Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Sudahkah anda....

Imej
Buat pemeriksaan pap smear? Bagi siapa yang belum buat tu lebih baik buat dari sekarang. Yalah lebih baik mencegah dari merawat kan. Aku pun baru nak buat untuk kali ke dua. Sekarang nie macam-macam jenis penyakit yang ada. Lebih baik kita mengesan dari sekarang sebelum terlambat. Sekurang-kurangnya 1-3 tahun kita perlu buat ujian nie. Jangan risau dan malu sebab buat ujian nie x sakit pun dan biasanya yang buat ujian nie perempuan jugak. Aku buat dekat Klinik Kesihatan dekat dengan rumah aku jerk. Aku rasa sama jerk jadual klinik kesihatan mana-mana cawangan pun. Korang boleh buat pagi atau petang. Kalau hari Sabtu pun boleh tapi cuma pada setiap minggu kedua hingga ke empat sahaja. Korang boleh rujuk SINI untuk mengetahui dengan  lebih lanjut mengenai pap smear nie. 
Aku nak jadi macam mak aku, dia memang seorang yang menjaga kesihatan. Tiap-tiap tahun x pernah mis buat pemeriksaan kesihatan. Kadang-kadang dia yang selalu bebel kat aku sebab x buat pemeriksaan yang sepatutnya. :D


p/s …

WW - Croods

Imej

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Imej
Aku telah di tag oleh Ibu Amirul untuk menyertai GA nie, nasib baik senang jerk syarat2nya. So dengan sepantas kilat jugaklah aku telah menjoinkan diri aku untuk GA nie :)
No. 1: Follow blog Bicara Mak Dara No. 2: Buatkan entry dengan tajuk "Malaysia Next Top Lucky Blogger by Mak Dara". No. 3: Masukkan banner dekat atas and linkkan ke entry Mak Dara. No. 4: Copy paste senarai Penaja-Penaja di bawah:
SheilaSalim, MrsVelentinePuanGojes, MasZull, SeneoritaBaharin, Hazmanakaspecies1980, NadiaFarahida, Keymemamahannybunny, SiMatatajam, DayangDeno,AimanAziz, SuWaRaEntertainment, BetaKupu, SyidaRasyida, HanaMaroo, DatinTyka, ShimaMazlan, MimeMF, ZamaniAbe, MrsValentine, NormiNieza,SayaSukaGelak, CtCheery, Eray, AyuJeanLynn Si Pipi Merah, Kesuma Angsana, Kyle Kesha, Mohd Ridzwan
No. 5: Tag 3 orang rakan and diorang mesti tau pasal GA by Mak Dara ni. No. 6: Lepas dah settle, tinggalkan link dekat entry entry Mak Dara. No. 7: GA by Mak Dara ni terbuka kepada semua and tarikh tutup adala…

Kemaruk citer Filipina

Imej
Sekarang nie aku kemaruk dengan citer-citer Filipina. Dekat channel Astro Bella 133 memang banyak citer-citer dorang. Hubby aku selalu cakap lagi Sulu serang kita lagi suka plak aku kat citer Filipina nie yerk..hihihi.. Ala yang serang orang Sulu xde kena mengena pun dengan citer-citer dorang kan? Hahaha....ayat memang nak kena penampar jerk. Suatu masa dulu citer Pangako Sayo dengan Sana'y Wala Nang Wakas aku dah tengok tapi oleh sebab citer tu dah lama jadi jalan cerita dia pun aku x berapa nak ingat maka aku pun tengoklah semula citer nie. Nasib baik Sabtu & Ahad ada ulangan jadi aku bolehlah tengok. Aku suka dengan Jericho Rosales tu, suka tengok muka cute dia tu :D
Ada lagi 1 citer baru, Beauty Queen setiap Sabtu & Ahad jam 10 malam. Aku dengan MIL memang x pernah mis tengok citer tu. Nasib baik ada geng boleh tengok, at least kalau aku tertinggal MIL akan update kat aku apa yang jadi macam tulah sebaliknya..hahaha... Hubby aku secara x sengaja pun dah terjebak gak nga…

Bila nak tidur....

