Selasa, 5 April 2016

Dugaan ke Pulau Tioman....


Sehari sebelum nak bertolak kawan aku si Tunung check dengan Dumba Bay Resort untuk pastikan nama ada dalam list pihak resort, tapi bila call pihak resort cakap nama takde dalam list dorang. Apalagi gelabahlah kitorang kan ingatkan kena tipu dengan Agent. Bila Agent cakap dah booking semua tak payah risau. Tapi bila call resort pulak bagitau yang nama takde dalam list dorang mau tak jadi hijau masa tu kan. Masing-masing tak nak mengaku yang mana salah tapi yang pasti aku tau pihak Agent sendiri yang salah dalam hal nie. Buat keje tak sungguh-sungguh agaknya. Bayar resort lain tapi dapat resort lain....hmmmm.... Booking nak stay dekat Dumba Bay Resort tapi dapat Marina Bay. Oklah nasib baik resort kesian kat kitorang kot nak jugaklah pihak resort uruskan bilik lain. Yalah ada bukti pembayaran semua kan mana boleh nak lepas tangan macamtu jerk. Agent yang uruskan semua nie dah lepas tangan dengan apa yang jadi. Bagitau kat kawan aku si Just yang dia akan update resort mana yang kitorang akan stay nanti sampai ke hari nie dia senyap takde khabar berita..hmmm.. lepasnie macam dah serik nak guna khidmat agent lagi. 

Nak bertolak dari rumah ke TBS, LRT pulak tak beroperasi ke arah Sri Petaling. Dalam keadaan kelam kabut macmana nak buat nasib baik sel-sel otak otak kawan aku nie berhubung kan..kekeke... maka ambiklah train turun ke station KL Sentral untuk naik ERL terus sampai ke TBS. Fuhhh...jadi panic la sebab nak kejarkan bas pukul 9.45 malam. Yang kawan sorang lagi dari arah Puchong yang memang kawasan jammed giler kan. Masa tu pikir nak cepat sampai je sebab takut terlepas bas. Alhamdulillah sampai jugak dengan selamat ikut jadual yang dah ditetapkan, sempat lg la berposing..hehehe. Bas bertolak pukul 10.00 malam dari TBS sampai Kluang lebih kurang pukul 1. 



p/s : tengah mencari idea nak menaip kisah di tioman seterusnya.. mcm2 perasaan ada...uhuhuh