Resepi Aiskrim



Atas permintaan kawan-kawan semua, harinie aku nak kongsikan resepi untuk buat aiskrim..cehh macamlah terror sangat kan..hihihi. So sape-sape yang rajin tu bolehlah buat esok sebab hari cuti kan... 

Bahan-bahan:-

1 tin susu cair 
Sebiji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar penuh ovalette
3 sudu gula pasir 
1 sudu susu pekat
4 sudu serbuk koko - diayak dulu /Apa-apa perisa kegemaran korang - jagung, strawberi, vanila atau apa-apa saja


Cara-cara

1. Masuk semua bahan dalam mangkuk kecuali perisa kegemaran. Pukul adunan hingga     pekat dan likat...(Kalau ada mixer pakai mixer lah.. aku sebab xde jadi aku pakai blender jerk)

2. Bila dah betul-betul kembang dan likat..bahagikan kalau nak buat 2 perisa. Masukkan perisa kegemaran. Pukul sekejap..

3. Tuang berselang-seli dalam bekas. Hias dengan coklat cip. Simpan dalam peti sejukbeku  4-5 jam dengan suhu maksimum sejuk. Jgn tutup bekas...dah betul2 beku baru tutup..


*Kalau korang suka manis bolehlah lebihkan sukatan gula pasir
**Kalau suka boleh letak kekacang.


Selamat mencuba... :D


p/s : esok nak cuba buat oreo cheese cake plak :)

Ulasan

  1. kena beli fridge br blh buat.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak lynn. petang ni sheila nak buat! heeee thanks for the resepi. hahahhaa

    BalasPadam
  3. nak kena salin nie resepo leh cuba nnt

    BalasPadam
  4. Thanks share kak...
    Nanti ada masa AJ cuba...

    BalasPadam
  5. wahh nice sharing... bole cuba nnti....hihi

    BalasPadam
  6. pasni dh xlaku la aiskrim kt kedai..hehe

    BalasPadam
  7. macam banyak juga bahan-bahannya tu ye..

    BalasPadam
  8. senang jer rupanya nak buat dia yek..konfom kak zu akan cuba..

    BalasPadam
  9. Huaaaaaaaaaa! Sedap! Sedap. Kat umah ade dah ovallete ni. Ley ke try!! TQ share resipi. Heheheh...

    BalasPadam
  10. bagus ni..anak2 mmg suka sgt makan ais krim

    BalasPadam
  11. Buat banyak-banyak perisa senang bila nak makan pilih aje. Best juga ni kalau rajin.

    BalasPadam
  12. bestnya home made ice cream kan :)

    BalasPadam
  13. Pernah buat juga homemade eskem. Tapi resipi ni lain sket. Bley cba nnt ☺☺

    BalasPadam
  14. rajinnya buat aiskrim sendiri... kalau coklat tambat walnut mesti sedappp hahaha.. mulalah nak derhaka resepi kan.. tq kongsikan...

    BalasPadam
  15. mood M..tp tekak dok teringin eskrem magnum yg baru tu..

    BalasPadam
  16. bestnye buat eskrem sendiri.. boleh try ni.. tengkiu share resepi.. hehehe..

    BalasPadam
  17. Salam Kak..
    menarik ni..nk buat la nnti..
    mintak copy resepi ye... :)

    BalasPadam
  18. akhirnye..ade pon resepi aiskrim..hritu tk nmpk lgi resepinye.hihi

    BalasPadam
  19. eskrim!!!... my feveret... kena cuba nih..

    BalasPadam
  20. waa bestnya aiskrim buat sendiri, tq kongsi resepi.

    BalasPadam
  21. Tq. Senang aje kan. Nk cuba la.

    BalasPadam
  22. nak bgtau..akak sedang mencuba..

    BalasPadam
  23. wah,menarik untuk di cuba nih..tq share

    BalasPadam
  24. senang je nak buat eskrem ni eh..nanti boleh la cuba.. :)

    BalasPadam
  25. best nya.xpenah buat ag.xcukup masa.hehe

    BalasPadam
  26. Izan dah share benda ni......telyr tu tak bau hanyir ke RH?

    BalasPadam
  27. Memang sedap....saya dah cuba.....anak2 pun suka.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wajah baru kakak

Pulau Tioman

My 2nd run..