Rabu, 31 Oktober 2012

Wordless Wednesday - Sahabat

gambar kata kata bijak yang lucu dan gokil

Isnin, 29 Oktober 2012

Kindergarten

Erm....aku ni serba salah di buatnya..xtau nak hantar anak bongsu aku tu masuk kindergarten ke tidak. Yalah walaupun tahun depan umur dia masuk 4 tahun tapi aku x yakin yang anak aku tu boleh berdikari sendiri. Kalau ikut sejarah kakak dan abang, aku hantar diorang masa umur 5 tahun. 

Aku x yakin plak nak hantar anak aku tahun depan tapi keinginan nak hantar dia ke sekolah tu memang ada, cuma aku takut kalau-kalau dia x dapat sesuaikan diri. Maklumlah anak aku tu terlebih manja sikit pantang orang tegur dia melalak..(uhuhu..ikut perangai aku la tu kememey..). Aku pikir-pikir balik x salah pun rasanya mencuba kan.. Malam ni aku nak bawak anak aku pergi kindergarten yang aku nak daftar dia. Tengok reaksi dia macamana dulu then baru decide.



p/s: fuhh..cepat betul masa berlalu...da besar dah anak-anak aku... :D

Jumaat, 26 Oktober 2012

Burung Merpati

Ha tau x apa ni? Nilah ank burung merpati. Ank burung ni br je 2mggu umur dia. Menetas kat beranda dapur umh aku. Ksian tgk kena ujn jd aku mtk hubby amk letak dlm kotak supaya x kena ujn. Skg time nk bg mkn je mak burung dtg.

p/s: kyg mkn ns myk ibu mertuaku... :D

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 25 Oktober 2012

Mana mau pegi

Esok hari raya seperti biasa setiap kali raya haji aku akan menyambutnya di KL memandangkan hari raya puasa aku sambut di Kluang, Johor sebelah aku. Memang x pernah gaduh setiap kali balik raya sebab sejak azali lagi hubby aku dah setuju macam tu. 

Macam biasalah kalau cuti panjang kota lumpur ni akan lengang. Uhuhu..lagi sayu terasa hati..tapi nasib baik bersama-sama dengan keluarga mertua jadi xdelah terasa sangat. Biasanya lepas sembahyang raya memang x kemana-mana pun hanya duduk di rumah tengok tv atau melayan kerenah anak-anak. Aku ingat nak bawak anak keluar berjalan tapi x tau ke mana nak bawak diorang. Nak kena tya ngan hubby tempat mana yang best boleh bawak diorang nie....



p/s: Dapat undangan esok makan daging unta dari kakak opis tapi nak tunggu Puan Just kita..sebab nak pegi gether2... :D

Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Haji



Buat semua umat Islam..Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Yang ingin pulang ke kampung semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik. Pandu dengan cermat.


p/s: sedih xdpt blk kg... uuwwaaa..... :-(

WW




p/s: aku memang penakut ^__^

Selasa, 23 Oktober 2012

Selamat Hari Jadi Muhammad Aiman Aisy ke 8

Alhamdulillah...hari ini genap 8 tahun anak aku Muhammad Aiman Aisy. Cepat betul masa berlalu dah besar panjang rupanya anak mama nie. Mama doakan semoga anak mama ni menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat... Amin.. Mama sentiasa menyanyangi anak-anak mama. 





Isnin, 22 Oktober 2012

Dugaan...

Ermm....hari isnin macam biasa mood masih ke laut. 

