Mini reunion..

 
Setelah lebih 17 tahun tidak bertemu, pada hari Sabtu yang lepas bertempat di Pantai Remis, Jeram Selangor aku dipertemukan dengan kawan-kawan sekolah aku. Ikutkan ramai kawan-kawan sekolah yang tinggal di Lembah Klang nie tapi sebab masing-masing ada hal jadi berjumpa yang mana berkesempatan jerk. Aku akui tak semua kawan-kawan aku nie rapat dengan aku dekat sekolah dulu. Yalah bila dah meningkat dewasa nie sape pun kawan kita rapat atau tidak itu tidak penting. Yang penting ukhwah yang terjalin tidak putus macam itu aje, In Shaa Allah. Bila dah jumpa tau jelah banyak yang nak disembangkan. Tapi bila dah masing-masing bawak anak paham-paham jelah kan...kuikuikui


Yang lelaki last jumpa masa Form 3, lepas tu masing-masing ada yang pindah sekolah. Nasib baik baru-baru nie ada kawan create group Whatsapp bolehlah berhubung kembali dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama terputus hubungan. Itulah dia hikmah disebalik kejadian.. Allah aturkan indah sekali. Sesungguhnya kenangan zaman persekolahan yang paling seronok sekali. 


Plan seterusnya reunion pada bulan 11 akan datang, harap-harap kali nie ramai yang akan turut serta. Bukan senang nak kumpulkan kawan-kawan maklumlah bila masing-masing dah ada komitmen. Dapat aku bayangkan keriuhan tu nanti. :D


Terima kasih buat Darwis yang sudi menaja lokasi dan makanan. Buat Sabrina, Zamrina dan Lynda juga. Dan buat photographer, Fadlzi dan Faizie... :P


p/s: yeayy..finally esok tiba jua setelah hampir setahun menunggu.. :D

Ulasan

  1. Memang seronok kalau jumpa kawan lamakan RH...Tu lah malu pun ada gak sebab kadang tu bukan rapat sangat...hehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak lynn. happeningnya! hehehe semoga ukhwah ini terjalin selamanya :)

    BalasPadam
  3. mesti borak tak hinggatkan .. dah lama x jumpa.. banyaklah ceritanya...

    BalasPadam
  4. Syokla jumpa member sekolah... Baca cerita RH nih dayah pulak teringat member sekolah. Nak tau perkembangan depa dok intai FB je lah.. :)

    BalasPadam
  5. Seronoklah dapat jumpa kawan2 lama...

    BalasPadam
  6. wah seronok dapat jumpa balik kawan2 lama yg baik2 kan

    BalasPadam
  7. Jumpa geng sekolah mesti banyak yg nak disembangkan mesti riuh rendah.

    BalasPadam
  8. Best nya reunion.. dah lama tak buat ni..
    seronok rasa nya jumpa kawan2 lama...mcm2 cerita ada..:)

    BalasPadam
  9. wowww!!! 17thn tak berjumpa tu.
    detik yg manis kan kalau dpt reunion semula

    BalasPadam
  10. seronok bila dapat jumpa semula kengkawan lama..lagi2 dah 17 tahun xjumpa kan..kan...

    BalasPadam
  11. BESH JUMPA KAWAN LAMA..YG LG BESH ADA TAJAAN TU..:)

    BalasPadam
  12. mmg besh bila dapat jumpa kembali kawan2 lama kan, kami pun dah pernah wat reunion 2-3 kali dah, selalu buat reunion /gathering time berbuka puasa.., ni nak masuk bulan puasa ni msti ada yg ajak gathering berbuka puasa..:)

    BalasPadam
  13. Salam K.RH..
    Reunion mmg best.. nak2 pulak bila dpt gather balik dgn kengkwan yg berbelas2 tahun tak jumpe.. hihihi.. bestnye! bestnye!

    esok? ade ape ngan esok? x sbr nk tau.. *hehe..sibukjer*

    BalasPadam
  14. Bestnya dpt jumpa kawan2 lama.

    BalasPadam
  15. alaa bestnyaa jumpa kawan2 lama
    akk nie , akak sorang je tercampak di pahang
    kawan2 sek semua di JB huhuh

    haa x sabar gak nak tahu keputusan ape sok tuu ekke ;)

    BalasPadam
  16. seronoknye...js jugak lum menjadi2 lagik nk reunion...hihi

    BalasPadam
  17. hehe masing2 dah jadi mak org dgn bapak org...

    BalasPadam
  18. seronoknya dapat jumpa kawan2 lama....

    BalasPadam
  19. bestnyer dapat reunion dgn kawan2 sekolah....

    BalasPadam
  20. bestnya buat renioun ni..
    rindunya zaman sekolah...

    BalasPadam
  21. Apa yg pasti bila jumpa masa reunion pasti saiz badan terutama lelaki perut masing-masing dah menonjol kedepan dan yg perempuan agak kembang kan:)

    BalasPadam
  22. seronok dpt jmpa kawan2 sekolah kan.
    da lama x reunion. :)

    BalasPadam
  23. teringin juga nak jumpa kawan2 lama.....tapi tu lah...masing2 berjauhan susah nak jumpa....rindu saat2 macam nie....

    BalasPadam
  24. Wah masing2 mesti byk perubahan kan

    BalasPadam
  25. mmg seronok jumpa smula kwn2 lama yg dah lama x jumpa kan... terubat rindu di hati...

    BalasPadam
  26. syoknya jumpa kawan sekolah.. bila ingt tentang reunion ni.. sbb reunionla sya berkahwin dengan hubby skrg ni.. hehehe

    p/s: ape yg dah tiba tu?

    BalasPadam
  27. Seronoknya dpt jmpa kengkawan lama...msti riuh rendahkn?

    BalasPadam
  28. wah... memang seronok kalau dah berkumpul sama2 tu...

    BalasPadam
  29. bestnya :)
    sronok kan bila berkumpul ramai2 cm ni

    BalasPadam
  30. bestnya dapat jumpa kawan2 lama....best best

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pulau Tioman

Wajah baru kakak

My 2nd run..