Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Berkhatan....

Imej
Nak abadikan kat sini supaya esok-esok Abang boleh ingat bila tarikh keramat dia dikhatankan hehehe... Tanggal 29hb November yang lepas Abang telah pun selamat dikhatankan. Umur Abang 10 tahun aku khatankan dia, dengan rela hati dia nak berkhatan, yalah kadang-kadang anak tak ready nak khatan tu yang ada kes lari masa berkhatan kan.. hehehe...   Mulanya nak buat waktu siang tapi sebab ramai jadi giliran Abang kena sebelah malam. Sebelum berkhatan sempat lagi Abang mintak kasut futsal katanya nak main sebelum berkhatan..uhuhuhu.. sebab tak nak Abang kempunan lepaskan jugak hajat dia beli kasut futsal. Sudahnya dia tak main pun sebab tak cukup geng.  Lepas Isyak keluar dari rumah ke Klinik Ikhwan yang berhampiran dengan rumah. Pukul 8.45 malam sampai di klinik giliran Abang lebih kurang pukul 10.30 malam uhuhuh.. Sebelum sampai giliran Abang macam-macam ayat yang aku suruh Abang baca sampai Abang kata nak demam dibuatnya..hehehe... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma mas

Miss me? :P

Imej
Assalammualaikum... haahahaha...statement POYO skit ek... Uhuhuh lamanya blog aku nie dibiarkan sepi... Banyak sangatttttt kisah yang nak aku kongsikan kat sini.. Harap-harap MOOD nak berblog tak ke laut lagi... Tunggu Isnin nanti ya... :D

Besar dah dia.....

Imej
Alhamdulillah hari nie genap 10 tahun umur Abang. Cepat betul masa berlalu pejam celik dah besar anak mama nie.. Semoga  mewah rezeki, sihat selalu dan  menjadi anak yang soleh berjaya di dunia & akhirat.. Aminnn..  Love u sayang.... 

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Imej
Salam Aidil Adha... Macam biasa setiap kali raya qurban di KL aje... Pada yang balik ke kampung semoga selamat perjalanan pergi dan balik.. Aminnn....

36 Tahun....

Imej
Selamat hari lahir buat Hb tersayang. Ma doakan semoga sayang diberi kesihatan yang baik, mewah rezeki, semoga Allah sentiasa memberkati sayang didunia & akhirat. Aminn... Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan papa yang bertanggungjawab dan penyanyang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamaya.. Aminnn....

WW - Tangga

Imej
Sekarang sampai opis aku naik tangga dari lobi sampai ke tingkat 11. Nak kekalkan stamina katanya...hehehehe

10KM - Lion Parkson Run 2014

Imej
Aci tak kalau aku cakap nie marathon aku yang ke dua sebab sebelum nie aku pernah jugak join tapi rasanya itu 3 tahun yang lepas kot. Kiranya yang dulu tu takdelah berjaya sampai ke garisan penamat sebab belum setengah jalan aku dah naik bas...hehehehe... Oklah tu kan kira adalah jugak pengalaman marathon nie kan...  Pagi Ahad tu aku sampai sana dalam keadaan hujan lebat hokeyyy...uhuhu.. korang semua sedap tido aku dgn BFF dah terpacak kat sana. Jam 6.30 pagi hujan dengan lebatnya aku kebasahan di bawah khemah...uhuhuh.... masa tu dah give up sebenarnya sebab takde tanda-tanda hujan nak berhenti. Kalau ikut jadual jam 7.00 pagi dah mula larian tapi sebab hujan terpaksa ditunda ke jam 8.00 pagi. Alhamdulillah masa start larian tu hujan dah berhenti dan yang paling best cuaca pagi tu tak panas, redup sepanjang habis larian.   Hahahaha... sebenarnya nak kata lari tak jugak, banyak berjalan dari berlari..kekekeke... kira aci lah tu kan bukan senang nak habiskan 10km tau... uhuhuh

12 September...

Imej
Tarikh tu merupakan hari lahir nenek aku yang ke 70 tahun. Hmmm...kami raikannya di Hospital Sg Buloh. Kesian nenek aku, keluar masuk hospital dan sekarang masih lagi di hospital genap sebulan. Cuma sekarang dari Hospital Sg Buloh pindah ke Hospital Selayang. Tak sanggup aku tengok nenek aku macam tu hanya mampu berdoa semoga nenek aku cepat sembuh. Semoga mak cepat sembuh, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan mak di dunia & di akhirat. Aminnnn....  Sayang mak selamanya...  p/s: tak boleh nak teruskan menaip entry nie, sedih yang tak dapat aku luahkan.. :(