Dugaan dalam hidup...ha tulah realiti kehidupan. Setiap manusia pasti akan rasa dugaan yang Allah bagi. Cuma cara kita untuk tangani setiap dugaan tu macam mana. Macam aku...kadang-kadang segala dugaan boleh aku handle sendiri kadang-kadang perlu ada insan yang memahami di sisi. Bukan untuk membebankan tapi untuk minta pendapat dan nasihat. Kalau tak kuat hadapi segala dugaan nie boleh gila jadinya. Pada Allah tempat yang paling layak aku mengadu..pasrah dan berdoa.. Kata orang setiap dugaan yang datang akan menjadikan kita lebih matang dan menjadi seorang yang lebih tabah. 




p/s : semoga aku tabah menghadapi segala dugaan dariNya..Amin...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Suka ke dapur


Ada tokoh jadi Masterchef x? :D

Ha anak lelaki aku Aiman suka tolong aku kat dapur. X kira apa aku buat dekat dapur dia mesti nak tolong sama. Aiman nie lebih pakar di dapur kalau nak di bandingkan dengan kakak dia. Dia lebih suka bab memasak nie dibandingkan dengan kakak.  Sekarang nie kalau dia rasa nak makan apa-apa macam nugget ke, telur goreng ke dia sendiri yang masak. Memang aku x galakkan dia ke dapur yalah lebih-lebih lagi bab api ni kan takut jadi perkara yang x di ingini berlaku. Tapi setiap kali kalau dia nak masak aku akan tengok dia. 

Yalah bukan bermakna kalau anak lelaki suka ke dapur ada yang x kena dengan sifat kelakian diakan..tapi aku rasa sejak wujudnya Masterchef dekat Astro nielah mula timbul minat pada anak lelaki aku tu untuk dia ke dapur.. hehe sape tau kan satu hari nanti Aiman lebih hebat di dapur di bandingkan mamanya.. :P 

Khamis, 18 Oktober 2012

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tren oo tren

Google
As salam semua..pagi nie macam biasa keluar umah dengan harapan nak sampai opis awl tapi lambat jugak akhirnya disebabkan masalah Putra LRT. Uhuhu..xpaham betul dengan Putra LRT nie setiap kali ujan mesti ada masalah teknikal. Xtau sistem yang mcmana diorang guna. Kalau setahun sekali dua xpelah..nie sebulan mesti sampai 2-3 kali. Xpernah ke diorang cuba nak tingkatkan perkhidmatan diorang jadi lebih baik. Tambang makin naik tapi perkhidmatan di takuk tu jugak..uhuhu...


p/s : bila la nak amik lesen memandu nie :P


Rabu, 17 Oktober 2012

WW - Senyum

Kata-kata mutiara


Selasa, 16 Oktober 2012

Saya budak baru belajar...

                Google

 
Dulu aku xtau langsung pasal dunia blog nie, dan x pernah amik tau langsung hehe..aku mula tau bila officemate aku si *Just 2 Story* yang bercerita. Dari situ aku mula tertarik untuk buat blog aku sendiri bukan untuk apapun cuma nak mengisi masa lapang di samping menambah kenalan di alam maya. 

Dah lebih 2 bulan aku berblogging dan alhamdulillah sekarang aku ada member yang sudi follow aku walaupun xpernah bersua muka...terima kasih banyak-banyak.

Dan terima kasih yang x terhingga pada kawan aku, Just sebab sudi beri tunjuk pada aku. Kalau x disebabkan dia memang aku xtau apa-apa..hehehe...



p/s: Just nanti i belanja u makan nasi ayam kunyit eh.. :P

Isnin, 15 Oktober 2012

Bercerita sebelum tidur

Dari anak aku yang pertama sampai yang ketiga nie dah dibiasakan bercerita sebelum tidur. Itulah yang selalu hubby aku buat sebelum anak-anak masuk tidur dia akan bercerita pada anak-anak. Tapi sampai umur 3tahun lebih jerk lepas tu dengan sendirinya anak xnak dengar lagi cerita sebelum tidur,mungkin dah jemu agaknya..hehe...

