Isnin, 5 November 2012

Bagi ke tidak...

Assalamualaikum..... sekejap je dah Isnin balik ya... Aku nie tengah dalam dilema. X tau samada nak bagi ke tidak anak aku pergi ke pemilihan bola jaring. Anak aku terpilih diantara 3 orang untuk wakil sekolahnya  ke pemilihan bagi peringkat wilayah. So dia akan berkampung dari 16/11 sehingga 6/12. Lama tu...bukan sekejap sebab tulah aku risau. Yalah peluang bukan selalu datang kan..mana tau ada rezeki dia boleh main peringkat wilayah. Masalahnya di sini, aku x pernah lepaskan anak aku pergi mana-mana tanpa pengawasan dari aku atau hubby aku. Lagipun anak aku tu perempuan. 

Anak aku beria-ia nak pergi jugak. Sebab dia cakap ada kawan-kawan lain jugak. Aku ni bukanlah nak mengongkong anak aku tapi aku risau. Lagi pulak dia tu sebenarnya penakut.. aku x boleh nak bayangkan kalau dia tidur malam mcmana, nak pergi toilet macamana..uhuhu...ke aku yang terover...ngeh3...

Hari-hari tanya soalan yang sama pada aku. Aku cakap nanti lambat lagi. Hubby aku ok jerk tapi aku ni yang susah nak bagi dia pegi. Adoi ai...mcmana nie? Apa pendapat korang?



p/s: baru tau perasaan seorang mak risaukan anak gadisnya.. :P

11 ulasan:

Nor Salmi berkata...

Begitulah perasaan seorang ibu.. Sekarang ni tak kira anak tu lelaki atau perempuan, tahap kerisauan dan yg sewaktu dgnnya tetap sama.. Apa kata bagi dia cuba dulu.Beruntung kerana pemilihan dibuat dlm waktu cuti.. Kami di sini pemilihan pada waktu persekolahan jadi terpaksa korbankan waktu belajar.

Mia Kassim berkata...

Memang hati seorang ibu....walaupun anak dia dia besar beranak isteri suda ke tetap risaukan dia macam dia baru sahaja lahir ke dunia.....huhu...

bagi dia try dulu macam mana...(^_^)

Kesuma Angsana berkata...

terpulanglah, asal pelajaran x terganggu KA sentiasa sokong aje anak2

Just berkata...

InsyaAllah takde ape2. Dia bleh blajar jd lbh berani. :)

Tukang Karut berkata...

bagi je la...

mamafarah4 berkata...

boleh bagi pergi untuk dia belajar berdikari.. Tetapi pada masa yang sama berpesan macam2 pada dia.. Biar dia tau yang kita sebenarnya risau dengan dia..Saya paham perasaan awk, sebab saya pun ada anak perempuan..

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
anak kedua saya,perempuan...amat aktif dgn segala mcm persatuan..aktiviti luar sekolah...pernah mengendalikan kem pengakap seramai 300 org dari seluruh kedah,di puncak gunung Jerai..sedangkan yg mengendalikan hanya 10 org ja..

bg lah dia pergi...sbb itu mematangkan dia..dan yg lbh penting,diambil markah utk kegiatan ko kurikulum

Kakzakie berkata...

Walau berat tapi demi kebaikan anak berilah dia peluang. Insya-allah ramai yg pergi tu mesti saling bantu-membantu. Kakak pun sama dulu macam tu lama-lama dah tak kisah dah..

SoffySyahmi berkata...

bagi jerr...biar dia belajar berdikari :)

noor asna zahari berkata...

Sebagai seorg pemain peringkat daerah (ceh...ceh...ceh..), den rs bg jer la pergi... bila lg kakak nak belajar berdikari... nanti nak seberang jln pun takut.... camner? Hi...hi....hi... klu dia pun xcited Maknanye dia pun mmg konpiden leh jg diri sendiri... kt Sebagai ibu sokong jer Dan berdoa selalu....

noor asna zahari berkata...

Sebagai seorg pemain peringkat daerah (ceh...ceh...ceh..), den rs bg jer la pergi... bila lg kakak nak belajar berdikari... nanti nak seberang jln pun takut.... camner? Hi...hi....hi... klu dia pun xcited Maknanye dia pun mmg konpiden leh jg diri sendiri... kt Sebagai ibu sokong jer Dan berdoa selalu....

Catat Ulasan