Menjadi seorang sahabat

Google

Bukan senang nak dapat seorang kawan yang boleh di panggil sahabat. Dalam erti kata lain boleh susah senang bersama. Kadang-kadang ada kawan yang baik di depan tapi mengata di belakang. Berpura-pura baik pada kita tapi x seikhlas berkawan seperti yang kita sangka. Kalau boleh berkawan tu biarlah ikhlas...tanpa ada sebarang niat di sebaliknya. 


Macam tu jugak dengan aku, kalau boleh aku nak menjadi seorang sahabat yang setia...boleh bersama kala suka dan duka. Menjadi seorang pendengar yang setia setiap kali  mengadu itu dan ini. Kalau boleh biarlah ikatan persahabatan itu kekal sampai bila-bila. 



p/s: sedih mengenangkan nasib seorang sahabat yang sentiasa berduka... :( 
Semoga dia  tabah menghadapi segala ujian yg Allah berikan. Dan moga ada sinar kebahagiaan buatnya 1 hari nnt..Amin...



Ulasan

  1. Bila kawan yg kita sayang di uji kita pun turut merasa juga. Moga terus diberi kekuatan dan ketabahan buat kawan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah cubit peha kanan peha kiri terasa kan kakak.. Amin...

      Padam
  2. betul tu..kawan saya ni boleh di kira.. tak tahu la kenapa.. sy ke sombong atau..orang yang yang xnak kawan.. haha heran sungguh..

    BalasPadam
  3. yupp bukan mudah nak cari kawan ketika sedih, kawan semasa gembira memang banyak.. sebab tu sahabat sejati sukar dicari...

    BalasPadam
  4. sahabat sejati bagaikan mutiara di dasar lautan..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Blog ohhh blog....

36 Tahun....