10KM - Lion Parkson Run 2014

Aci tak kalau aku cakap nie marathon aku yang ke dua sebab sebelum nie aku pernah jugak join tapi rasanya itu 3 tahun yang lepas kot. Kiranya yang dulu tu takdelah berjaya sampai ke garisan penamat sebab belum setengah jalan aku dah naik bas...hehehehe... Oklah tu kan kira adalah jugak pengalaman marathon nie kan... 

Pagi Ahad tu aku sampai sana dalam keadaan hujan lebat hokeyyy...uhuhu.. korang semua sedap tido aku dgn BFF dah terpacak kat sana. Jam 6.30 pagi hujan dengan lebatnya aku kebasahan di bawah khemah...uhuhuh.... masa tu dah give up sebenarnya sebab takde tanda-tanda hujan nak berhenti. Kalau ikut jadual jam 7.00 pagi dah mula larian tapi sebab hujan terpaksa ditunda ke jam 8.00 pagi. Alhamdulillah masa start larian tu hujan dah berhenti dan yang paling best cuaca pagi tu tak panas, redup sepanjang habis larian.  

Hahahaha... sebenarnya nak kata lari tak jugak, banyak berjalan dari berlari..kekekeke... kira aci lah tu kan bukan senang nak habiskan 10km tau... uhuhuhu... Aku jumpa ramai kawan-kawan opis aku yang dulu yalah dah nama pun anjuran dari Company lama aku haruslah aku dapat jumpakan hehehehe... 

Ikutkan nak habiskan dengan berlari pada 3km terakhir tapi kasut BFF aku tapak dia nyaris tertanggal. Oleh sebab semangat setia kawan aku temankan BFF aku sampailah ke garisan penamat. Nasib BFF aku baik bila sampai aje ke garisan penamat ngam-ngam ternganga tapak kasut dia...uhuhuhu... Oklah kan dari tertanggal masa belum habis marathon. 

Dah canang-canang pada korang aku nak gigit medal kan hehehehe....berjaya jugak aku gigit medal nie tau. Pencapaian aku untuk tahun 2014 nie kekekeke...... Seronok pulak bila join marathon nie yalah sambil kita menderma dapat jugak kita menjaga kesihatan kita kan...hehehehe....

Gambar kiri aku baru start lari
Gambar kanan check point 7km 

Dengan kawan-kawan aku dari opis yang dulu

Masing-masing dengan muka teruja kekekekeke....

Hahahaha...dah kata nak gigit medal kan... ^_^


p/s: Next marathon 2/11/2014...fuhh kena start workout dari sekarang nie... kuikuikui...
 
 


Ulasan

  1. Bestnya. Teringin juga nak join. Kalo masuk memang semua dapat medal ker?

    BalasPadam
  2. wahhh tahniah RH.. dapat juga medal tu..hehe.. seronok bila bermarathon dgn kawan2 ni.. selain menyihatkan, dpt juga release tensen...
    aduhh...nak start bersenam juga ni...:)

    BalasPadam
  3. Hahaha.. dpt juga akhirnya nak gigit medal tu kan:)

    BalasPadam
  4. Tahniah RH.. gigit2 medal tu.. hehehe..
    Ira dah lama x berlari2 camtu..

    BalasPadam
  5. japppppppppp kenapa diconteng semua mukaa tu hihihiii

    BalasPadam
  6. rajinnya join marathon. tahniah sebab berjaya tamatkan larian. BFF awk yg paling semangat wp kasut dah tercabut tapak, masih teruskan larian. syabas.

    BalasPadam
  7. Apasal muka ko letak sticker lin wei??
    Anyway, congrats kamu dapat gigit medal..hahaha

    BalasPadam
  8. Bestnya... masih aktif bah walau suda jadi mama2.
    Dapat gigit medal lagi tu ..... hehe

    BalasPadam
  9. wahhhh...power laa sis..kalau saya mesti half way dah give up..hehe

    BalasPadam
  10. Ni ngelat ni RH namanya. Muka sendiri bukan main lagi awak stickerkan muka kengkawan biar gitu jer....... Kengkawan sila saman hehe

    BalasPadam
  11. Bakpe tutup muka? Nak gak kenal siapa RH... heheh anyway.. tahniah berjaya settlekan 10km... mmg dasat...

    BalasPadam
  12. sy pon suka gak join mcm ne..tp xder la beriya nak run..more walk2..haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Blog ohhh blog....

36 Tahun....