Rabu, 22 Januari 2014

WW : Shawl


Shawl kesayangan aku terbakar dek kena iron panas....uhuhuhuhuhuhu....

Selasa, 21 Januari 2014

Alkisah.....

Fuhhh....berkurun rasanya aku tak update blog nie. Bukan takde cerita tapi pasal mood nak menaip tu takde jadi terbengkalai jelah. Hari nie aku gagahkan jugak jari jemari nie menaip sebab kawan aku dah sibuk suruh update blog hihihihi... Aku nak ceritakan kisah yang terjadi Ahad lepas, kisah anak aku yang bertuah sorang tu si Aqeef. Biar aku coretkan kat sini sebab bila dia besar nanti dia tau dia ada buat salah besar pada Ucu dia sendiri uhuhuhu... Wah...citer dah suspenkan...salah apakah itu? kihkihkih....

Nak dijadikan cerita Ahad yang lepas BIL aku charge handphone dia dekat bilik. Selalunya dia charge HP dia tu kat hall. Aqeef plak haritu main bola dalam bilik Ucu dia. Sebelum tu adalah Ucu dia marah kat dia pasal apa ntah aku pun tak pasti. Marah-marah manja gitulah kan.. si Aqeef ni plak jenis cepat sentap. Oklah lepas kena marah dia sambung semula main. 

Tiba-tiba bila Ucu dia masuk bilik nak ambik HP dia tu takde! Aku dengar masa tu buat tak tau jelah kan sebab mungkin dia salah letak. Lepastu keadaan mula panik bila dia call HP dia tak dapat. Jenuhlah cari satu bilik tu takde! Bila tanya Aqeef dia diam jerk. Okey suspek utama dalam hal nie mestilah Aqeef kan. Uhuhuhu... BIL aku apa lagi terus turun ke bawah rumah cari-cari HP dia kot-kot ada dekat bawah kan. 

Dengan bengangnya BIL aku naik atas tunjukkan HP BB kesayangan dia yang GF dia bagi telah pun hancur berkecai! Ya Allah!!! Aku terkejut beruk masa tu si Aqeef buang HP Ucu dia dari tingkat 16 ke bawah! Sejak bila dia pandai buang-buang barang pun aku tak tau! Sebab sebelum nie takde plak aku nampak dia buat macamtu! 

Apa lagi hubby aku marah dan pukul la dia.. Aku plak sebagai mamanya mestilah pertahankan anak aku kan. Menangislah si Aqeef bila papa dia marah dekat dia. Pandai pulak lari dekat Ucu dia mintak maaf. Dari marah terus tak jadi nak marah bila anak sedara mintak maaf kat dia kan. 

Uhuhuhu....terpaksalah ganti balik HP BIL aku yang dah hancur tu. Semalam pergi hantar kat kedai pun dah tak boleh terima dah. BIL aku cakap nombor yang ada dalam HP tu yang penting tapi nak buat macamana kan dah takde rezeki..uhuhuhu.. Aku rasa bersalah sebenarnya, tapi tulah benda dah jadi kan. Sekarang nie Aqeef pun dah tak berani nak masuk bilik Ucu dia lagi. 

Hari-hari aku cakap dekat Aqeef jangan buang barang dekat bawah nanti papa marah. Dia pun angguk-angguk je. Cakap tak nak buat lagi dah. Nanti papa abik Aqish katanya.. uhuhuhu... itulah anak kan.. merekalah racun merekalah penawar.. macam-macam ragam..uhuhuhu..




Jumaat, 3 Januari 2014

Hari Pertama....


Aqeef masuk sekolah semalam, tak sangka yang dia akan menangis. Mula-mula aku hantar okey lagi lepas tu lama-lama dia menangis uhuhuhu...aku plak yang sebak dengar dia nangis. Terpaksalah aku menyorok dari dia. Jenuh cikgu pujuk dia dari menangis lepastu sambung balik menangis tu. Nasib baik dia bukan jenis yang menangis meraung-raung tu takut mengganggu kawan-kawan yang lain nak belajar. Sampai ke balik dia melayan perasaan dia sorang-sorang tak nak bercampur dengan kawan-kawan yang lain. 

Hari nie MIL aku yang terpaksa hantar Aqeef ke sekolah sebab aku dah mula bekerja. Bila aku call tadi katanya Aqeef masih menangis jugak macam semalam. Takpelah mungkin seminggu dua nie dia nak biasakan diri dengan persekitaran yang baru. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Jangan jadi macam aku dulu-dulu sudah sampai sebulan abah aku tunggu kat sekolah... uhuhuhu... 


p/s: ada ke pengalaman mcm aku nie meh la kongsikan tips...hihihi..