Medan Trip - Day 3, Pajak Ikan, Istana Maimon & Masjid Raya

Sekitar Pajak Ikan
Hari terakhir di Medan masa di isi dengan shopping di Pajak Ikan. Aku borong telekung dekat sana, oklah harga boleh tahan jugak murah. Selain itu aku beli jugak t-shirt Medan untuk anak-anak dan hubby tapi sayangnya saiz yang aku beli untuk hubby kecik padahal saiz yang aku ambik saiz L dah macam saiz S, sudahnya aku yang pakai hihihi. 



Selepas pergi ke Pajak Ikan kami di bawa ke Restoran Ayam Penyet Ria, agency yang kami upah tu belanja makan dekat situ sebagai ganti beberapa perkara yang tidak memuaskan hati kami. Bila dah sampai situ aku makan nasi dengan puasnya setelah beberapa hari tak makan nasi, memang menepati citarasa kami. Habis makan kami terus menuju ke Istana Maimon. Hanya aku, Just, Tunung dan dua orang lagi yang turun dari bas untuk bergambar. Yang lain-lain dah kepenatan berjalan di Pajak Ikan. Sebab tak nak lepaskan peluang bergambar di Istana Maimon aku gagahkan jugak walaupun penat hihihi.. Selesai bergambar, kami terus ke Masjid Raya. Kami tak masuk pun diperkarangan masjid sebab kejar masa untuk ke airport. Hanya bergambar di luar kawasan masjid sahaja..jadilah kan, janji ada jugak gambar kenangan di situ. Selepas itu kami terus menuju ke aiport yang mengambil masa 20 minit dari masjid. 
   
Istana Maimon

Masjid Raya

Nasib baik ada ajen yang menguruskan semuanya bila di airport jadi kami tak perlulah bersusah payah nak beratur. Amik masa yang ada untuk merehatkan kaki yang kepenatan akibat banyak berjalan.. :D
Di Airport
Masa nie aku tak sabar nak balik, rindu dekat anak sangat-sangat. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah trip kali nie walaupun penat tapi aku seronok sangat. In shaa Allah plan next year nak ke Ho Chi Minh. 

Ulasan

  1. Salam K.RH..
    Huhuhu..terkebil2 bijik mata tgk..
    seronoknye dpt jenjalan & shopping..

    Pajak Ikan tu ape kak?
    tempat borong baju ke ?

    BalasPadam
  2. hehehe penat eh jalan.. seronokkan..
    cantik masjid raya tu...

    BalasPadam
  3. hehe..seronok kak ke medan? lisa xsempat nk g muzium maimon n masjid raya..huhu..

    BalasPadam
  4. bila berjalan, penat macam mana pun kena tolak ke tepi dulu... rasa rugi kan kalau nak rehat lama2?

    BalasPadam
  5. Wahhh dah ade plan utk next year lagi gitu

    BalasPadam
  6. wahhhh...ho chi minh plak???nk ikuuuutttt!!!seronok ye kak shopping kt medan?

    BalasPadam
  7. penat tolak ke tepi kan. trip dgn kawan2 dan family lain rasanya kan

    BalasPadam
  8. amboi, seronoknya berjalan makan angin hu hu...
    teringin nak tgk sipiso tu live... tgk gambar cantik...
    kalau saya berjalan tak bawa anak, alamatnya berjalan tak aman... teringat dan rindu kat anak hu hu...

    BalasPadam
  9. wah terkesima tgk billboard ayam penyet tu....

    BalasPadam
  10. Tulah...dengar jugak kat Indonesia, baju baju dia semua saiz kecik...

    BalasPadam
  11. bestnyer jenjalan dan shopping

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pulau Tioman

Wajah baru kakak

My 2nd run..