Alkisah.....

Fuhhh....berkurun rasanya aku tak update blog nie. Bukan takde cerita tapi pasal mood nak menaip tu takde jadi terbengkalai jelah. Hari nie aku gagahkan jugak jari jemari nie menaip sebab kawan aku dah sibuk suruh update blog hihihihi... Aku nak ceritakan kisah yang terjadi Ahad lepas, kisah anak aku yang bertuah sorang tu si Aqeef. Biar aku coretkan kat sini sebab bila dia besar nanti dia tau dia ada buat salah besar pada Ucu dia sendiri uhuhuhu... Wah...citer dah suspenkan...salah apakah itu? kihkihkih....

Nak dijadikan cerita Ahad yang lepas BIL aku charge handphone dia dekat bilik. Selalunya dia charge HP dia tu kat hall. Aqeef plak haritu main bola dalam bilik Ucu dia. Sebelum tu adalah Ucu dia marah kat dia pasal apa ntah aku pun tak pasti. Marah-marah manja gitulah kan.. si Aqeef ni plak jenis cepat sentap. Oklah lepas kena marah dia sambung semula main. 

Tiba-tiba bila Ucu dia masuk bilik nak ambik HP dia tu takde! Aku dengar masa tu buat tak tau jelah kan sebab mungkin dia salah letak. Lepastu keadaan mula panik bila dia call HP dia tak dapat. Jenuhlah cari satu bilik tu takde! Bila tanya Aqeef dia diam jerk. Okey suspek utama dalam hal nie mestilah Aqeef kan. Uhuhuhu... BIL aku apa lagi terus turun ke bawah rumah cari-cari HP dia kot-kot ada dekat bawah kan. 

Dengan bengangnya BIL aku naik atas tunjukkan HP BB kesayangan dia yang GF dia bagi telah pun hancur berkecai! Ya Allah!!! Aku terkejut beruk masa tu si Aqeef buang HP Ucu dia dari tingkat 16 ke bawah! Sejak bila dia pandai buang-buang barang pun aku tak tau! Sebab sebelum nie takde plak aku nampak dia buat macamtu! 

Apa lagi hubby aku marah dan pukul la dia.. Aku plak sebagai mamanya mestilah pertahankan anak aku kan. Menangislah si Aqeef bila papa dia marah dekat dia. Pandai pulak lari dekat Ucu dia mintak maaf. Dari marah terus tak jadi nak marah bila anak sedara mintak maaf kat dia kan. 

Uhuhuhu....terpaksalah ganti balik HP BIL aku yang dah hancur tu. Semalam pergi hantar kat kedai pun dah tak boleh terima dah. BIL aku cakap nombor yang ada dalam HP tu yang penting tapi nak buat macamana kan dah takde rezeki..uhuhuhu.. Aku rasa bersalah sebenarnya, tapi tulah benda dah jadi kan. Sekarang nie Aqeef pun dah tak berani nak masuk bilik Ucu dia lagi. 

Hari-hari aku cakap dekat Aqeef jangan buang barang dekat bawah nanti papa marah. Dia pun angguk-angguk je. Cakap tak nak buat lagi dah. Nanti papa abik Aqish katanya.. uhuhuhu... itulah anak kan.. merekalah racun merekalah penawar.. macam-macam ragam..uhuhuhu..




Ulasan

  1. Assalamualaikum kak lynn. huwaa aqeef nape buat camtu. sian ucu, mama, papa. siannya. hmm nak buat camne. benda dah jadi. harap2 aqeef faham dan tak buat lagi. rindu nak baca entri2 kak lynn. sihat kak? mesti busy anak2 start sekolah kan. hehehe >___<

    BalasPadam
  2. kirenya aqeef marah ucu lah ni.. ucu tegur dia dia buang hp ucu dia.. aqeef²... kdg bdk macam tulah kak .. mestilah kt rasa berslh xpe.. yg penting aqeef dah mintak maaf ... kalau ada rezeki ucu nak xnak akaklah kene ganti...

    BalasPadam
  3. siannya aqeef kena pukul yer.. erm..

    BalasPadam
  4. uwaaaa.... aqeef tak sengaja kot RH...

    BalasPadam
  5. tgk dari tv kot. Heheh... takpe la, asalkan dia tau yg buang barang tu benda yang salah. Best la ucu dpt henfon baru. Nextime jgn2 marah Aqeef, ye ucu.

    BalasPadam
  6. Mungkin dia marah dgn Ucu dia kot... dah nak jadikan RH macam tulah kan... tapi aqeef dah mintak maaf kat Ucu.. okeylah tu :)

    BalasPadam
  7. Ucu pun marah tak guna saikologi pada budah masih mentah. Budak akal pendik belum matang bila rasa tak puas hati itulah jadinya. Kesian pulak Aqeef kena pukul. kakak tak setuju... uwaaa.... nak ikut Aqeef nangis sama...

    BalasPadam
  8. mak aii... dari tingkat 16 tu... mahunya tak hancuss... ish2... naseb bebudak kan.. xpelah dimaafkan...

    BalasPadam
  9. aqeef.. meh sini kat pak cik... alo alo...

    Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.

    BalasPadam
  10. tkpe jadi pengajaran buta dier kan !

    BalasPadam
  11. Tingginya moy...mmg hancur berkecai hp tu...agaknya ucu marah betul si aqeef, tu yang sampai dia memberontak buang hp tu...huhu

    BalasPadam
  12. salam k.rh..
    huhu..takde rezeki ucu dgn hpnya..
    apepun lepas ni aqeef jgn buang barang2 lg tau..

    BalasPadam
  13. anak2 ne mmg xpanjang akal lg..tp kita selalu mendenda mereka n marah2 atas sebab2,, (brg rosak, ilang etc)..kalo jeritkan mereka tu kesian lak tgk terkebil2 nak nanges..then bila ckp baik2 pulak, kompem terus nanges...
    #hal diri sendiri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pulau Tioman

Wajah baru kakak

My 2nd run..