Kisah hari Rabu

Imej
Bulan nie banyak hari lahir orang-orang yang aku sayang. Dari mak aku, HB, Mil, Sil, nenek dan sepupu aku semuanya lahir bulan September. Pendek kata bulan makan kek lah bulan nie...hehehe.. Rabu yang lepas 10 September hari lahir Mil aku yang ke 58 tahun. Kali nie Mil dah pesan awal-awal tak payah celebrate dekat luar sebab dia da masak banyak. So kami beli kek aje. Tunggu Sil sampai rumah aku dekat pukul 11 baru sesi memotong kek. Habis potong kek apa lagi berwefie lah kitorang. Dekat sejam jugak baru habis bergambar...uhuhuhu... sampai da naik lenguh mulut senyum..hehehe.. Tengah-tengah malam rumah aku meriah lagi macam pukul 12 tengahari...uhuhuhu.... Semoga Mama dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dan diberkati Allah di dunia & akhirat.. Aminnn.. Sayang semuanya ketat-ketat....  Mil & Sil.. Orang tak percaya yang Sil tu anak Mil aku.. setiap kali keluar mesti orang ingat aku nie anak Mil aku... hehehe Hb & Bil orang ingat dorang kembar.. kad

WW - Marathon

Imej
Tak tau mampu atau tidak habiskan 10km nie.. tapi target aku nak dapatkan medal...hehehe... Semangat marathon Ahad nie, aku naik tangga dari lobby ofis sampai ke tingkat 11. Pancit jugak dibuatnya..uhuhuh... Apapun target aku dan  Just  nak gigit medal nanti..hehehehe... Semoga dipermudahkan semuanya nanti.. Aminnn.... p/s: sape-sape yang ada tips boleh la kongsikan kat aku... ^-^

Geder together

Imej
Cerita Ahad yang lepas, s etiap kali nak ke mana-mana mesti kena cukupkan 4 orang nie. Kalau tidak nanti macam tak best. So bila sorang tak free kena tunggulah.  Lama sebenarnya tak keluar berempat bila masing-masing sibuk. Jadi ada kesempatan dapat berjumpa apa lagi peluang yang ada jangan dilepaskan. Alhamdulillah syukur bila dapat HB yang sporting nak pergi mana tak pernah nak bising. Terima kasih En HB... love u more...hehehehe Destinasi kami ke mana lagi kalau bukan Times Square, itu port yang paling best nak shopping dengan lepak. Lebih kurang pukul 12.30 kami sampai disitu.. pusing jalan-jalan, tengok-tengok, beli-beli dan makan-makan lebih kurang 5.30 petang keluar dari TS. Sebelum hantar aku balik kami singgah minum dulu dekat area rumah aku. Tepat pukul 7 petang aku sampai di rumah..uhuhuh... Jalan-jalan mengalahkan orang takde keluarga kann..takpe kot sesekali perasan bujang...kihkih... p/s: tengah bersemangat nie nak menulis blog yang da lama menyepi...h

Potluck Gathering

Imej
Lamanya aku biarkan blog nie bersawang...uhuhuhuh... hai lah kenapa mood macam nie erk uhuhuhu... Banyak citer nak cerita tapi kena korek dulu segala gambar dalam hp aku nie baru boleh boleh cerita. Cerita Sabtu yang lepas, gathering dengan kawan-kawan opis lama aku. Dah 3 tahun pun tinggalkan Company lama tu tapi hubungan tu tak pernah putus. Bila ada peluang boleh la berkumpul macam nie. Tujuan perjumpaan pun nak mengeratkan ukwah yang sedia terjalin.  Ikutkan ramai lagi tapi di saat-saat akhir ada beberapa orang yang tak dapat turut serta. Tapi walaupun beberapa kerat yang datang kecohnya mengalahkan pasar borong hehehe....  Gathering kali nie kita buat potluck. So masing-masing bawak 1 jenis menu. Aku masak mehun goreng dan karipap. Penuh jugak 1 meja tu bila masing-masing bawak makanan. Macam-macam ada... ada spaghetti, kari ayam, nasi impit, kuah kacang, asam pedas daging, bubur jagung dan kuih-muih.  Terima kasih pada tuan tanah Kak Lynda sebab offerkan diri untuk b

13 Tahun...

Imej
Alhamdulillah genap usia kakak 13 tahun hari nie. Sedar tak sedar besar dah kakak. Memang dah besar pun dia dari aku. Rasa macam baru semalam je beranakkan dia uhuhuhu.. Mama doakan semoga kakak menjadi anak yang baik, berjaya di dunia & akhirat dan semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Aminnn.... I love u kakak! Kakak yang paling susah bila diajak bergambar...uhuhuhuhu

Nenek a.k.a Mak

Banyak nak cerita cuma mood nak berblog kebelakangan nie jatuh merudum balik uhuhuhu... Nie pun aku gagahkan jugak nak menaip mengarang sebab kesian pada blog aku yang mula bersawang nie. Mana boleh bagi 'spider' jadi tuan tanah ya dak...hehehehe Seminggu yang lepas aku sibuk ulang alik dari opis ke Hospital Sg Buloh tengok nenek a.k.a mak aku yang tak sihat. Sedih rasanya bila tengok keadaan dia yang bertambah uzur. Nenek aku ada masalah buah pinggang, paru-paru berair dan jantung. Lama dah dia sakit cuma sejak kebelakangan nie kerap keluar masuk hospital sebab ada masalah pernafasan. Alhamdulillah pada Jumaat yang lepas dia dah dibenarkan keluar hospital walaupun keadaan dia tidak berapa baik lagi. Semoga kesihatannya bertambah baik dari sebelum nie... Aminn.... Berjaya jugak aku siapkan 1 entry walaupun tak panjang mana. Harap-harap esok mood nak berblog xlah ke laut. uhuhuhu...  p/s: khamis nie besday kakak dok pikir apa nak bagi walaupun dah tau dia mintak

WW - Photobook

Imej
Abadikan gambar dekat photobook nie.. Trip dengan bff... harap plan nak naik Cruise menjadi..Inshaa Allah... :)

WW - Azan

Imej
Abang dapat Tempat Ke-2 sertai Pertandingan Azan. Next entry aku cerita pasal Abang. 

