Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Movie time

Malam nie aku nak dating ngan hubby aku tengok citer PARKER. Ikutkan, malam tadi nak pegi tengok tapi memandangkan esok KL cuti jadi aku pun amiklah kesempatan yang ada pergi malam nie. Tiket pun aku amik yang paling lewat pukul 12.50 pagi kejap lagi. Sengaja aku amik tiket paling lewat bolehlah aku melayan anak-anak aku dulu lepas tu barulah pegi. Nak bawak budak-budak pun cerita x sesuai untuk tontonan dorang. Biarlah mak pak dia yang tengok jerk..hihihi. Ala bukan selalu pun aku tengok wayang, itupun aku tengok sape pelakonnya..tapi sebab aku ngan hubby memang suka lakonan Jason Statham. So far cerita yang dia berlakon mesti best-best :p. Nanti aku akan kongsikan cerita tu samada best ke x eh.  p/s : masih menunggu gaji masuk dan harap sekali dengan bonus :p... Korang pun mesti dah dapat bonus kan... Alhamdulillah... :)

Wordless Wednesday - Bantuan Persekolahan

Imej
Alhamdulillah, semalam anak-anak aku dapat duit bantuan persekolahan nie. Kalau ikutkan budak-budak tu memanglah ada jerk benda yang dorang nak beli. Memandangkan anak-anak aku belum ada akaun ASB, jadi aku dah sepakat dengan hubby nak bukakan akaun tu untuk dorang. Aku cakap dekat anak-anak aku semua kelengkapan sekolah dah cukup xperlu nak beli apa-apa lagi jadi duit tu aku simpan. Jadi tugas hubby aku hari nie ke bank atas urusan bukak akaun. (opps....wordless wednesdaylah sangat aku nie.. :p) p/s: hrnie nak balas hutang BW yg xsempat singgah habis semalam :D

Mahluk halus

Dalam dunia nie mana-mana pun mesti ada mahluk halus kan? Antara nak percaya dengan tidak je kewujudan mahluk halus nie. Ada sesetengah orang x percaya ada yang percaya. Ok aku nak cerita kejadian mahluk halus nie terjadi dekat rumah aku. Sejak 3-4 hari yang lepas, mak mentua aku mengadu yang dia selalu dengar ada 'orang' bukak air dalam bilik air rumah aku. Bukan setakat di bilik air jerk di dapur rumah aku pun sama jugak biasanya kalau setiap kali tutup lampu dapur mesti akan dengar ada bunyi barang jatuh dekat dapur, tapi bila mak mentua aku bangun tengok xde apa-apa pulak . Biasanya dalam pukul 2-3 pagi kejadian tu berlaku. Mak mentua aku memang jenis tidur lambat. Dan dia lebih suka tidur di hall berbanding dalam bilik. Bila dia cerita, aku cakap itu mungkin bunyi dari rumah atas tapi dia nafikan perkara tersebut. Dia yakin yang bunyi-bunyi tu datangnya dari dalam rumah aku sendiri.  Sebenarnya dekat kawasan rumah aku tu memang selalu jerk dengar orang-orang bercerita

WW - Salam Maulidur Rasul

Imej

Bila Aqeef shisheng

Imej
Korang tau apa nie? Nilah dia keadaan seluar anak aku si Aqeef bila tiap kali dia nak shisheng (kencing). Anak aku nie kadang-kadang tu suka menahan kencing. Sibuk main sampai sanggup tahan kencing. Bila dah x tahan kelam kabut bukak seluar jadi macam nilah. Lepas tu setiap kali kalau misal kata dia dah lepas g kencing dia xkan pakai dah seluar yang sebelum nie dia pakai. Dia akan cakap seluar tu busuk. Kadang-kadang geram pun ada yalah dia sorang jerk sampai bape kali tukar baju seluar. Cukuplah kalau aku xbasuh baju untuk sehari penuh bakul baju kotor aku mengalahkan kedai dobi. Nama pun anak kadang-kadang perangai macam tulah yang buat aku tergelak sendiri. Lagilah sekarang nie dia makin pandai cakap lagi banyaklah jawapan yang aku dapat dari dia.... :D

