Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Takde kawan....

Imej
Ksian kat adik, hari nie kat umah takde kawan nak main. Selalu kalau cuti-cuti macam nie ada kakak ngan abang melayan dia main tapi hari nie kakak ngan abang ikut MIL pergi Damai Laut. Bila takde kawan, dia habiskan masa dengan tengok tv. Bila mula bosan mula panggil aku ajak aku berkepit dengan dia. Bila dah berkepit satu apa aku tak boleh buat...uhuhu

Terima kasih...

Imej
Buat teman-teman blogger atas ucapan selamat hari lahir untuk kakak semalam. Oleh kerana anak-anak pun tak sihat jadi raikannya di rumah aje. Tu pun aku hanya belikan kek, semalam balik je rumah, MIL aku dah siap masak pulut dengan kari ayam. Cuma raikan dengan keluarga aje, cukuplah buat kakak rasa happy. Sabtu nie plan nak bawak anak-anak tengok wayang. Tak banyak pun gambar yang aku ambik sebab kakak orangnya memang susah nak bergambar. Kadang tu kena paksa baru nak bergambar..uhuhuhu

12 tahun sudah....

Imej
Kakak yang tak suka bergambar Alhamdulillah hari ini anak sulung aku genap 12 tahun. Dah besar dari aku pun dia sekarang nie. Macam tak percaya aku ada seorang anak dara dah. Macam baru je beranakkan dia, kejap jerk masa berlalu... Buat anakku Nabillah Farhanah.. Selamat hari lahir yang ke 12. Mama doakan semoga kakak panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat. Selalu dengar nasihat mama dengan papa. Mesti rajin-rajin tolong mama dekat rumah ya. Mama sayang kakak... p/s: harini besday girl demam tak pergi sekolah...semoga cepat sembuh

Milo.....

Imej
Dulu masa aku pregnant anak ke 3 aku selalu ratah milo. Boleh dikatakan setiap hari sampai kawan-kawan pelik dengan aku. Sekarang dah takdelah sangat suka meratah milo cuma kadang-kadang tu buatlah jugak bila teringin hehehe.. Itu pun aku buat kat opis jerk sebab milo free company sediakan, kalau buat kat umah mau bankrap sebab milo kan mahal hihihi... Korang ada tak yang macam aku :D p/s: lama dah aku biar blog aku nie bersawang...uhuhuhu

WW - FM

Imej
Alhamdulillah, FM dari Ummiross, blog  Salam Borneo  sebab terpilih sebagai pengomen bertuah. Sape-sape yang belum kenal dengan Ummiross boleh kunjungi blog beliau. Ummiross juga ada jual kain dari sarawak yang cantik-cantik. Sepanjang berblog ini kali ke 3 aku dapat dari kawan-kawan blogger. Terima kasih sekali lagi buat Ummi. :D

Air..

Imej
                                         Semalam balik dari keje hubby bagitau ada notice tentang gangguan bekalan air lewat malam tadi dan sepanjang hari ini, ada masalah tangki bocor di apartment aku. Aku  betul-betul tak perasan tentang notice tu (hihihi sebenarnya tak amik tau pun :P) . Nasib baik hubby aku yang perasan. Apa lagi malam tadi operasi menadah airlah. Aku paling tak suka bila takde air sebab tu orang cakap biar takde elektrik jangan takde air. Nak buat apa pun tak boleh. Kenapalah dorang tak betulkan masalah tangki tu masa hari bercuti jerk..uhuhuhuhu

Semuanya kerana novel...

Sedar tak sedar, dah banyak jugak novel yang aku baca untuk setengah tahun 2013 nie, dah pun melebihi target 10 buah novel. Hihihi.... mana taknya benda yang aku pegang setiap hari di tangan adalah novel. Kalau dulu naik aje tren aku asyik membelek telepon tapi sekarang aku sibuk dengan novel. Sampai kalau keluar makan berdua dengan hubby jerk pun aku sibuk membaca dari bersembang dengan dia...kuikuikui...nasib baik hubby aku ok jerk tapi mula-mula berbulu jugak dia tengok, oleh kerana aku selalu cakap kat dia.. membaca amalan mulia pa...hihihi sekarang dia tak cakap apa dah. Sampai kadang-kadang kena perli jugak kalau time keluar dia mesti tanya aku, novel tak bawak ke..hihihi... Bukan kata hubby aku jerk si kakak pun cakap.. mama nie asyik baca novel jerk... hihihi... nak buat macamana kan kalau dah minat tu datang tak boleh nak tinggal :P p/s: seronok bila orang tersayang paham dengan hobi kitakan :D

WW - Kereta

Imej
Setiap kali nak tidur, Aqeef akan amik kereta dia dan susun semuanya atas kepala katil. Kadang-kadang kalau terjaga dari tidur sibuk tengok kereta dia dulu kalau-kalau ada orang ambik ke tidak lepas tu sambung tidur balik..uhuhuhu... Sekarang nie kalau bawak dia keluar kalau nampak jerk mainan sibuk nak beli car baru. Dah nama pun anak lelaki kan takkan nak beli anak patung plak hihihi....