Imej
Aqeef akan bawak segala macam mainan letak kat sebelah dia. Dia punya patung spiderman, wallet, jam, patung boboiboy, topeng spiderman, selagi x cukup barang-barang nie semua dia xkan boleh tidur. Kadang-kadang tidur malam pun dia pakai jam... Bila dah tidur kalau dia terjaga dia akan tengok sekeliling nak pastikan semua barang-barang nie ada dekat sebelah dia. Kalau xde dia akan tanya mana pegi barang dia dalam keadaan mamai-mamai tu. Sampai kalau tidur tu setengah dari ruang katil tu penuh dengan barang dia saja. Kadang-kadang kelakar pun ada. Anak korang sama x perangai ngan si Aqeef? :D

p/s: gambar kurang jelas sebab pagi tadi kelam kabut aku snap dah lambat nak g opis. :P

Perginya tak kembali....

Sebelum nie aku pernah cerita kat sini pasal nenek aku. Tanggal 18 Mac 2013 jam 11.30 pagi, aku terima panggilan telefon dari adik aku bagitau yang nenek aku telah pergi selamanya mengadap Ilahi. Aku doakan semoga nenek aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... Al Fatihah... Amin....

Ragam si Aqeef

Aku nak cerita pasal anak aku si Aqeef, Sabtu dan Ahad yang menguji kesabaran aku. Sekarang nie dah macam-macam perangai yang dia buat. Mak mertua aku ada bagitau yang dia sekarang nie dah mula pandai buang sampah ke luar tingkap rumah. Sebelum nie aku memang x pernah nampak tapi hari Sabtu yang lepas dia terkantoi dengan aku. Aku nampak sendiri dia buang sampah ke luar tingkap. Aku pukul tangan dia cakap dengan dia nak buat lagi x. Dia nangis dan angguk, lepas tu dia datang kat aku terus peluk aku..  "Aqees mintak mahap....Aqees sayang mama....mama danganlah yayah aqees..." (cair aku dibuatnya..) 
Sekarang nie dia suka main air dalam bilik air, kejap-kejap masuk bilik air. Aku tengok segala mainan dia habis semua dia letak dalam baldi penuh dengan air. Bila keluar dari bilik air habis basah lencun baju dia. Aku marah kat dia saja aku pegang hanger kat tangan nak bagi dia takut barulah dia keluar dari bilik air. Ok xpe, bab tu habislah. Malam tu hubby aku nak masuk bilik air …

Alhamdulillah........

Imej
Bersyukur ke hadrat Ilahi aku masih diberi peluang hidup di muka bumi Allah ini. Hari nie genap usia aku yang ke 34 tahun... Semoga aku menjadi seorang anak yang solehah, seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang terbaik buat anak-anakku dan menjadi seorang hambaNya yang sentiasa mengikut perintahNya. Semoga aku sentiasa sihat  supaya aku dapat berbakti kepada insan-insan yang aku sayang. Semoga murah rezeki, bahagia selalu dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup aku dunia & akhirat.. Amin

WW - Pengomen Bertuah

Imej
Tak sangka terpilih jadi pengomen bertuah dari blog kak Jemari Suri. Hari nie birthday kak JS, jom terjah blog beliau wish besday ya :D

Sengkuang

Imej
Dah beberapa hari lepas hubby cakap pasal nak makan sengkuang. Dia teringin nak makan dengan kuah rojak yang dia beli masa ada expo kat Putrajaya. Dan akhirnya dapat jugak dia makan sengkuang tu hihihi.... itu salah satu feveret dia. Dia cakap masa skolah dulu selalu makan sengkuang nie. Aku nie bukanlah penggemar sengkuang sebenarnya tapi bila aku makan terus aku suka. Korang pun mesti pernah makan jugak kan masa skolah dulu. Kalau sekarang ni orang jual, kecik jerk sengkuang tu harga RM1 sepotong. Padahal bukanlah mahal mana pun harga sengkuang tu. Jadi lebih baik beli dan buat sendiri lagi berbaloi. 


