Untung aku...

Semalam aku duduk rumah seharian dan masa aku d habiskan dengan mengemas rumah. Alhamdulillah semenjak berkahwin sampai sekarang suami aku memang seorang yang ringan tulang. Bukan aku yang suruh tapi memang sikap dia macam tu. Yalah zaman sekarang tak semua suami rajin nak tolong isteri buat kerja rumah. Aku antara isteri yang bertuah dapat bersuamikan orang macam tu. Kadang-kadang ada d antara kawan-kawan aku mengeluh suami diorang tak nak tolong buat kerja rumah. Yalah bukan bermakna tolong isteri buat kerja rumah hilang kejantanannya kan..tapi sebagai suami kenalah prihatin jugak dengan situasi isteri. Sikap tolong menolong juga penting dalam hidup berumah tanggakan. 



p/s : apalah hadiah nk bg kat laki aku bithday dia khamis ni.. uhuhu...



Ulasan

  1. untung u!! alahai.. bab hadiah tak leh nak tlg sbb sendiri pun dah tak tau nak bg hadiah ape. hihihih..

    BalasPadam
  2. kita bg cadangan, akak masak spesel..masak banyak2 yer.pastu wt dinner ala2 romantik.tu pun da ckup bermakna..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wajah baru kakak

Pulau Tioman

My 2nd run..