Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

36 Tahun....

Imej
Selamat hari lahir buat Hb tersayang. Ma doakan semoga sayang diberi kesihatan yang baik, mewah rezeki, semoga Allah sentiasa memberkati sayang didunia & akhirat. Aminn... Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan papa yang bertanggungjawab dan penyanyang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamaya.. Aminnn....

WW - Tangga

Imej
Sekarang sampai opis aku naik tangga dari lobi sampai ke tingkat 11. Nak kekalkan stamina katanya...hehehehe

10KM - Lion Parkson Run 2014

Imej
Aci tak kalau aku cakap nie marathon aku yang ke dua sebab sebelum nie aku pernah jugak join tapi rasanya itu 3 tahun yang lepas kot. Kiranya yang dulu tu takdelah berjaya sampai ke garisan penamat sebab belum setengah jalan aku dah naik bas...hehehehe... Oklah tu kan kira adalah jugak pengalaman marathon nie kan...  Pagi Ahad tu aku sampai sana dalam keadaan hujan lebat hokeyyy...uhuhu.. korang semua sedap tido aku dgn BFF dah terpacak kat sana. Jam 6.30 pagi hujan dengan lebatnya aku kebasahan di bawah khemah...uhuhuh.... masa tu dah give up sebenarnya sebab takde tanda-tanda hujan nak berhenti. Kalau ikut jadual jam 7.00 pagi dah mula larian tapi sebab hujan terpaksa ditunda ke jam 8.00 pagi. Alhamdulillah masa start larian tu hujan dah berhenti dan yang paling best cuaca pagi tu tak panas, redup sepanjang habis larian.   Hahahaha... sebenarnya nak kata lari tak jugak, banyak berjalan dari berlari..kekekeke... kira aci lah tu kan bukan senang nak habiskan 10km tau... uhuhuh

12 September...

Imej
Tarikh tu merupakan hari lahir nenek aku yang ke 70 tahun. Hmmm...kami raikannya di Hospital Sg Buloh. Kesian nenek aku, keluar masuk hospital dan sekarang masih lagi di hospital genap sebulan. Cuma sekarang dari Hospital Sg Buloh pindah ke Hospital Selayang. Tak sanggup aku tengok nenek aku macam tu hanya mampu berdoa semoga nenek aku cepat sembuh. Semoga mak cepat sembuh, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan mak di dunia & di akhirat. Aminnnn....  Sayang mak selamanya...  p/s: tak boleh nak teruskan menaip entry nie, sedih yang tak dapat aku luahkan.. :(

Kisah hari Rabu

Imej
Bulan nie banyak hari lahir orang-orang yang aku sayang. Dari mak aku, HB, Mil, Sil, nenek dan sepupu aku semuanya lahir bulan September. Pendek kata bulan makan kek lah bulan nie...hehehe.. Rabu yang lepas 10 September hari lahir Mil aku yang ke 58 tahun. Kali nie Mil dah pesan awal-awal tak payah celebrate dekat luar sebab dia da masak banyak. So kami beli kek aje. Tunggu Sil sampai rumah aku dekat pukul 11 baru sesi memotong kek. Habis potong kek apa lagi berwefie lah kitorang. Dekat sejam jugak baru habis bergambar...uhuhuhu... sampai da naik lenguh mulut senyum..hehehe.. Tengah-tengah malam rumah aku meriah lagi macam pukul 12 tengahari...uhuhuhu.... Semoga Mama dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dan diberkati Allah di dunia & akhirat.. Aminnn.. Sayang semuanya ketat-ketat....  Mil & Sil.. Orang tak percaya yang Sil tu anak Mil aku.. setiap kali keluar mesti orang ingat aku nie anak Mil aku... hehehe Hb & Bil orang ingat dorang kembar.. kad

WW - Marathon

Imej
Tak tau mampu atau tidak habiskan 10km nie.. tapi target aku nak dapatkan medal...hehehe... Semangat marathon Ahad nie, aku naik tangga dari lobby ofis sampai ke tingkat 11. Pancit jugak dibuatnya..uhuhuh... Apapun target aku dan  Just  nak gigit medal nanti..hehehehe... Semoga dipermudahkan semuanya nanti.. Aminnn.... p/s: sape-sape yang ada tips boleh la kongsikan kat aku... ^-^

Geder together

Imej
Cerita Ahad yang lepas, s etiap kali nak ke mana-mana mesti kena cukupkan 4 orang nie. Kalau tidak nanti macam tak best. So bila sorang tak free kena tunggulah.  Lama sebenarnya tak keluar berempat bila masing-masing sibuk. Jadi ada kesempatan dapat berjumpa apa lagi peluang yang ada jangan dilepaskan. Alhamdulillah syukur bila dapat HB yang sporting nak pergi mana tak pernah nak bising. Terima kasih En HB... love u more...hehehehe Destinasi kami ke mana lagi kalau bukan Times Square, itu port yang paling best nak shopping dengan lepak. Lebih kurang pukul 12.30 kami sampai disitu.. pusing jalan-jalan, tengok-tengok, beli-beli dan makan-makan lebih kurang 5.30 petang keluar dari TS. Sebelum hantar aku balik kami singgah minum dulu dekat area rumah aku. Tepat pukul 7 petang aku sampai di rumah..uhuhuh... Jalan-jalan mengalahkan orang takde keluarga kann..takpe kot sesekali perasan bujang...kihkih... p/s: tengah bersemangat nie nak menulis blog yang da lama menyepi...h

Potluck Gathering

Imej
Lamanya aku biarkan blog nie bersawang...uhuhuhuh... hai lah kenapa mood macam nie erk uhuhuhu... Banyak citer nak cerita tapi kena korek dulu segala gambar dalam hp aku nie baru boleh boleh cerita. Cerita Sabtu yang lepas, gathering dengan kawan-kawan opis lama aku. Dah 3 tahun pun tinggalkan Company lama tu tapi hubungan tu tak pernah putus. Bila ada peluang boleh la berkumpul macam nie. Tujuan perjumpaan pun nak mengeratkan ukwah yang sedia terjalin.  Ikutkan ramai lagi tapi di saat-saat akhir ada beberapa orang yang tak dapat turut serta. Tapi walaupun beberapa kerat yang datang kecohnya mengalahkan pasar borong hehehe....  Gathering kali nie kita buat potluck. So masing-masing bawak 1 jenis menu. Aku masak mehun goreng dan karipap. Penuh jugak 1 meja tu bila masing-masing bawak makanan. Macam-macam ada... ada spaghetti, kari ayam, nasi impit, kuah kacang, asam pedas daging, bubur jagung dan kuih-muih.  Terima kasih pada tuan tanah Kak Lynda sebab offerkan diri untuk b