p/s : Aku suka makan betik mengkal dgn sambal kicap..perghhh...sedap :D

Karipap-karipap cinta

Imej
Hahaha.....tajuk bukan main, sebenarnya atas permintaan anak teruna aku yang sedang demam semalam. Dia mintak nak makan karipap jadi aku buatkanlah untuk dia. Bila dia demam, rumah jadi sunyi sebab xde orang nak buat bising dan tolong aku kat dapur. Hari Sabtu dia sekolah lepas tu balik dari sekolah kena hujan. Mungkin sebab tulah dia demam , mungkin jugak berjangkit dengan hubby aku. Aku buat karipap kentang campur ayam. Makan xdelah banyak mana pun maklumlah orang sakit makan apa pun x selera. Dah habis makan dalam 15 minit macam tu dia muntah, habis keluar apa yang dia makan termasuk ubat. Dahlah anak aku tu susah nak makan ubat. Cuma dia minum air Revive jerk dengan air suam. Hari nie x ke sekolah sebab masih demam lagi. Harap-harap hari nie dah sihat macam selalu. Amin...


p/s : xpandai 'mengelim' karipap :D

Makan malam

Imej
Semalam aku sibuk menyiapkan tempahan rumpai laut yang siap dimasak sebanyak 2 bekas. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Sementara menunggu ianya sejuk untuk dimasukkan ke dalam bekas, aku siapkan makan malam. Macam biasa kalau makan malam anak-anak aku jarang nak makan nasi dorang lebih suka makan makanan segera. Malam tadi aku siapkan meetball, hubby aku mintak burger. Sebenarnya aku xberapa suka sangat sediakan makanan yang macam tu pada anak-anak aku tapi itu je yang boleh buatkan dorang berselera nak makan. Kalau aku x ikutkan selera dorang berlapar plak anak-anak aku. Kadang-kadang tu kalau masak nasi 2 pot pun x habis. Tapi kalau masak burger dan seangkatan dengannya cepat jerk habis. Xpelah kan janji dorang kenyang aku pun puas.. :D

p/s : Problem internet dekat opis nie, jadi lmbt jenguk umh kwn2 semua. Selamat hari Wanita buat semua kaum Hawa diluar sana..  :)

StreetDeal

Imej
Ini kali kedua aku beli barang dekat StreetDeal, kali pertama aku beli photo magnet dan kali kedua aku beli DVD Player. Kelmarin baru aku dapat barang nie, harganya hanya RM69.00. Xdelah besar sangat saiznya kecik sikit dari dekoder Astro. Aku beli sebab nak gantikan DVD Player yang dah rosak dalam bilik. Bila ada DVD Player dalam bilik xdelah dia nak mengacau tengok dekat ruang tamu. Aku memang khaskan dalam bilik untuk anak-anak tengok segala cerita yang dorang suka. Kalau xde tv dalam bilik memang aku boleh bergaduh dibuatnya dengan anak-anak...hahaha macam budak-budak plak aku nie erk. Yalah kalau tidak anak aku si Aqeef tu 24 jam dengan cerita dia sampai aku nak tengok berita pun x boleh. Jadi bila ada tv dalam bilik xdelah dia nak mengacau orang yang dekat luar nak tengok tv. Korang ada x beli barang secara on9 nie?

Air tangan anak

Imej
Sebelum nie aku pernah citer pasal anak lelaki aku si Aiman suka ke dapur. Biasanya kalau  dia nak makan dia lebih suka masak sendiri tanpa mintak aku masakkan untuk dia.  Tapi x semualah aku bagi dia buat sendiri, cuma makanan kegemaran dia macam sosej, burger dan fries jerk. Semalam dia tanya aku nak burger ke. Pastu aku cakap nak, dan semalam dia buatkan untuk aku dan hubby burger. Lupa pulak aku nak amik gambar masa dia tengah memasak, tau-tau dia letak atas meja jerk burger dah siap. Bukan main suka lagi dia bila aku ngan hubby puji masakan dia. Siap cakap lepas nie kalau nak burger dia yang akan masak. Bangga betul aku bila anak lelaki suka ke dapur nie. Yang si kakak pulak x serajin macam adik dia sebab takut kena minyak panas bila memasak. Apa-apa semuanya mintak si adik buatkan untuk dia.. alahai anak dara aku nie.. 


p/s : Semoga mereka yang berada di Sabah sentiasa berada dalam keadaan selamat hendakNya.. Amin