Medan Trip - Day 2, Samosir Villa Resort & Simarjarunjung
Selepas habis melawat perkampungan orang Batak, kami terus di bawa ke tempat penginapan kami Samosir Villa Resort, Pulau Toba. Memang cantik villa nie tapi yalah bak kata pepatah indah rupa dari khabar. Pertama kali aku masuk billik tu aku tak puas hati sebab bilik takde aircond apatah lagi kipas! Lepas tu hanya terdapat 2 botol air mineral dan 2 gelas. Takde langsung kettle untuk masak air, suka tak suka terpaksalah juga duduk bilik tu kan. Servis bilik sangat mengecewakan, mintak air panas kena tunggu 1/2 jam lepas tu kita yang kena tanya berulang kali pasal air panas. Nak hubungi bilik lain pun tak boleh sebab telefon yang disediakan cuma boleh disambungkan ke Reception sahaja. Malam tu aku dengan geng lain makan maggi aje tu pun dah agak lewat baru makan.
Breakfast pagi tu makanan yang disediakan tidak menyelerakan, tak banyak makanan yang disediakan. Macam makan dekat kedai biasa jerk. Tapi sebab tekak aku nie tak berselera untuk makan jadi aku hanya makan roti saja. Yang paling menyedihkan bila mereka masih menggunakan pinggan dan cawan yang sumbing.. uhuhuhu...
Seperti biasa sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, sessi bergambar dahulu :D
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai semula ke pekan Medan. Fuhh...dengar Pak Adam bagitau aku dah mula pening tapi nasib baik sepanjang perjalanan kami berhenti di 3 perhentian. Simarjarunjung adalah perhentian yang pertama, lebih kurang 1 jam setengah perjalanan kami. Sepanjang jalan mata terpegun melihat keindahan tasik yang terbentang luas. Keadaan jalan yang agak teruk membuatkan kami yang berada dalam bas macam naik kereta kuda tapi seronok :D
Permandangan sepanjang jalan dan keadaan jalan di sana |
Tak banyak pun gambar yang aku ambik bila di Simarjarunjung. Orang kata sampai sini kena cuba teh halia dan pisang gorengnya. Oleh sebab aku tak suka minum teh halia apatah lagi ditambah dengan rempah ratus yang lain jadi aku tak terasa ingin mencubanya. Aku cuma makan pisang gorengnya sahaja. Bagi aku pisang goreng tu biasa jerk rasanya. Takde yang istimewa pun.. :D
Kiri : Pisang goreng Kanan : Rempah ratus yang dicampur untuk dibuat teh |
Hentian yang ke 2, air terjun yang terkenal iaitu Sipiso-piso. Yang itu tunggu next entry.. Harap tak bosan bila aku bercerita pasal Medan nie.. :P
ish dasatnya biar betul dorang guna gelas sumbing? HAHAHAHHAHAHAHAH
BalasPadamAssalamualaikum kak lynn. kesiannya bagi gelas sumbing? takda aircond? takda kipas? redha kalau sheila pergi sini. hehehe next pleaseee :)
BalasPadamissshhh..nape teruk sgt sampai xde aircond/kipas. pulak tu masih gunakan pinggan/cawan yg sumbing. mmg kena complaint diorg ni kdg2. huhu
BalasPadamAduhai kesiannya kita makan kurang memikat seleralah ye. Kalau dpat hotel yg kureng memang kecewalah juga sebab disitulah tempat rehat selepas jenjalan kan...
BalasPadamisk! kalau sy dapat pinggan/cawan sumbing mmg sy minta tukar.. lain kali kena servay hotel betul2..
BalasPadammenariknya...view pemandangan tuu
BalasPadamDekat sana terutama lake toba xdek kipas ngan aircond sebab atas bukit. Sejuk kot. Hehehe napela tahap hotel kasi pinggang cawan sumbing.. jatuhkan repotasi sungguh la hotel tu..
BalasPadamSalam K.RH..
BalasPadamsEROnok okeh jenjalan luar negara..
cma tak g..baca citer2 akak ni pun jadi la...
huhuhu...
tak sabpnk tunggu entri air tejun tuuuu
huwaaaaaaaa. bukak bukak blog akak je baru tahu baru balik dari medan yeeeee...... next pehlis kakk ;)
BalasPadamantara satu tempat ke satu tempat jauh juga ye kak ? huhu
BalasPadamCawan sumbing? Perkara biasa disana mbak.
BalasPadamnmpk dr luar hotelnya mcm cantik je..
BalasPadamxpe la, pengalaman kan?
next time xyah book hotel ni da. hehe..
cantiknya pemandangan di sana.
pisang goreng tu macam sedap gila!
BalasPadamcantik pemandangannya...
BalasPadamtgk pemandangan mcm mewah je hotel tu..rupanya sebaliknye ye? huhu..xpela, at least seronok bercuti.. ;)
BalasPadambestnya dapat berjalan...
BalasPadamBikin mood spoil je kan kak kalo servis x tip top
BalasPadamkebanyakan hotel kat samosir tu mmg takde ekon dan kipas...sbb sejuk kekdahnya...dulu saya check in kat Toledo Inn pun mcm tu...
BalasPadammkn kat simarjarunjung tu pun best...view sgt cantik...mendamaikan kan kak...saya suka sgt pisang goreng tu...
tak try sambal tombur kah?
Wah bestnye dapat ke medan " saya tak berpeluang lagi kesana
BalasPadamkalau org2 lama kt kite tak kasi minum gelas sumbing camtu tp lain tmpt lain budaya nye kan..
BalasPadamseronoknya dpt jalan2 obsee hehe
BalasPadamzaza tag akak! http://zazanizam.blogspot.com/2013/06/omg-first-giveaway-by-qaisyara-raihana.html
tak pernah lagi jejak kaki kat sane.. belum ade rezeki nye.. =)
BalasPadamsalam..teruknya bagi cawan sumbing pada tetamu..nama hotelnya mcm nampak best ...huhu..apapun enjoy ya
BalasPadamhaha.... teh halia? ngeri jugak tu OKje nak minum...
BalasPadamTak pelahkan RH...dapat jugak pengalaman
alahai...knp mcm tu resort tu?sgt tak menarikla klau servis nya teruk :( tapi cantik betul tasik tu ye RH..:)
BalasPadamknap merka masih menggunkan cawan yg sumbing ye/
BalasPadambukan pa takut terluka je org yg minum guna cawan tu kan
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.