So sekarang Aqeef la yang jadi penyambungnya. Setiap malam sebelum tidur hubby aku mesti cerita Sang Kancil dekat Aqeef. Dari ke kakak sampai la si adik cerita Sang Kancil nie memang xpernah hubby aku mis, cuma bila hubby aku keluar main badminton jerk aku lah yang akan ambil alih tugas bercerita nie. Kadang-kadang da xde idea nak cerita..hehe... So malam tadi Aqeef mintak hubby aku bercerita kisah Nabi..sebab sehari sebelum tu hubby aku janji nak cerita kisah Nabi dekat dia. Lepas ni takde lagilah kisah Sang Kancil...nak bagi Aqeef dengar plak kisah-kisah Nabi kita. Nak bagi kenal Nabi-Nabi kita. Semoga apa yang dia dengar dapat dia ingat supaya nanti bila dia da ke sekolah dia da tau kisah-kisah Nabi yang pernah papa dia ceritakan ;-)




p/s: menyesal plak x cerita kisah-kisah Nabi nie pada kakak & abang masa diorang kecik-kecik dulu :P

Jumaat, 12 Oktober 2012

Menjadi seorang sahabat

Google

Bukan senang nak dapat seorang kawan yang boleh di panggil sahabat. Dalam erti kata lain boleh susah senang bersama. Kadang-kadang ada kawan yang baik di depan tapi mengata di belakang. Berpura-pura baik pada kita tapi x seikhlas berkawan seperti yang kita sangka. Kalau boleh berkawan tu biarlah ikhlas...tanpa ada sebarang niat di sebaliknya. 


Macam tu jugak dengan aku, kalau boleh aku nak menjadi seorang sahabat yang setia...boleh bersama kala suka dan duka. Menjadi seorang pendengar yang setia setiap kali  mengadu itu dan ini. Kalau boleh biarlah ikatan persahabatan itu kekal sampai bila-bila. 



p/s: sedih mengenangkan nasib seorang sahabat yang sentiasa berduka... :( 
Semoga dia  tabah menghadapi segala ujian yg Allah berikan. Dan moga ada sinar kebahagiaan buatnya 1 hari nnt..Amin...



Khamis, 11 Oktober 2012

JOM JADI GENG BUI



Jom sama-sama kita meriahkan segmen BUI

1) letak header blog bui ni dalam entry
2) letak tajuk JOM JADI GENG BUI
3) tinggalkan link entry di ruangan komen entry Bui

Tarikh tutup penyertaan 30/10/2012 pukul 11.59 malam


Bersenam dengan tali skip

Sumber Google

Ha..sejak seminggu lepas aku mula merajinkan diri untuk bersukan semula. Kalau dulu rajin jugak aku beraerobik tapi sejak ada anak 3 ni aku jadi malas. So sukan yang paling senang nak di buat adalah melompat dengan tali skip. 

Dalam seminggu aku akan buat 4 kali, sekali aku buat dapatlah dalam 300 lompatan lebih kurang dalam 15 minit. Aku rasa itu pun da cukup buat aku berpeluh dan dapatlah jugak membakar segala lemak yang terkumpul dalam badan aku ni. Tapi itu permulaan la kan..kalau boleh aku nak cuba buat 500 lompatan.. insya Allah. Sebenarnya aku pun xtau apa kelebihan skip ni tapi setelah di cari dekat pakcik google barulah tau betapa bagusnya sukan nie. 

Ha ni dia info yang aku search tadi dari google:-

Skip merupakan cara senaman yang efisien bagi menguatkan tulang. Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif. Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam. Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak. Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.

p/s : Apa lagi jomlah kita berskip pasni..dapat jugak menjaga badan da kesihatan. :P







Rabu, 10 Oktober 2012

Wordless Wednesday

Power Rangers pegang gitar :P

Isnin, 8 Oktober 2012

Birthday Aqeef

Semalam buat makan-makan yang simple tok anak aku Aqeef. Sebenarnya x plan pun nak panggil orang luar just nak celebrate ngan family jerk. Tapi semalam aku tengok anak-anak jiran aku bermain dekat luar so aku panggil la budak-budak tu join skali. Seronok la anak-anak aku bila ramai geng kat umah. 

Aku masak yang simple jerk, meehun goreng, nugget & fries, kuih dan buah-buahan tok desert.

