Bercerita sebelum tidur

Dari anak aku yang pertama sampai yang ketiga nie dah dibiasakan bercerita sebelum tidur. Itulah yang selalu hubby aku buat sebelum anak-anak masuk tidur dia akan bercerita pada anak-anak. Tapi sampai umur 3tahun lebih jerk lepas tu dengan sendirinya anak xnak dengar lagi cerita sebelum tidur,mungkin dah jemu agaknya..hehe...

So sekarang Aqeef la yang jadi penyambungnya. Setiap malam sebelum tidur hubby aku mesti cerita Sang Kancil dekat Aqeef. Dari ke kakak sampai la si adik cerita Sang Kancil nie memang xpernah hubby aku mis, cuma bila hubby aku keluar main badminton jerk aku lah yang akan ambil alih tugas bercerita nie. Kadang-kadang da xde idea nak cerita..hehe... So malam tadi Aqeef mintak hubby aku bercerita kisah Nabi..sebab sehari sebelum tu hubby aku janji nak cerita kisah Nabi dekat dia. Lepas ni takde lagilah kisah Sang Kancil...nak bagi Aqeef dengar plak kisah-kisah Nabi kita. Nak bagi kenal Nabi-Nabi kita. Semoga apa yang dia dengar dapat dia ingat supaya nanti bila dia da ke sekolah dia da tau kisah-kisah Nabi yang pernah papa dia ceritakan ;-)




p/s: menyesal plak x cerita kisah-kisah Nabi nie pada kakak & abang masa diorang kecik-kecik dulu :P

Ulasan

  1. Tak apa boleh aje belikan buku-buku buat si kakak dan abang utk mereka baca sendiri. Banyak buku kisah nabi yg sesuai utk anak-anak..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..kaedah mendidik anak yg baik, semoga anak2 ratu jadi anak2 yang soleh & solehah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pulau Tioman

Wajah baru kakak

My 2nd run..