Sbb tu la bila lunch mmg xblh mkn nasi..xtau kenapa stiap kali mkn nasi mesti mengantuk...puas lah menahan mata ni..smpai tersengguk-sengguk d buatnya...
Fuhh...kalau bos xde mau aku tdo ni..kan best kalau dpt jd bos...hehe...
p/s : Mlm ni target untuk tdo awal.. ermm..blh ker?? :P
Apa khabar semua... wahhh lamanyaaaaaa tak berblog.. jangan kata bersawang sampai da tak nampak pintu nak masuk blog nie dah...kihkihkih... banyak aje cerita yang nak dikongsikan di sini cuma mood dan masa yang selalu tak mengizinkan.. Lepas nie nak cuba sekurang-kurangnya 1 bulan 1 cerita.. itu kalau dah terlampau malas sangat la tu...uhuhuhu... Pejam celik dah nak habis bulan September pun kan.. Tahun nie tahun anak-anak exam, Kakak dengan PT3 dan Abang pulak baru je habis UPSR haritu.. Macam ibu-ibu yang lain jugak nervous semedang bila anak-anak exam.. Tak nak taruhkan harapan yang tinggi terima je seadanya apa pun results dorang nanti.. Apapun sentiasa doakan yang terbaik buat mereka. Wahh malas-malas nak menaip pun panjang lebar gak berceloteh kat sini kan...kihkih.. tiba-tiba semangat nak berblog tu datang balik la..hahaha... oklah pasnie nak kongsikan 1001 kisah yang jadi sepanjang tahun nie.. banyak sangat kisah suka duka yang nak dikongsikan.. ada ke lagi kawan-...
Selamat hari lahir buat Hb tersayang. Ma doakan semoga sayang diberi kesihatan yang baik, mewah rezeki, semoga Allah sentiasa memberkati sayang didunia & akhirat. Aminn... Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan papa yang bertanggungjawab dan penyanyang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamaya.. Aminnn....
Hmmm....nak menaip nie macam paip bocor airmata aku meleleh.. teringat pada insan yang paling aku sayang. 2 Jun 2015 tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. Dari kecik sampailah aku dah besar dialah tempat aku bermanja sebab nenek yang bela aku dari kecik. Nenek aku atau aku panggil mak mengadap Illahi. Memang sebelum nie nenek aku selalu keluar masuk hospital sebab masalah kesihatan yang agak kronik. Hospital tu dah jadi rumah kedua arwah dah. Tapi aku redha pemergian nenek aku sebab aku tau arwah dah lama menderita sakit, kena tebuk sana sini sampai aku tak sanggup nak tengok. Seumur hidup aku sepanjang 36 tahun ni, pertama kali aku mandikan jenazah. Mandikan nenek aku, mujurlah aku berpeluang mandikan arwah. Banyak yang aku belajar sepanjang mandikan arwah. Airmata aku tak henti-henti mengalir sebab dulu aku kecik-kecik dialah yang selalukan mandikan aku. Sekarang aku pulak yang mandikan arwah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan nenek aku. Bul...
Ulasan
Catat Ulasan