Medan Trip - Day 3, Pajak Ikan, Istana Maimon & Masjid Raya

Imej
Sekitar Pajak Ikan Hari terakhir di Medan masa di isi dengan shopping di Pajak Ikan. Aku borong telekung dekat sana, oklah harga boleh tahan jugak murah. Selain itu aku beli jugak t-shirt Medan untuk anak-anak dan hubby tapi sayangnya saiz yang aku beli untuk hubby kecik padahal saiz yang aku ambik saiz L dah macam saiz S, sudahnya aku yang pakai hihihi.  Selepas pergi ke Pajak Ikan kami di bawa ke Restoran Ayam Penyet Ria, agency yang kami upah tu belanja makan dekat situ sebagai ganti beberapa perkara yang tidak memuaskan hati kami. Bila dah sampai situ aku makan nasi dengan puasnya setelah beberapa hari tak makan nasi, memang menepati citarasa kami.  Habis makan kami terus menuju ke Istana Maimon. Hanya aku, Just, Tunung dan dua orang lagi yang turun dari bas untuk bergambar. Yang lain-lain dah kepenatan berjalan di Pajak Ikan. Sebab tak nak lepaskan peluang bergambar di Istana Maimon aku gagahkan jugak walaupun penat hihihi.. Selesai bergambar, kami terus ke Masjid R

Medan Trip - Day 2, Samosir Villa Resort & Simarjarunjung

Imej
Selepas habis melawat perkampungan orang Batak, kami terus di bawa ke tempat penginapan kami Samosir Villa Resort, Pulau Toba. Memang cantik villa nie tapi yalah bak kata pepatah indah rupa dari khabar. Pertama kali aku masuk billik tu aku tak puas hati sebab bilik takde aircond apatah lagi kipas! Lepas tu hanya terdapat 2 botol air mineral dan 2 gelas. Takde langsung kettle untuk masak air, suka tak suka terpaksalah juga duduk bilik tu kan. Servis bilik sangat mengecewakan, mintak air panas kena tunggu 1/2 jam lepas tu kita yang kena tanya berulang kali pasal air panas. Nak hubungi bilik lain pun tak boleh sebab telefon yang disediakan cuma boleh disambungkan ke Reception sahaja. Malam tu aku dengan geng lain makan maggi aje tu pun dah agak lewat baru makan. Breakfast pagi tu makanan yang disediakan tidak menyelerakan, tak banyak makanan yang disediakan. Macam makan dekat kedai biasa jerk. Tapi sebab tekak aku nie tak berselera untuk makan jadi aku hanya makan roti s

Medan Trip - Day 1

Imej
Sepanjang perjalanan ke Parapat Di Gedung Batik & Telekung Selepas sarapan kami bertolak ke Parapat jam 7.30 pagi, sebelum itu Pak Adam bawa kami ke Gedung Telekung dan Batik di bandar Medan. Sampai kat sana takde sorang pun shopping cuma kami banyak posing kat dalam kedai tu hihihi....  Kami di bawa menuju ke Paten yang terkenal dengan makanan ringan yang diperbuat dari kacang. Apa yang aku perasan kebanyakan nama makanan tersebut terdiri dari teng teng, tung tung tang tang, pong pong dan banyak lagi. Aku membeli 5 kotak makanan ringan tersebut dengan harga Rp20,000 sekotak. Permandangan sekitar Pulau Toba Perjalanan dari jeti Pulau Toba menuju ke Kampung Ambarita mengambil masa lebih kurang 45 minit. Rasa sangat berbaloi   mengabiskan masa selama 5 jam mengharungi jalan kampung yang tidak berturap. Bila sampai aku terpegun dapat melihat keindahan Tuhan sangat cantik, ibarat aku memandang laut tapi hakikatnya ia adalah sebuah tasik.   Sebelum

Medan Trip 2013 - Day 0

Imej
Masa di LCCT sebelum berlepas sempat lagi posing :P  Pada 23 Mei 2013, seramai 10 orang berangkat ke sana. 4 orang darinya telah pun sampai awal. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sumatera Utara ini. Waktu di sana lambat sejam jika dibandingkan dengan waktu Malaysia.  Penerbangan kami ditangguhkan hampir sejam. S ampai di  Polonia Airport, Medan  tourist guide kami Pak Adam telah pun menunggu dengan sepanduknya "Ibu Just" .   Ini pengangkutan yang disediakan untuk kami dan tourist guide Pak Adam Sampai-sampai jerk di Medan, kami mintak Pak Adam bawa kami untuk makan malam. Kami berhenti di Restoran Famili dengan dihidangkan nasi padang. Seriously, bab makan kat sana memang tekak aku tak boleh nak masuk dengan makanan dorang. Tapi sebab tak nak bagi perut sakit aku makan jugak.  Makanan padang, kalau tak makan tak dikira tapi makanan haritu giler mahal dia kira... uhuhu Selepas makan, minta Pak Adam tunjukkan kedai berhampiran untuk membeli simpack - si