Potluck Gathering

Lamanya aku biarkan blog nie bersawang...uhuhuhuh... hai lah kenapa mood macam nie erk uhuhuhu... Banyak citer nak cerita tapi kena korek dulu segala gambar dalam hp aku nie baru boleh boleh cerita.

Cerita Sabtu yang lepas, gathering dengan kawan-kawan opis lama aku. Dah 3 tahun pun tinggalkan Company lama tu tapi hubungan tu tak pernah putus. Bila ada peluang boleh la berkumpul macam nie. Tujuan perjumpaan pun nak mengeratkan ukwah yang sedia terjalin.  Ikutkan ramai lagi tapi di saat-saat akhir ada beberapa orang yang tak dapat turut serta. Tapi walaupun beberapa kerat yang datang kecohnya mengalahkan pasar borong hehehe.... 

Gathering kali nie kita buat potluck. So masing-masing bawak 1 jenis menu. Aku masak mehun goreng dan karipap. Penuh jugak 1 meja tu bila masing-masing bawak makanan. Macam-macam ada... ada spaghetti, kari ayam, nasi impit, kuah kacang, asam pedas daging, bubur jagung dan kuih-muih. 

Terima kasih pada tuan tanah Kak Lynda sebab offerkan diri untuk buat kat rumah sendiri. Memandangkan rumah tuan tanah je yang paling sesuai...hehehe.. Semoga murah rezeki Kak Lynda sekeluarga. 

Semoga ukwah yang terjalin akan berkekalan sampai bila-bila.. Aminnn..





Bila mak2 orang dapat bergambar mengalahkan model... hehehe

Kak Jue bergambar dengan klon Nicol David katanya... hehehehe

Kaum bapa yang datang pun x ramai... Hb aku sendiri pun x join cuma kakak je yang setia menemani aku. Masuk dua jam kat situ muka da monyok sebab boring takde kawan... dari sampai datang sibuk melayan hp dia aje...uhuuh

Sibuk nak menapau 




Ulasan

  1. Hahahaa.. cenggitu plak ek?! Baiklahh..

    BalasPadam
  2. seronokkan gathering sesekali jumpa.kami pun nak buat dlm cuti sekolah nnt gath n potluck

    BalasPadam
  3. next portluck gathering kite bukit tinggi huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Lamanya ko menyepi moi ....
    Sesekali buat portluck cam ni memang best.

    BalasPadam
  5. Yelah.. lama jiddan menyepi tanpa berita. Nabilla apa ceritanya sekarang?. Adik Aqeel pun agaknya dah makin keletah..

    Nasib baik ada potluck ni jadi pembuka pemula bicara. Teruskan bicara seterusnya..

    BalasPadam
  6. Peh thorbaik nokkk.....
    Hihihi....

    BalasPadam
  7. seronoknya dpt gather camni ramai2..

    BalasPadam
  8. Anak gadis you tu ada iras-iras Nicol Ann David...

    BalasPadam
  9. seronok nya RH.. meriah nampak tu... bila berjumpa mcm ni mesti byk cerita nak dikongsikan...

    BalasPadam
  10. ngape le gi tutup wajah yg bertudung pink tu. heheh. tapi betul la muka kakak tu mcm nicol david.

    BalasPadam
  11. Best jugak berpot luck, jumpa borak, lama tak jumpa....Tuan tanah tak delah teruk nak kena masak hehe....
    Nak tanya sikit ni nape lak tuan blog punya muka dah dikartunkan....dulu bukan tak ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wajah baru kakak

Pulau Tioman

My 2nd run..