Khamis, 26 Jun 2014

13 Tahun...

Alhamdulillah genap usia kakak 13 tahun hari nie. Sedar tak sedar besar dah kakak. Memang dah besar pun dia dari aku. Rasa macam baru semalam je beranakkan dia uhuhuhu.. Mama doakan semoga kakak menjadi anak yang baik, berjaya di dunia & akhirat dan semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Aminnn.... I love u kakak!


Kakak yang paling susah bila diajak bergambar...uhuhuhuhu


Selasa, 24 Jun 2014

Nenek a.k.a Mak

Banyak nak cerita cuma mood nak berblog kebelakangan nie jatuh merudum balik uhuhuhu... Nie pun aku gagahkan jugak nak menaip mengarang sebab kesian pada blog aku yang mula bersawang nie. Mana boleh bagi 'spider' jadi tuan tanah ya dak...hehehehe

Seminggu yang lepas aku sibuk ulang alik dari opis ke Hospital Sg Buloh tengok nenek a.k.a mak aku yang tak sihat. Sedih rasanya bila tengok keadaan dia yang bertambah uzur. Nenek aku ada masalah buah pinggang, paru-paru berair dan jantung. Lama dah dia sakit cuma sejak kebelakangan nie kerap keluar masuk hospital sebab ada masalah pernafasan. Alhamdulillah pada Jumaat yang lepas dia dah dibenarkan keluar hospital walaupun keadaan dia tidak berapa baik lagi. Semoga kesihatannya bertambah baik dari sebelum nie... Aminn....

Berjaya jugak aku siapkan 1 entry walaupun tak panjang mana. Harap-harap esok mood nak berblog xlah ke laut. uhuhuhu... 



p/s: khamis nie besday kakak dok pikir apa nak bagi walaupun dah tau dia mintak apa..hehehe