaian kakak. Mama doakan semoga kakak berjaya di dunia & akhirat. Amin.

p/s : Tima kasih di atas doa kawan-kawan smua.. 

WW - Nervous

Imej

Kisah Kakak....

Hari nie kakak ke Melaka ikut rombongan sekolah ke sana. Sebanyak 3 buah bas pihak sekolah sediakan. Ke semua murid Tahun 6 ikut serta rombongan tersebut. Ikutkan hati aku nak jugak aku ikut tapi memandangkan terbuka kepada murid-murid sekolah aje jadi tak dapat aku ikut. Berat nak lepaskan dia pergi sebenarnya maklumlah pertama kali aku lepaskan dia pergi jauh dari KL nie. Nak bagi dia merasa pengalaman rombongan sekolah mcamana, maklumlah lepas nie dah naik ke Tingkatan 1 mungkin tak dapat jumpa kawan-kawan yang lain. Sebelum cuti penggal akhir nie banyak aktiviti pihak sekolah sediakan untuk murid-murid Tahun 6. Macam semalam kakak terpilih pergi melawat rumah orang-orang tua di Cheras. Seronok dan sedih katanya bila ke sana. Oklahkan, sekurang-kurangnya ada kenangan yang tak dapat kakak lupakan sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. 

p/s: Semoga perjalanan kakak ke Melaka selamat pergi dan balik. Amin.  Lamanya blog nie terabai. Rumah kawan-kawan pun dah bape har…