Rabu, 21 September 2016

Blog ohhh blog....

Apa khabar semua... wahhh lamanyaaaaaa tak berblog.. jangan kata bersawang sampai da tak nampak pintu nak masuk blog nie dah...kihkihkih... banyak aje cerita yang nak dikongsikan di sini cuma mood dan masa yang selalu tak mengizinkan.. Lepas nie nak cuba sekurang-kurangnya 1 bulan 1 cerita.. itu kalau dah terlampau malas sangat la tu...uhuhuhu... 

Pejam celik dah nak habis bulan September pun kan.. Tahun nie tahun anak-anak exam, Kakak dengan PT3 dan Abang pulak baru je habis UPSR haritu.. Macam ibu-ibu yang lain jugak nervous semedang bila anak-anak exam.. Tak nak taruhkan harapan yang tinggi terima je seadanya apa pun results dorang nanti.. Apapun sentiasa doakan yang terbaik buat mereka.

Wahh malas-malas nak menaip pun panjang lebar gak berceloteh kat sini kan...kihkih.. tiba-tiba semangat nak berblog tu datang balik la..hahaha... oklah pasnie nak kongsikan 1001 kisah yang jadi sepanjang tahun nie.. banyak sangat kisah suka duka yang nak dikongsikan.. ada ke lagi kawan-kawan yang sudi baca kisah kita ek.. hehehehe... Tq pada yang sudi singgah walaupun takde cerita yang nak dikongsikan sebelum nie.. eh ada ke yg singgah... hehehe..

OK nak simpan ayat untuk cerita seterusnya.. Nanti menaip banyak-banyak kat sini takde idea pulak.. ngeeeee.... tunggu eh.. cerita seterusnya.. :D


p/s: nak melawat rumah kawan2 yang lama x ziarah..tggu tau saya datang.. :)