Isnin, 8 Disember 2014

Berkhatan....

Nak abadikan kat sini supaya esok-esok Abang boleh ingat bila tarikh keramat dia dikhatankan hehehe... Tanggal 29hb November yang lepas Abang telah pun selamat dikhatankan. Umur Abang 10 tahun aku khatankan dia, dengan rela hati dia nak berkhatan, yalah kadang-kadang anak tak ready nak khatan tu yang ada kes lari masa berkhatan kan.. hehehe...  

Mulanya nak buat waktu siang tapi sebab ramai jadi giliran Abang kena sebelah malam. Sebelum berkhatan sempat lagi Abang mintak kasut futsal katanya nak main sebelum berkhatan..uhuhuhu.. sebab tak nak Abang kempunan lepaskan jugak hajat dia beli kasut futsal. Sudahnya dia tak main pun sebab tak cukup geng. 

Lepas Isyak keluar dari rumah ke Klinik Ikhwan yang berhampiran dengan rumah. Pukul 8.45 malam sampai di klinik giliran Abang lebih kurang pukul 10.30 malam uhuhuh.. Sebelum sampai giliran Abang macam-macam ayat yang aku suruh Abang baca sampai Abang kata nak demam dibuatnya..hehehe... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma masa berkhatan tu darah Abang keluar banyak mungkin sebab dia nervous. Aku tak ikut masuk pun dalam bilik tu cuma En Hubby yang temankan Abang. 

Seingat aku, dulu adik aku berkhatan masa kecik-kecik mak cakap jangan bagi perempuan tengok nanti lambat baik..hehehe.. tak taulah betul ke tidak kan.. Aku pulak tak berani nak tengok jadi mintak En Hubby tengokkan jelah...uhuhuh... Malam pertama tu Abang menangis tak boleh tidur malam sebab sakit katanya... Yalah ubat bius dah habis mestilah rasa sakit. Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik dan sibuk mintak aku nak pegi main bola... uuhuhuh... memang TAK dibenarkanlah.. Belum baik sepenuhnya Abang dah merengek nak main...uhuhu.. Sekarang nie sibuk menghitung hari bila nak habis pantang, tak sabar katanya nak dapat makan itu ini dan yang PALINGGGGGG Abang tak sabar nak pegi jumpa geng-geng nak main sama-sama. Sekarang nie dah boleh pakai seluar... En Hubby kata 3-4 hari lagi baiklah Abang. Sekarang Abang makan pun makin berselera kalau tidak dialah anak yang paling CEREWETTTTT bab makan. Alhamdulillah besar dah anak bujang mama.. Semoga membesar dengan sihat dan berjaya dunia & akhirat... Aminnn....

uhuhuhu......gambar kenangan abang sebelum dikhatankan...
Muka ada sikit cuak tapi sempat berPEACE lg kan.... :)


p/s : harap2 mood nak berblog x ke laut lah.. hehehe..

Jumaat, 5 Disember 2014

Miss me? :P


Assalammualaikum... haahahaha...statement POYO skit ek... Uhuhuh lamanya blog aku nie dibiarkan sepi... Banyak sangatttttt kisah yang nak aku kongsikan kat sini.. Harap-harap MOOD nak berblog tak ke laut lagi... Tunggu Isnin nanti ya... :D