Sakit lutut



Sejak akhir-akhir nie aku sakit lutut. Paling sakit bila aku nak turun tangga. Aku pernah jumpa doktor dan doktor bagitau aku mungkin alami osteoarthritis. Punca mungkin sebab aku suka pakai heel. Takut jugak dengar sebab nenek aku ada masalah yang sama. Mungkin jugak penyakit keturunan kot. Sebelum nie aku x pernah rasa sakit yang macam nie. Nak kena jumpa pakar lah tentang masalah lutut aku nie. Doktor pernah bagi aku surat untuk rujuk pada pakar tapi aku yang x pergi sebab masa tu aku x sakit. Rasa menyesal pulak dulu x pergi..uhuhu..sekarang nie menganggung sakit. 

Aku cari info pasal sakit lutut nie dekat google :

Tanda-tanda dan Rawatan Sakit Lutut

SECARA umumnya, tanda-tanda seseorang mengalami koyakan pada meniskus selepas sesuatu kecederaan adalah kesakitan pada sendi lutut , kebengkakan pada lutut (mungkin tidak ketara pada peringkat awal) dan kesukaran melakukan pergerakan penuh pada lutut tersebut.

Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi - sendi yang mengalami proses penipisan rawan.

Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.

Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakan yang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).

Rawatan diklasifikasikan sebagai rawatan konservatif dan rawatan pembedahan .Rawatan secara konservatif termasuklah:

* Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
* Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
* Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut 
* Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
* Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Rawatan seterusnya adalah rawatan pembedahan yang dicadangkan kepada pesakit setelah rawatan konservatif tidak memberikan kesan yang positif.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

Bagi meniskus yang koyak, (bergantung kepada keadaan koyakan tersebut) meniskus yang koyak sedikit, boleh dijahit semula. Akan tetapi untuk koyakan yang kompleks atau koyakan secara degenerasi perlu dinipiskan menggunakan alatan mudah secara artroskopi tanpa perlu pembedahan luka yang besar. 
Proses pembedahan ini dianggarkan boleh mengambil masa setengah jam hingga satu jam mengikut keseriusan kecederaan.

Pada masa yang sama permukaan rawan pada tulang boleh juga dilihat dengan jelas melalui kamera artroskopi dan rawatan sementara bagi memperlahankan proses kerosakan rawan boleh dijalankan.

Pembedahan artroskopi adalah amat mudah sehinggakan ia dijalankan secara 'Daycare' di beberapa hospital tertentu, dan bius perlu digunakan bagi memudahkan pembedahan ini dijalankan.

Harus difahami bahawa proses degenerasi adalah satu proses yang berterusan selagi sendi terus digunakan, oleh itu rawatan-rawatan yang tersebut di atas merupakan rawatan pemulihan sementara dan memperlahankan proses kerosakan rawan.

Penjagaan berterusan diperlukan agar tidak berlaku kerosakan pada tahap kritikal yang mana pada tahap ini, hanya rawatan pembedahan major boleh memulihkan sendi semula contohnya pembedahan penggantian sendi lutut secara total.

Jenis sakit lutut 

Artritis degeneratif
Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon dan rawan lutut . Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat.

Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartritis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut , pinggul dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan tambahan yang dikenal sebagai glukosamina sulfat.

Ligamen terseliuh
Ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif (gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi).

Dalam kes ligamen yang koyak teruk, pembedahan kadangkala perlu dilakukan di samping rawatan kiropraktik dan fisioterapi.

Bursitis dan tendenitis
Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa (kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen) dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan berlakunya bursitis dan tendinitis.

Rehat, senaman menguatkan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.

Meniskus koyak
Pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang dan tiba- tiba boleh menyebabkan meniskus koyak. Melompat atau menaiki tangga akan menyebabkan lutut anda sakit sekiranya anda menghadapi masalah meniskus koyak. Bahagian meniskus tidak mempunyai saluran darah yang cukup dan oleh yang demikian, bahagian ini lambat pulih. Pembedahan biasanya perlu dilakukan untuk memulihkan meniskus yang rosak.

Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Rawatan seterusnya adalah rawatan pembedahan yang dicadangkan kepada pesakit setelah rawatan konservatif tidak memberikan kesan yang positif.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

Bagi meniskus yang koyak, (bergantung kepada keadaan koyakan tersebut) meniskus yang koyak sedikit, boleh dijahit semula. Akan tetapi untuk koyakan yang kompleks atau koyakan secara degenerasi perlu dinipiskan menggunakan alatan mudah secara artroskopi tanpa perlu pembedahan luka yang besar. 

Proses pembedahan ini dianggarkan boleh mengambil masa setengah jam hingga satu jam mengikut keseriusan kecederaan.

Pada masa yang sama permukaan rawan pada tulang boleh juga dilihat dengan jelas melalui kamera artroskopi dan rawatan sementara bagi memperlahankan proses kerosakan rawan boleh dijalankan.

Pembedahan artroskopi adalah amat mudah sehinggakan ia dijalankan secara 'Daycare' di beberapa hospital tertentu, dan bius perlu digunakan bagi memudahkan pembedahan ini dijalankan.