Car Boot Sales

Imej
Bila berkawan dengan orang yang kaki meniaga secara tak langsung kita yang tak minat meniaga pun jadi minat. Aktiviti hujung minggu sekarang nie dengan join "Car Boot Sales" di Kota Damansara. Biasanya setiap hari Ahad aku dengan kawan-kawan akan berada di sana. Aku ikut pun hanya nak memeriahkan susana dekat lokasi kejadian tapi lepastu jadi seronok pulak. Baru 3 kali pun kami join. Macam-macam barang yang ada dijual tapi semuanya terpakai.  Walaupun yang dapat taklah seberapa tapi yang paling berharga adalah pengalaman yang aku dapat. Dapat jumpa kenalan baru, dapat tengok macam-macam ragam manusia. Dan yang paling penting ikatan persahabatan antara aku dengan kawan-kawan semakin erat terjalin.  Oklah dah takde idea nak dicoretkan kat sini..hihihi.... Layankan jelah gambar nie ya. Kami yang suka bergambar dan kami jugalah yang paling riuh kat situ..uhuhuh.... Suasana seawal jam 7 pagi Ini Car Boot kami.... Minggu Ke 2 dan Ke 3  p/s : pada ses

I'm back... :)

As salam semua dan selamat pagi.. Lamanya dah tak update blog aku yang satu nie. Hmmm...sejak kebelakangan nie ada benda lain yang aku fokuskan tapi sekarang semua tu dah aku tolak tepi. Nak rajin kembali menulis blog dan jenguk blog kawan-kawan. Banyak sangat cerita yang aku nak kongsikan dekat blog nie. Dari kisah sendiri sampailah ke  kisah anak-anak...uhuhuh.. Takpelah pelan-pelan aku update nanti. Harap-harap mood tak ke laut la..hihihi....

WW - #PrayForMH370

Imej
Semoga dipermudahkan usaha mencari mereka.. Aminnnn

WW : Shawl

Imej
Shawl kesayangan aku terbakar dek kena iron panas....uhuhuhuhuhuhu....

Alkisah.....

Fuhhh....berkurun rasanya aku tak update blog nie. Bukan takde cerita tapi pasal mood nak menaip tu takde jadi terbengkalai jelah. Hari nie aku gagahkan jugak jari jemari nie menaip sebab kawan aku dah sibuk suruh update blog hihihihi... Aku nak ceritakan kisah yang terjadi Ahad lepas, kisah anak aku yang bertuah sorang tu si Aqeef. Biar aku coretkan kat sini sebab bila dia besar nanti dia tau dia ada buat salah besar pada Ucu dia sendiri uhuhuhu... Wah...citer dah suspenkan...salah apakah itu? kihkihkih.... Nak dijadikan cerita Ahad yang lepas BIL aku charge handphone dia dekat bilik. Selalunya dia charge HP dia tu kat hall. Aqeef plak haritu main bola dalam bilik Ucu dia. Sebelum tu adalah Ucu dia marah kat dia pasal apa ntah aku pun tak pasti. Marah-marah manja gitulah kan.. si Aqeef ni plak jenis cepat sentap. Oklah lepas kena marah dia sambung semula main.  Tiba-tiba bila Ucu dia masuk bilik nak ambik HP dia tu takde! Aku dengar masa tu buat tak tau jelah kan sebab mungki

Hari Pertama....

Imej
Aqeef masuk sekolah semalam, tak sangka yang dia akan menangis. Mula-mula aku hantar okey lagi lepas tu lama-lama dia menangis uhuhuhu...aku plak yang sebak dengar dia nangis. Terpaksalah aku menyorok dari dia. Jenuh cikgu pujuk dia dari menangis lepastu sambung balik menangis tu. Nasib baik dia bukan jenis yang menangis meraung-raung tu takut mengganggu kawan-kawan yang lain nak belajar. Sampai ke balik dia melayan perasaan dia sorang-sorang tak nak bercampur dengan kawan-kawan yang lain.  Hari nie MIL aku yang terpaksa hantar Aqeef ke sekolah sebab aku dah mula bekerja. Bila aku call tadi katanya Aqeef masih menangis jugak macam semalam. Takpelah mungkin seminggu dua nie dia nak biasakan diri dengan persekitaran yang baru. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Jangan jadi macam aku dulu-dulu sudah sampai sebulan abah aku tunggu kat sekolah... uhuhuhu...  p/s: ada ke pengalaman mcm aku nie meh la kongsikan tips...hihihi..