Tq buat SIL sebab tolong potong buah dan buat air.. ngeh3... air sedap sampai x cukup budak2 tu minum :P

Aksi besday boy..nak buat peace tp x pandai... :P
MIL & SIL

Anak Jiran


Ahad, 7 Oktober 2012

Selamat Hari Jadi Muhammad Arfan Aqeef yang ke 3


Pada tarikh dan waktu ini aku telah melahirkan seorang putera di beri nama Muhammad Arfan Aqeef. Pejam celik cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam jek beranakkan dia. Da besar da anak mama yang sorang ni..semoga anak mama menjadi seorang anak yang soleh, bijak, hormat pada org tua, dan semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati perjalanan hidupmu sayang... 


Jumaat, 5 Oktober 2012

Blog review by Jue Jaynee





Jom kita....

Closing Date 7/10/2012 @ 11.59 am


Gosok Gigi

X nak gosok gigi! Ha...itu lah perkara yang selalu aku hadapi setiap kali nak gosok gigi anak aku si Aqeef. Stiap kali nak gosok gigi mesti ada jerk taktik dia nk ngelat gosok gigi. Kadang-kadang tu smpai da bape kali berkumur tapi mulut x gak bukak! Anak aku ni susah betul nak gosok gigi..kalau nak gosok dengan kerelaan hati dia memang payah. So nak x nak aku terpaksa la kepit kepala dia bawah ketiak aku smbil aku cpt2 gosok gigi dia. Kalau aku x buat macam tu memang x bergosok la jawabnya.

Bukan x ajar cara pegang berus gigi, cara gosok gigi..tapi kalau dia buat sendiri alamat gigi yg putih tu boleh jadi gigi emas! hahaha...... So nak bagi gigi tu putih bersih mestilah aku yang menggosoknya! Lagi la sekarang ni da umur 3 tahun..da makan macam-macam. Kalau x d jaga dari sekarang takut nanti gigi rosak cepat. 



p/s : meh la kongsi tips bagi ank senang gosok gigi :P

Khamis, 4 Oktober 2012

Tengok Wayang

Hari ni aku dating ngan hubby.. tengok wayang citer TAKEN.. So pas keje ni terus ke Festival City. Nasib baik tiket dah beli so x perlulah nak rushing. Plan nak ke Mid Valley tapi memandangkan rumah dekat dengan Festival City so decide ke sana jelah. 

Ksian jugak dekat anak-anak kena tinggal...uhuhu..tapi xpelah sesekali papa & mama diorang nak berdua2an apa salahnya kan :P... Weekend ni mama bawak tengok citer Hotel Transylvania eh.. ;)



Rabu, 3 Oktober 2012

Jom Tukar Bloglist Dengan yanayassin.com

www.yanayassin.com







Jom Tukar Bloglist dengan Yana Yassin


TARIKH TUTUP : 3.10.12 - 9.00malam


Selasa, 2 Oktober 2012

Cuka kurma




Alhamdulillah sejak aku amalkan minum cuka ni badan rasa ringan. Senang nak bangun pagi dan segar bila bangun dari tidur,kalau x badan ni asyik letih jerk. Kawan aku jual kat aku sebab dia tau kolestrol aku tinggi. Kolestrol aku pun menurun sekarang. Biasanya kalau aku tido malam mesti kebas tangan aku..tapi alhamdulillah sejak aku amalkan minum cuka ni, xde rasa kebas lagi bila tido. So sape-sape yang belum cuba boleh lah mencubanya. X rugi sebab banyak khasiat dalam cuka kurma nie. 

Ehsan Google

Isnin, 1 Oktober 2012

Anak oo Anak.....

Kenapa anak lelaki selalunya lasak...yalah kan kalau x lasak bukan lelaki la namanya.. hehe.. macam tulah dengan anak-anak aku tak boleh duduk diam. Apa yang si abang buat adik pun ikut sama. Aku rasa umah akulah yang paling bising di antara umah-umah yang lain. Lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah memang selalu tidur lambat. Sampai ke tangah malam la suara anak-anak aku jerk. Kalau nak tengok diorang diam bila diorang tidur jerk. Kalau x.. habis satu umah diorang kejekan..dari lompat katil, main bola, apa segala macam jenis benda diorang nak buat. Fuhh...alahai anak......


Salah 1 aktiviti yang wajib d buat hari-hari...