Harus difahami bahawa proses degenerasi adalah satu proses yang berterusan selagi sendi terus digunakan, oleh itu rawatan-rawatan yang tersebut di atas merupakan rawatan pemulihan sementara dan memperlahankan proses kerosakan rawan.

Penjagaan berterusan diperlukan agar tidak berlaku kerosakan pada tahap kritikal yang mana pada tahap ini, hanya rawatan pembedahan major boleh memulihkan sendi semula contohnya pembedahan penggantian sendi lutut secara total.

Ulasan

  1. Bimbang jugakan. Tapi biasa kalau sakit osteoarthritis ini more pada mereka yg dah warga emas kan tapi itulah kadang muda-muda kalau nak kena mana kita tahu.

    Betullah sebaiknya jumpa pakar bagi puaskan hati.

    BalasPadam
  2. Salam kenal..
    Thanx folo blog mamavogue..

    Kena buat pemeriksaan tu, kena pastikan sakit yg macam mane.. Risau gak memuda dah sakit lutut..

    BalasPadam
  3. kena jumpa dr tu...lutut ni kalo sakit bahaya gak

    BalasPadam
  4. jgn mkn yang sejuk2.
    bnyk2 mnum susu anlene

    BalasPadam
  5. hai kak..

    ayah elly mmg alami sakit lutut nie..satu maybe faktor umur..pastu faktor berat badan.pergi hospital doktor kata..kurangkan berat badan je sakit tu..

    tp tgk gak kot sakit yg cam ne..

    BalasPadam
  6. Trima kasih pada semua. Tu lah mmg nk jmpa pakar nie. Nak kata masalah berat xjugak sbb bkn jenis obes...susu tu kdg2 jek minum :P

    BalasPadam
  7. risau jugak kalau sakit lutut ni..semoga ok2 saje ye..=)

    BalasPadam
  8. kita pon sakit lutut la..tp belah kiri jer..
    pastu tumit pon bisa sgt bila pijak lantai..

    BalasPadam
  9. * samb:-
    tp belah kiri jer/..:(

    BalasPadam
  10. Eyeyou..samalah saya pun sakit belah kiri jugak.. uhuhu..muda2 da skit lutut kita ni erk.. :P

    BalasPadam
  11. mungkinkah sebab pertambahan berat badan pun menjadi punca sakit lutut?

    BalasPadam
  12. saya pun suka pakai heels..takut juga sakit lutut...

    BalasPadam
  13. tu laa..nak buat apa ekk..kena jumpa pakar la ekk..x ray br taw result..nak kata berat sgt rasa da reduce weight (perasan slim)..nak kata pakai high heels, x jugak..pakai yg low heels jer..

    BalasPadam
  14. Org degil mmg susah.... susu dah tua br nak minum... ubat plak susah nak mkn.... he..he...he...;)

    BalasPadam
  15. Org degil mmg susah.... susu dah tua br nak minum... ubat plak susah nak mkn.... he..he...he...;)

    BalasPadam
  16. Syapun sakit sbelah kiri siap berdenyut2 lg tp kdg2 jer rasa...

    BalasPadam
  17. Saya pun kena sakit lutut jg.kalau berdiri nk duduk sakit kalau dudok nk berdiri pun sakit juga.tulang lutut tu plak seblh luar kiri nye terjojol dulu tkde.nk pi tngk dr tapi takut.sy dah kena sakit ni udah hampir 3 thn tapi time tu blm serius sngt.skarang sejak 3 minggu sy tngk mcm dah serius jer.

    BalasPadam
  18. rawatan doktor dan rawatan alternatif pun penting untuk sakit lutut ni. Tak rugi cuba dedua.

    BalasPadam
  19. Hi. Nk tanya. Saya rasa saya sakit artristis degeneratif. Ada certain masa kalau lutut saya tak sama cara duduk akan rs sakit sangat sampai naik atas kepala yg mcm boleh pengsan tu tp tak pengsan lg. Cuma saya kena struggle utk luruskan kaki balik tp the time bila nk luruskan kaki tu makin lama kita luruskan kaki makin sakit tu naik ats kepala. Benda ni normal ke eh

    BalasPadam
  20. Benda ni daripada kecik lagi sakit ni. Tp dulu wktu kecik mak saya kata benda biasa. Tp saya sering gelarkan sakit tu "patah tulang" . Adakah silap saya salah duduk ke apa? Tp dekat luar lutut tu xda effection ke apa mcm merah ke apa xda pun. Cuma semalam bila benda ni attck balik, sakit dia sampai harini dkt tulang tu. Perlu ke saya jumpa doktor?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
    - Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
    Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
    - Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
    - Masalah Keputihan
    - Darah Tinggi
    - Buah Pinggang

    5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

    -Sy share mlalui
    pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

    Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
    Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
    Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
    ~~~~
    Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

    ๐Ÿ’Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

    BalasPadam

  22. Note:
    SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
    • Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
    • mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
    • mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

    SUMBER KALSIUM
    • Menambah kalsium pada tulang
    • Menguatkan semula tulang

    KENCING MANIS
    • Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

    • Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
    • Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

    •Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
    • Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

    • Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

    info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
    -Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

    Order: CALL,WhatsApp @
    Encik Mohd Zuhairi -
    017468 7570

    #sharepadayangmemerlukan


    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila tangan kanan gatal...

Blog ohhh blog....