Catatan

Berkhatan....

Imej
Nak abadikan kat sini supaya esok-esok Abang boleh ingat bila tarikh keramat dia dikhatankan hehehe... Tanggal 29hb November yang lepas Abang telah pun selamat dikhatankan. Umur Abang 10 tahun aku khatankan dia, dengan rela hati dia nak berkhatan, yalah kadang-kadang anak tak ready nak khatan tu yang ada kes lari masa berkhatan kan.. hehehe...   Mulanya nak buat waktu siang tapi sebab ramai jadi giliran Abang kena sebelah malam. Sebelum berkhatan sempat lagi Abang mintak kasut futsal katanya nak main sebelum berkhatan..uhuhuhu.. sebab tak nak Abang kempunan lepaskan jugak hajat dia beli kasut futsal. Sudahnya dia tak main pun sebab tak cukup geng.  Lepas Isyak keluar dari rumah ke Klinik Ikhwan yang berhampiran dengan rumah. Pukul 8.45 malam sampai di klinik giliran Abang lebih kurang pukul 10.30 malam uhuhuh.. Sebelum sampai giliran Abang macam-macam ayat yang aku suruh Abang baca sampai Abang kata nak demam dibuatnya..hehehe... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Miss me? :P

Imej
Assalammualaikum... haahahaha...statement POYO skit ek... Uhuhuh lamanya blog aku nie dibiarkan sepi... Banyak sangatttttt kisah yang nak aku kongsikan kat sini.. Harap-harap MOOD nak berblog tak ke laut lagi... Tunggu Isnin nanti ya... :D

Besar dah dia.....

Imej
Alhamdulillah hari nie genap 10 tahun umur Abang. Cepat betul masa berlalu pejam celik dah besar anak mama nie.. Semoga  mewah rezeki, sihat selalu dan  menjadi anak yang soleh berjaya di dunia & akhirat.. Aminnn..  Love u sayang.... 

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Imej
Salam Aidil Adha... Macam biasa setiap kali raya qurban di KL aje... Pada yang balik ke kampung semoga selamat perjalanan pergi dan balik.. Aminnn....

36 Tahun....

Imej
Selamat hari lahir buat Hb tersayang. Ma doakan semoga sayang diberi kesihatan yang baik, mewah rezeki, semoga Allah sentiasa memberkati sayang didunia & akhirat. Aminn... Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan papa yang bertanggungjawab dan penyanyang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamaya.. Aminnn....

WW - Tangga

Imej
Sekarang sampai opis aku naik tangga dari lobi sampai ke tingkat 11. Nak kekalkan stamina katanya...hehehehe

10KM - Lion Parkson Run 2014

Imej
Aci tak kalau aku cakap nie marathon aku yang ke dua sebab sebelum nie aku pernah jugak join tapi rasanya itu 3 tahun yang lepas kot. Kiranya yang dulu tu takdelah berjaya sampai ke garisan penamat sebab belum setengah jalan aku dah naik bas...hehehehe... Oklah tu kan kira adalah jugak pengalaman marathon nie kan...  Pagi Ahad tu aku sampai sana dalam keadaan hujan lebat hokeyyy...uhuhu.. korang semua sedap tido aku dgn BFF dah terpacak kat sana. Jam 6.30 pagi hujan dengan lebatnya aku kebasahan di bawah khemah...uhuhuh.... masa tu dah give up sebenarnya sebab takde tanda-tanda hujan nak berhenti. Kalau ikut jadual jam 7.00 pagi dah mula larian tapi sebab hujan terpaksa ditunda ke jam 8.00 pagi. Alhamdulillah masa start larian tu hujan dah berhenti dan yang paling best cuaca pagi tu tak panas, redup sepanjang habis larian.   Hahahaha... sebenarnya nak kata lari tak jugak, banyak berjalan dari berlari..kekekeke... kira aci lah tu kan bukan senang nak habiskan 10km tau....