Selasa, 31 Disember 2013

Reunion With Ex-colleagues




Lamanya aku biarkan blog nie terabai uhuhu.. Azam tahun depan nak cuba banyakkan entry :P. Sebelum berakhirnya tahun 2013 aku nak abadikan gambar bersama dengan ex-colleagues masa aku bekerja dengan company lama.

Alhamdulillah perancangan yang tak sampai sebulan dapat jugak terlaksana. Biarpun ada yang tarik diri disaat-saat akhir majlis berlangsung dengan meriah. Tema hari tu pink+white atau pink+black, semuanya datang mengikut tema yang ditetapkan. Majlis Hi-Tea diadakan di Cititel, Midvalley bermula jam 12 tenghari sehingga jam 4.00 petang.

Kak Lynda & Eka sempat lagi posing kan.. :P
Seawal pukul 11 pagi dah ada dekat sana sebab nak setting tempat tu bagi cantik. Nasib baik ada Kak Lynda dan keluarga yang tolong. Kalau nak harap aku dengan Cik Eka berdua yang buat rasanya sampai tetamu datang pun tak siap lagi. Alhamdulillah siap sebelum tetamu sampai.
Permainan yang disediakan kepit kuaci menggunakan chopstick dan tiup belon hingga pecah.

Bila dah berjumpa mcm pasarang borong jadinya...hahahaha


Memang meriah haritu, happy sangat bila dah berkumpul ramai-ramai. Di harap akan ada lagi majlis seperti nie lagi. Terima kasih pada semua kawan-kawan. Penutup 2013 yang tak mungkin dilupakan. Semoga ikatan persahabatan ini akan berkekalan.. Amin

p/s: Selamat tahun baru buat semua. Semoga 2014 akan lebih bermakna buat kita. 



16 ulasan:

Ryanna Ad berkata...

Best2.. kite plak arrange pasni... huhuhu..

izan mama mia berkata...

meriahnya... banyakkanya makanan..

selamat tahun baru...mg thn depan kita makin muda..hahaha

izan mama mia berkata...

meriahnya... banyakkanya makanan..

selamat tahun baru...mg thn depan kita makin muda..hahaha

LydSunshine berkata...

Meriahnya, nampak sangat well organized la reunion ni. Ada class...

Abil Fikri Ahmad berkata...

Meriah!..Selamat Tahun Baru..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Seronoknya jumpa kekawan lama ye RH.... Meriah sungguh majlisnya :)
Selamat tahun baru 2014 RH :D

ummiross berkata...

best kan RH, kawan2 lama sentiasa dekat dihati.
Happy new year..

Time Traveller berkata...

Amin.. moga talian persahabatan akan terus berkekalan :D
seronok la dapat jumpa kengkawan gitu :D

Mia Kassim berkata...

Happy New Year moy..... :D

MulutPayau berkata...

Seronoknya dapat jumpa kawan2 lama...
Selamat tahun baru..

eyeyou berkata...

mmg nampak meriah...selamat tahun baru 2014 buat RH sekeluarga...

Queen Teratai berkata...

mmg bestkan dpt jumpa kwn2 lama..

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

salam k.rh...

meriahnya ada dinner mcm ni..hhuhu..seronok!
selamat tahun baru 2014 kak :)

QA's ~ mamapapa berkata...

seronoknya dapat gather2 macam nikan?:) mesti terubat rindu :)

Deqla Manjew berkata...

wahh meriahnye reunion....

QasehnyaRania berkata...

happeningnya.
makanan pon byk

Catat Ulasan