Catatan

Blog ohhh blog....

Apa khabar semua... wahhh lamanyaaaaaa tak berblog.. jangan kata bersawang sampai da tak nampak pintu nak masuk blog nie dah...kihkihkih... banyak aje cerita yang nak dikongsikan di sini cuma mood dan masa yang selalu tak mengizinkan.. Lepas nie nak cuba sekurang-kurangnya 1 bulan 1 cerita.. itu kalau dah terlampau malas sangat la tu...uhuhuhu... 
Pejam celik dah nak habis bulan September pun kan.. Tahun nie tahun anak-anak exam, Kakak dengan PT3 dan Abang pulak baru je habis UPSR haritu.. Macam ibu-ibu yang lain jugak nervous semedang bila anak-anak exam.. Tak nak taruhkan harapan yang tinggi terima je seadanya apa pun results dorang nanti.. Apapun sentiasa doakan yang terbaik buat mereka.
Wahh malas-malas nak menaip pun panjang lebar gak berceloteh kat sini kan...kihkih.. tiba-tiba semangat nak berblog tu datang balik la..hahaha... oklah pasnie nak kongsikan 1001 kisah yang jadi sepanjang tahun nie.. banyak sangat kisah suka duka yang nak dikongsikan.. ada ke lagi kawan-kawan yang sud…

Dugaan ke Pulau Tioman....

Imej
Sehari sebelum nak bertolak kawan aku si Tunung check dengan Dumba Bay Resort untuk pastikan nama ada dalam list pihak resort, tapi bila call pihak resort cakap nama takde dalam list dorang. Apalagi gelabahlah kitorang kan ingatkan kena tipu dengan Agent. Bila Agent cakap dah booking semua tak payah risau. Tapi bila call resort pulak bagitau yang nama takde dalam list dorang mau tak jadi hijau masa tu kan. Masing-masing tak nak mengaku yang mana salah tapi yang pasti aku tau pihak Agent sendiri yang salah dalam hal nie. Buat keje tak sungguh-sungguh agaknya. Bayar resort lain tapi dapat resort lain....hmmmm.... Booking nak stay dekat Dumba Bay Resort tapi dapat Marina Bay. Oklah nasib baik resort kesian kat kitorang kot nak jugaklah pihak resort uruskan bilik lain. Yalah ada bukti pembayaran semua kan mana boleh nak lepas tangan macamtu jerk. Agent yang uruskan semua nie dah lepas tangan dengan apa yang jadi. Bagitau kat kawan aku si Just yang dia akan update resort mana yang kitorang…

Pulau Tioman

Imej
Amik mood nak bersnorkel esok hari.. Inshaa Allah kalau ikut perancangan esok aku dengan 2 orang lagi BFF akan berangkat ke Pulau Tioman. Percutian kali nie tak cukup lagi sorang geng tapi sebab dah excited teruskan jugaklah seperti yang dirancang memandangkan geng yang sorang lagi tu busy bawak orang melancong ke obersi.. 
Korang penah pegi Tioman tak? Aku nie nama je orang Johor tapi rasanya sekali je aku penah sampai sana itu pun seingat aku umur 7 tahun kot rasanya. Yang buat tak seronok nak ke sana tu bukan apa jalan yang macam ular kena palu kan, itu dulu la masa aku pegi kecik-kecik dulu tak tau pulak keadaan jalan sekarang nie. Tapi yang pasti memang confirm aku kena makan pil mabuk..uhuhuh.. Fuhhhh... dalam cuaca yang panas membahang nie aku boleh plan nak ke pulau erk... mau rentung kulit 2x ganda nie.. Sesekali takpe kot..agak-agak rentung QuPuteh kan ada..kihkihkih...
Korang doakan perjalanan aku dengan kawan-kawan selamat ya. Nanti aku kongsikan kisah sepanjang berada di Ti…

WW - Beregu Anak Beranak

Imej

Blog bersawang

Imej

Perginya tak kembali....

Hmmm....nak menaip nie macam paip bocor airmata aku meleleh.. teringat pada insan yang paling aku sayang. 2 Jun 2015 tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. Dari kecik sampailah aku dah besar dialah tempat aku bermanja sebab nenek yang bela aku dari kecik. Nenek aku atau aku panggil mak mengadap Illahi. Memang sebelum nie nenek aku selalu keluar masuk hospital sebab masalah kesihatan yang agak kronik. Hospital tu dah jadi rumah kedua arwah dah. Tapi aku redha pemergian nenek aku sebab aku tau arwah dah lama menderita sakit, kena tebuk sana sini sampai aku tak sanggup nak tengok. 
Seumur hidup aku sepanjang 36 tahun ni, pertama kali aku mandikan jenazah. Mandikan nenek aku, mujurlah aku berpeluang mandikan arwah. Banyak yang aku belajar sepanjang mandikan arwah. Airmata aku tak henti-henti mengalir sebab dulu aku kecik-kecik dialah yang selalukan mandikan aku. Sekarang aku pulak yang mandikan arwah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan nenek aku. Bulan depan …

Wajah baru kakak

Imej
Alhamdulillah aku gembira dengan penampilan kakak sekarang. 7 June 2015 kakak sendiri mintak aku tudung bila bersiap-siap nak keluar. Agak terkejut sebenarnya masa tu sebab hasrat dia nak pakai tudung sebelum nie aku anggap tak serius sebab aku cakap dengan kakak kalau nak pakai tudung biar pakai betul-betul. Aku tak nak pakai kejap lepas tu bukak. Alhamdulillah sudah beberapa bulan nie kakak bertudung dia makin selesa dengan imej baru dia.
Cuma baru-baru nie kakak ada mengadu dekat aku yang sejak dia mula bertudung nie kawan-kawan mula jauhkan diri dari dia. Cakap yang kakak dah berubah dah tak macam sebelum nie. Sedih bila kakak mengadu macam tu, yalah kadang-kadang bila kita nak buat perkara baik nie macam-macam dugaan yang datang. Aku suruh kakak bersabar je. Yang penting keluarga sentiasa sokong apa yang kakak nak buat. 
Cepat betul masa berlalu pejam celik dah 14 tahun usia kakak. Ada anak perempuan nie lain risaunya dari anak lelaki. Semoga kakak pandai jaga diri, dipelihara Alla…