Rabu, 21 September 2016

Blog ohhh blog....

Apa khabar semua... wahhh lamanyaaaaaa tak berblog.. jangan kata bersawang sampai da tak nampak pintu nak masuk blog nie dah...kihkihkih... banyak aje cerita yang nak dikongsikan di sini cuma mood dan masa yang selalu tak mengizinkan.. Lepas nie nak cuba sekurang-kurangnya 1 bulan 1 cerita.. itu kalau dah terlampau malas sangat la tu...uhuhuhu... 

Pejam celik dah nak habis bulan September pun kan.. Tahun nie tahun anak-anak exam, Kakak dengan PT3 dan Abang pulak baru je habis UPSR haritu.. Macam ibu-ibu yang lain jugak nervous semedang bila anak-anak exam.. Tak nak taruhkan harapan yang tinggi terima je seadanya apa pun results dorang nanti.. Apapun sentiasa doakan yang terbaik buat mereka.

Wahh malas-malas nak menaip pun panjang lebar gak berceloteh kat sini kan...kihkih.. tiba-tiba semangat nak berblog tu datang balik la..hahaha... oklah pasnie nak kongsikan 1001 kisah yang jadi sepanjang tahun nie.. banyak sangat kisah suka duka yang nak dikongsikan.. ada ke lagi kawan-kawan yang sudi baca kisah kita ek.. hehehehe... Tq pada yang sudi singgah walaupun takde cerita yang nak dikongsikan sebelum nie.. eh ada ke yg singgah... hehehe..

OK nak simpan ayat untuk cerita seterusnya.. Nanti menaip banyak-banyak kat sini takde idea pulak.. ngeeeee.... tunggu eh.. cerita seterusnya.. :D


p/s: nak melawat rumah kawan2 yang lama x ziarah..tggu tau saya datang.. :)

Selasa, 5 April 2016

Dugaan ke Pulau Tioman....


Sehari sebelum nak bertolak kawan aku si Tunung check dengan Dumba Bay Resort untuk pastikan nama ada dalam list pihak resort, tapi bila call pihak resort cakap nama takde dalam list dorang. Apalagi gelabahlah kitorang kan ingatkan kena tipu dengan Agent. Bila Agent cakap dah booking semua tak payah risau. Tapi bila call resort pulak bagitau yang nama takde dalam list dorang mau tak jadi hijau masa tu kan. Masing-masing tak nak mengaku yang mana salah tapi yang pasti aku tau pihak Agent sendiri yang salah dalam hal nie. Buat keje tak sungguh-sungguh agaknya. Bayar resort lain tapi dapat resort lain....hmmmm.... Booking nak stay dekat Dumba Bay Resort tapi dapat Marina Bay. Oklah nasib baik resort kesian kat kitorang kot nak jugaklah pihak resort uruskan bilik lain. Yalah ada bukti pembayaran semua kan mana boleh nak lepas tangan macamtu jerk. Agent yang uruskan semua nie dah lepas tangan dengan apa yang jadi. Bagitau kat kawan aku si Just yang dia akan update resort mana yang kitorang akan stay nanti sampai ke hari nie dia senyap takde khabar berita..hmmm.. lepasnie macam dah serik nak guna khidmat agent lagi. 

Nak bertolak dari rumah ke TBS, LRT pulak tak beroperasi ke arah Sri Petaling. Dalam keadaan kelam kabut macmana nak buat nasib baik sel-sel otak otak kawan aku nie berhubung kan..kekeke... maka ambiklah train turun ke station KL Sentral untuk naik ERL terus sampai ke TBS. Fuhhh...jadi panic la sebab nak kejarkan bas pukul 9.45 malam. Yang kawan sorang lagi dari arah Puchong yang memang kawasan jammed giler kan. Masa tu pikir nak cepat sampai je sebab takut terlepas bas. Alhamdulillah sampai jugak dengan selamat ikut jadual yang dah ditetapkan, sempat lg la berposing..hehehe. Bas bertolak pukul 10.00 malam dari TBS sampai Kluang lebih kurang pukul 1. 



p/s : tengah mencari idea nak menaip kisah di tioman seterusnya.. mcm2 perasaan ada...uhuhuh







Khamis, 31 Mac 2016

Pulau Tioman

Google

Amik mood nak bersnorkel esok hari.. Inshaa Allah kalau ikut perancangan esok aku dengan 2 orang lagi BFF akan berangkat ke Pulau Tioman. Percutian kali nie tak cukup lagi sorang geng tapi sebab dah excited teruskan jugaklah seperti yang dirancang memandangkan geng yang sorang lagi tu busy bawak orang melancong ke obersi.. 

Korang penah pegi Tioman tak? Aku nie nama je orang Johor tapi rasanya sekali je aku penah sampai sana itu pun seingat aku umur 7 tahun kot rasanya. Yang buat tak seronok nak ke sana tu bukan apa jalan yang macam ular kena palu kan, itu dulu la masa aku pegi kecik-kecik dulu tak tau pulak keadaan jalan sekarang nie. Tapi yang pasti memang confirm aku kena makan pil mabuk..uhuhuh.. Fuhhhh... dalam cuaca yang panas membahang nie aku boleh plan nak ke pulau erk... mau rentung kulit 2x ganda nie.. Sesekali takpe kot..agak-agak rentung QuPuteh kan ada..kihkihkih...

Korang doakan perjalanan aku dengan kawan-kawan selamat ya. Nanti aku kongsikan kisah sepanjang berada di Tioman...uhuhuh...




p/s : rindu nak tinggal anak-anak walaupun anak-anak da besar mcm tak kisah..lbh2 lagi si Aqeef aku nak ke mana pun takpe sebab skrg dia lagi manja dengan mak mentua dr aku... uhuhu


Rabu, 30 Mac 2016

WW - Beregu Anak Beranak

Sports Club office Hubby hari Sabtu yang lepas.. Kakak jadi partner hubby dalam badminton.. Alhamdulillah rezeki anak beranak dapat lah no. 3. Menang medal dan wang tunai.. 




p/s : dah sama tinggi anak dgn bapak... uhuhu

Selasa, 29 Mac 2016

Blog bersawang

Image result for bersawang
Google 
Fuhhh... hampir setahun jugak la terabai blog aku nie.. bahana mood menaip asyik ke laut aje nielah jadinya. Macam dalam gambar tulah blog aku..uhuhu.. Blog kawan-kawan pun lama sangat aku tak datang ziarah. Okey chaiyok-chaiyok.. banyak citer nak upadate segala suka duka sepanjang tahun nie.. harap-harap aku punya semangat nak menaip nie x jadi macam yang lepas-lepas la.. paling-paling seminggu sekali pun jadilah ya dak kalau dah malas sangat...uhuhuh...



p/s : nak ziarah blog kawan-kawan