Bacaan pertama 2013

Imej
Dah lama aku x baca novel, last aku baca novel Adam & Hawa. Ini novel aku yang kedua sejak aku dah beranak 3 nie. Dulu masa bujang-bujang suka jerk aku membaca. Tapi sekarang dah berkeluarga nie membuatkan aku lupakan seketika hobi aku tu dek kekangan masa. Novel nie pun aku x beli, adik angkat aku bagi pinjam.  Aku rasa novel nie dah lama diterbitkan kalau x silap aku tahun 2010. Aku harap dapat habiskan esok, biasalah kalau dah mula membaca nie selagi x habis selagi tulah nak mengadap jerk kan..hehehe... p/s : hari nie mood ke laut...dengan mengantuk x cukup tdonya...uhuhu....cepatlah masa berlalu..

Fast Food

Imej
Anak-anak aku walaupun ada lauk di rumah kalau ada nugget,fries atau sosej dalam peti ais memang dorang  xkan makan nasi. Masaklah macamana sedap pun lauk tu memang xlaku! Sebab tu kadang-kadang kalau habis stok makanan tu, aku saja xnak beli bukan apa nanti memang xkan makan nasi. Tapi sebab semalam stok nugget tu masih ada sanggup dari balik sekolah sampai ke tengah malam makan tu jerk. Lagi satu bab makan maggi kadang-kadang aku xtau dah nak buat apa. Kalau xbeli dorang pandai beli sendiri dekat kedai bawah rumah. X bagi makan kesian pulak takut lapar. Bukan x ajar anak-anak makan nasi tapi anak-anak aku nie memang jenis yang susah makan nasi. Aku selalu cakap dekat anak-anak aku x elok makan benda-benda macam tu tapi dorang masih jugak suka makanan yang macam tu. Bukan aku kedekut bab makan ok tapi kalau da kerap sangat makan kan ke x elok. Anak-anak korang sama x dengan anak-anak aku?  p/s : nugget paling best nugget FIRST PRIDE. Macam nugget MC'D rasanya.. cubalah :D

Kidal ke dia?

Anak aku yang bongsu si Aqeef selalu menggunakan tangan kirinya. Apapun dia buat mesti gunakan tangan kiri dari kanan. Setiap kali dia gunakan tangan kanan aku tengok dia macam sedikit kekok dan kalau dia gunakan tangan kiri lebih selesa penggunaan tangannya itu. Aku x tau sama ada anak aku nie kidal ke tidak tapi masa abang dengan kakaknya dulu tidaklah macam dia kerap gunakan tangan kirinya berbanding kanan. Kalau ikut sejarah keluarga aku dan hubby memang xde sorang pun yang kidal. Tapi adik perempuan aku hubby dia seorang yang kidal sedangkan keluarga dia juga xde yang kidal. Betulkah kidal nie bukan keturunan sebenarnya atau memang keturunan. Korang ada x jadi macam tu?  p/s : suka tengok orang yang tangan kidal nie :D

WW - Mewarna

Imej

Berakhir sudah....

Imej
Sape yang tengok Merlin semalam angkat tangan... Ha aku pun tengok jugak hehehe..... Agak sedih jugak dan kecewa bila watak Arthur mati dan aku rasa penamat cerita itu agak tidak menarik bagi aku. Mugkinkah akan ada Musim 6 selepas ini sama-sama kita nantikan erk... :P Lepas nie cerita kegemaran aku dah xde lagi jadi xdelah aku nak mengadap tv setiap Isnin lagi hehehe.. Aku bukan jenis yang selalu tengok tv pun sebab kadang-kadang cerita yang dimainkan di tv x menepati citarasa aku jadi dari aku mengadap tv tengok cerita yang x best baik aku luangkan masa bermain dengan anak aku :D p/s: Adam&Hawa pun da habis :P

