Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Reunion With Ex-colleagues

Imej
Lamanya aku biarkan blog nie terabai uhuhu.. Azam tahun depan nak cuba banyakkan entry :P. Sebelum berakhirnya tahun 2013 aku nak abadikan gambar bersama dengan ex-colleagues masa aku bekerja dengan company lama.
Alhamdulillah perancangan yang tak sampai sebulan dapat jugak terlaksana. Biarpun ada yang tarik diri disaat-saat akhir majlis berlangsung dengan meriah. Tema hari tu pink+white atau pink+black, semuanya datang mengikut tema yang ditetapkan. Majlis Hi-Tea diadakan di Cititel, Midvalley bermula jam 12 tenghari sehingga jam 4.00 petang.
Seawal pukul 11 pagi dah ada dekat sana sebab nak setting tempat tu bagi cantik. Nasib baik ada Kak Lynda dan keluarga yang tolong. Kalau nak harap aku dengan Cik Eka berdua yang buat rasanya sampai tetamu datang pun tak siap lagi. Alhamdulillah siap sebelum tetamu sampai.


Memang meriah haritu, happy sangat bila dah berkumpul ramai-ramai. Di harap akan ada lagi majlis seperti nie lagi. Terima kasih pada semua kawan-kawan. Penutup 2013 yang tak mung…

WW - Mini Library

Imej

Panjangkan umurnya Ya Allah....

Imej
Selamat Hari Lahir buat Abah tersayang. Along doakan semoga Abah sihat selalu, dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu disamping kami semua. Amin.... Along sayang Abah dunia akhirat.. 
p/s: tak sabar nak balik kg! hihihi

WW - 11 12 13

Imej

Bantulah mereka...

Imej
Pada mereka yang berada di Lembang Klang bolehlah membantu jika ingin menghulurkan bantuan buat mangsa banjir di Kuantan.  Jom sama-sama kita hulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Tangan yang memberi lebih baik dari menerima.. :)

MILO Go Further Camp

Imej
Dah lamanya aku abaikan blog aku nie..bukan takde cerita nak dikongsi tapi sebab mood ke laut terpaksa la semua perkara tertangguh. Sebenarnya dah lama pun kisah nie 23/11 yang lepas. Aku nak jugak abadikan dekat dalam blog nie kisah kakak menang acara bola jaring anjuran MILO haritu. Buat kenangan di masa akan datang hihihi... 
Dari pagi sampai ke petang aku dekat tengah padang tengok kakak main bola jaring. Dari awal sampailah sekolahnya masuk ke peringkat akhir dan Alhamdulillah berjaya bergelar johan. Macam-macam aktiviti yang dianjurkan oleh MILO. Selain bola jaring, sukan bola sepak dan sepak takraw pun ada. Tapi sekolah kakak berjaya merangkul johan pada bola jaring saja. Bola sepak dan sepak takraw sekolah kakak kalah pada peringkat separuh akhir. Banyak jugak sekolah sekitar di Kuala Lumpur yang mengambil bahagian. Tapi sayangnya tak ramai ibu bapa yang turun padang menyaksikan acara tersebut uhuhuhu...

p/s: sori kawan2 lama x jenguk rumah kwn2...nnt dtg singgah ya... :)