Khamis, 29 Ogos 2013

Sama tak macam Aqeef...

Plan konon-konon kalau ada rezeki aku nak tambah sorang lagi ahli keluarga, tapi masalahnya sekarang Aqeef nie memang tak boleh tengok aku pegang baby lain. Kalau aku sayang-sayang ngan baby tu apa lagi mengamuk sakan dia, belum citer bab aku dokong baby tu lagi punyalah pukul-pukul aku tak bagi aku pegang. Sampaikan kadang tu kalau aku peluk kakak ngan abang dia pun dia ngamuk. Kadang kesian aku tengok kakak ngan abang, nak peluk cium kena sorok-sorok dari dia uhuhuhu... Pening kadang aku ngan perangai Aqeef, aku tak boleh nak bayangkan nanti kalau esok dia dapat adik lain. Anak korang ada tak yang perangai macam Aqeef? 


p/s: tengah nak balas jejak kawan-kawan...sabor ya :)

Rabu, 21 Ogos 2013

WW- Novel


Menunggu giliran untuk dibaca, sekarang tengah baca Hikayat Cinta Si Pematah Hati :D

Selasa, 20 Ogos 2013

Apa-apa jelah...


Rasanya dah bersawang blog aku nie sebab dah lama terabai. Banyak nak cerita cuma masa dan mood je takde. Bulan nie cuma 3 entry jerk yang aku buat uhuhuhu teruknya.. Harap-harap mulai harinie mood xdelah ke laut lagi. 

Nak kongsikan gambar aku ke rumah blogger Tunung Ahad lepas. Sedap makanan yang dihidangkan dengan biskut-biskut raya yang semuanya Tunung yang buat. Minggu nie dorang nak serbu rumah aku pulak. Tengah pikir lagi apa nak masak :D Korang dah habis beraya semuanya ker? 

p/s: bulan puasa berat turun sekilo dua lepas puasa naik pulak berkilo-kilo kan hihihi...

Isnin, 12 Ogos 2013

Cabut Gigi....

Sepanjang aku hidup 34tahun nie, rasanya nilah pertama kali aku nak g cabut gigi. Punyalah berdebarnya jantung aku nie Tuhan je yang tau. Nak tak nak terpaksa gak aku cabut geraham bongsu aku nie dari aku sakit kemudian hari..uhuhuhu.. Korang pernah cabut gigi geraham? :-D

p/s: aku masih di kg, Rabu baru start keje.

Selasa, 6 Ogos 2013

Selamat Hari Raya


Buat semua teman-teman blogger. Minta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya berblog secara sengaja atau tidak. Semoga lebaran ini kita raikannya dengan penuh kesederhanaan. 


p/s: uhuhuhu baju tak packing lagi mlm nie dah nak balik...

Isnin, 5 Ogos 2013

Mood Raya...

Google

Uhuhuhu hrnie bukan lagi Monday Blues tapi mood raya dah mai. Zahir je kat opis tapi batin dah dekat kampung hehehe.. Mesti ramai yang dah mula bercuti kan. Korang da ready semua ke? Baju aku sendiri jerk yang masih belum dibeli. Harinie lah baru terhegeh-hegeh nak cari..uhuhuhu