Mengecat rumah

Imej
Dah lama sebenarnya aku suruh hubby mengecat rumah tapi hubby asyik sibuk dengan keje. Jadi haritu aku memulakan misi mengecat dengan anak-anak aku jerk. Dari jam 3 petang aku mulakan sampailah jam 7 malam kami berjaya menghabiskan cat satu hall rumah. Penat memang la penat tapi rasa puas dengan hasil kerja kami anak berank hehehe. Balik dari kerja, hubby aku terkejut sebab tengok aku dah habis mengecat rumah. Yalah kadang-kadang xsemua benda kita nak kena harapkan suamikan... Belum habis lagi sebenarnya mengecat nie sebab aku nak cat bilik pulak tapi tu kena tggu hubby free dulu la sebab memerlukan kudrat orang lelaki untuk mengalihkan barang-barang yang berat. Itu xtau pulak bila gamaknya boleh mula mengecat semula :D Anak dara aku yang gigih menolong mamanya mengecat :D

Sakit gigi

Imej
Uhuhu...harini aku jiwa ada sikit kacau lah. Perkara yang semua orang x suka bila sakit gigi. Itulah yang terjadi pada gigi geraham aku. Mulalah da xboleh nak terima makan yang manis-manis sikit. Aku rasa dah mula nak berlubang kembali agaknya. Aku paling x suka tampal gigi aku lebih rela cuci gigi lagi. Alahai kena jumpa doktor gigi cepat-cepat ni sebelum jadi lebih parah :-(

Pure Marine Collagen Gred AA

Imej
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pure marine collagen gred AA. Aku nak buat promosi RM15 (100 gram) termasuk kos penghantaran. Jika sesiapa berminat boleh email aku di bellaisyqeef@gmail.com. Promosi berakhir pada 31 Januari 2013. 

Bertanggungjawab

Imej
Keluarga Hubby Hubby aku adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Telah kehilangan bapa bila umur hubby aku berusia 10 tahun. Saat itu mak mertua aku sedang sarat mengandungkan adiknya yang bongsu. Bila bapa hubby meninggal dunia dialah yang jadi seorang bapa kepada adik-adiknya yang lain. Dan dialah yang menjadi ketua keluarga secara x langsung. Mak mertua aku pun masih setia pada arwah bapa mertua sehingga kini.  Haritu saat adik ipar perempuan aku nak dinikahkan aku nampak hubby aku sebak. Yalah nak melepaskan adik perempuannya pada orang lain yang mana sudah 29 tahun hubby aku menjaga adik perempuannya tentulah perasaan sedih tu ada. Ibarat seorang bapa melepaskan anaknya pada orang lain. Aku juga terasa sebak bila saat itu terjadi. Aku bangga dengan hubby aku sebab berjaya menjadi seorang bapa dan abang kepada adik-adiknya. Dia juga menjaga maknya dengan baik. Dia x pernah lupa tanggungjawabnya pada keluarga. Selama aku mengenali hubby aku itulah sikapnya yan

Wordless Wednesday - Betul x?

Imej

Alhamdulillah.....

Imej
Mood masih lagi ke laut lebih-lebih lagi dah cuti lama hehehe... Alhamdulillah... adik ipar aku telah pun selamat menjadi isteri orang.  Gambar nikah yang di ambil pada Jumaat lepas. Nikah di Masjid KLCC, Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri.  Aku doakan semoga hubungan perkahwinan mereka kekal bahagia ke akhir hayat.  Gambar kahwin pun xbanyak yang dapat aku ambik sebab anak aku asyik nak berkepit je dengan aku, sampai aku x boleh buat apa-apa langsung. Asal x nampak kelibat aku je mula menjerit cari aku. Nanti aku kongsikan gambar bersading pulak ya... :D p/s : masih belum sempat lagi nak berbalas kunjungan teman2 semua...hari ini ya... :P

WW - Spiderman

Imej

Teruja....

Anak aku yang lelaki tahun nie masuk darjah 3. Malam tadi masuk tdo mcm biasa. Lepas tu pg tadi aku bangun pukul 5.45 aku terkejut tenguk-tenguk dia bangun dulu dari aku dan mak mertua aku cakap memang dari malam tadi dia xboleh tdo. Aku tanya dia kenapa x tdo nanti mengantuk..dia jawab x sabar nak pergi sekolah...hehehe....teringat aku masa zaman aku kecik-kecik dulu macam tulah aku :D p/s: hari ini misi mencari baju aku untuk kenduri sabtu ni...pening..pening..