Catatan

Bye Bye 2012 Hi Hi 2013

Imej
Cepatnya masa berlalu esok dah pun masuk tahun 2013. Ermm... kalau nak cerita kisah yang terjadi sepanjang tahun 2012 banyak sangat...rasanya 1 hari pun x habis cerita tapi apa yang pasti aku harapkan tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik buat aku sekeluarga dari tahun ini. Semoga kalian juga akan terus menjadi insan yang bertaqwa di dunia & akhirat. Amin...

Pelat

Sekejap betul  masa berlalu, hari ini Jumaat yang terakhir dalam tahun 2012. Pejam celik anak-anak pun makin membesar. Alhamdulillah bersyukur di beri peluang masih bernafas di muka bumi Allah ini. Anak akulah penawar suka duka aku. Harta aku dunia akhirat yang paling berharga. Semoga mereka menjadi anak-anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Uhuhu...terasa sebak lah pulak... Nak citer pasal anak aku yang bongsu tu memang manja betul ngan aku. Yalah nama pun anak bongsu kan mestilah manjanya terlebih. Anak aku walaupun dah berumur 3 tahun tapi ada sesetangah perkataan yang dia sebut tu masih pelat. Ha nie antara perkataan-perkataan pelat dia tu. Shisheng = Kencing Kudung = Dukung (cakap terbalik la pulak nie gara-gara aku selalu ckp terbalik ngan hubby aku la nie) Kukuk = Duduk Takap / Kacap = Cakap Menmenmen = Spiderman Itom = Nestum Ashka = Aiskrim Ha tu dia...dulu masa mula-mula dia cakap pening jugak aku nak paham tapi sekarang dah paham. Aku ...

Sape pernah main nie?

Imej
Google Ha siapa pernah main kad-kad nie angkat tangan.... aku kalau xde keje bila cuti selalu jugak main kad nie. Ajak anak-anak ngan hubby main sekali. Aku rasa kad nie masa aku kecik-kecik dulu dah ada. Sekarang anak-anak aku pulak yang main. Seronok, tapi dalam banyak-banyak tu yang paling aku suka main Donkey. Kadang-kadang kalau balik kampung, pakcik makcik aku pun main sekali. Tiap kali main kad nie kecoh satu rumah hehehe... Disamping tu dapat jugak merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang adakan. 

WW - Senyum

Imej

Alahai anak bujangku.....

Imej
Nilah dia rupa almari baju anak bujang aku. Setiap minggu wajib aku kena kemas balik. Dah banyak kali aku pesan setiap kali nak ambik baju jangan punggah, ambik elok-elok. Sehari dua je ok ikut peraturan lepas tu jadi berselerak semula. Adoi...pening aku dibuatnya...sesungguhnya memang susah nak mendisiplinkan anak lelaki dibandingkan anak perempuan! Mulut aku nie dah x larat nak membebel lagi dah pasrah jelah...tapi aku memang nak anak aku jadi seorang yang berdisiplin. Bukan aku x ajar macam mana nak ambik baju elok-elok tanpa perlu selerakkan, nak kemas almari sendiri tapi kalau dah namanya anak lelaki memang susah. Ermm...korang ada masalah yang sama x dengan aku? :P

33 sudah! :D

Imej
Hari ini besday kawan aku  JUST Aku doakan semoga panjang umur, murah rezeki, hepi selalu dan semoga sentiasa sihat..... Amin..... Jom ramai-ramai bagi ucapan pada dia Jangan malu-malu nak singgah blog dia ya... (^__^) p/s : Just, Isnin aku belanja makan erk :P

Weight Gain

Imej
Google A ku sebenarnya nak citer pasal hubby aku, selama lebih 11 tahun aku berkahwin dengan dia aku xnampak perubahan berat badan yang banyak kat dia. Yalah dari mula-mula kahwin sampailah sekarang nie berat badan dia memang x pernah melebihi 52kg. Secara x langsung aku pun memang xboleh lah nak melebihi berat dia.... kang kata lawan tokey plak..hihihi... Aku sebagai isteri mestilah risau, yalah xnak orang cakap aku nie xpandai jaga dia plak. Padahal aku dah cukup-cukup jaga makan dia. Dia jenis yang makan sikit tapi suka berulang kali makan. Tapi tetap maintain mcm tu jugak berat dia. Kalau dia jumpa kawan-kawan dia selalu mintak tips nak menaikkan berat dia. Ada pernah sekali aku tanya dekat dia.. "papa makan hati ke dengan mama".... dia jawab "ish xdelah, pa dah cukup bahagia dengan ma dan anak-anak...apa yang penting pa sihat tubuh badan walaupun x gemuk"... ermm.. betul apa yang dia cakap tu bukan aku x bersyukur cuma kadang tu aku jealous tengok sua...