Jumaat, 27 September 2013

Bertambah usia....


Selamat hari lahir buat suamiku yang tersayang Mohd Faidzal Abdul Majeed. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan semoga sentiasa diberkati Allah selalu. Dan semoga keluarga kita kekal bahagia ke ahkir hayat.. Amin. Love u so much papa....



p/s: buat kakak mama doakan semoga kakak dapat buat yang terbaik hari nie. Semoga cita-cita kakak tercapai utk masuk sekolah sukan..Amin

Khamis, 26 September 2013

Kesian kakak...

Minggu nie kakak dengan abang ada latihan sukan sebab pada Sabtu nie ada sukan tahunan. Kakak terpilih dalam beberapa acara sukan. Semalam ada latihan tarik tali katanya. Balik dari sekolah bagitau yang kaki dia terkopek kulit dan melecet teruk gara-gara buat latihan tarik tali tak pakai kasut! Sampai menangis kat sekolah sebab sakit dan cikgu terpaksa hantar sampai ke rumah. Masalahnya kat sini, esok kakak ada program pemilihan untuk masuk ke Sekolah Sukan Titiwangsa WP. Aku risau sangat dengan keadaan kaki dia yang macamtu. Yang kakak pulak berharap dia terpilih dapat masuk ke sekolah tu. Aku doa sangat semoga esok kakak boleh buat yang terbaik walaupun kaki dia tercedera. Semoga ada rezeki untuk kakak nanti. Korang ada ke tips untuk pulihkan luka dengan cepat. Meh kongsi sikit..  


p/s: esok besday hubby..ermm apa nak buat erk.. :D

Sabtu, 21 September 2013

Dalam sejarah....

Hari nie kakak aku beri keizinan untuk keluar dengan kawan-kawan sekolahnya ke Times Square. Banyak kali merayu pada aku nak pergi dengan kawan-kawan sebab dia cakap UPSR da habis.  Saja nak seronok-seronok. Berat hati nie sebenarnya nak lepaskan dia pergi tapi aku tak nak mengongkong anak-anak,sebab bagi aku zaman aku dulu dengan sekarang jauh berbeza. Tak boleh gunakan kekerasan. Apapun aku sentiasa doakan keselamatan anak aku.

p/s: dulu aku umur 17 tahun baru berani nak kuar ngan kawan-kawan...

Jumaat, 13 September 2013

Lega...

Alhamdulillah.... semalam hari terakhir kakak habis UPSR. Lega sangat cuma tunggu result nanti bulan 11. Aku percaya kakak dah buat sehabis baik apapun keputusan nanti aku terima. Cuma lepas nie tunggu keputusan permohonan untuk masuk asrama jerk. Sebenarnya berat hati aku nak lepaskan dia tinggal di asrama tapi itu yang dia nak aku terpaksa rela dalam paksa uhuhuhu...



p/s: hepi sangat sebab mak ngan abah datang KL harinie.. :D

Rabu, 11 September 2013

WW - Rubber Stamp


Hihihi... Sejak terjebak dengan novel nie aku dan Just dengan poyonya tempah rubber stamp nama sendiri. Senang tak payah susah-susah aku nak tulis nama cuma chop jer... poyo tak?? :P

Selasa, 10 September 2013

Good Luck....



Buat anakku Nabillah Farhanah, mama doakan semoga kakak dapat buat yang terbaik dalam UPSR hari nie. Dan kepada semua anak-anak yang menduduki peperiksaan hari nie buat yang terbaik! :D


p/s: aku yang tak boleh tidur anak nak exam..uhuhuhu

Jumaat, 6 September 2013

Selamat Hari Lahir... Mak


Along doakan semoga Mak panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan sentiasa bahagia di samping kami semua. Semoga segala apa yang Mak impikan tercapai. Sayang Mak banyak-banyak. Amin....



p/s: bulan 9 nie bulan makan kek sebab semua org yg aku sayang ramai lahir bulan nie.. :)

Isnin, 2 September 2013

Temankan adik...

Hari nie aku tak keje sebab temankan adik aku yang dari Johor ada interview di Kementerian Kesihatan Putrajaya. Pandai jugak aku tunjukkan jalan ke sini kat dia padahal aku bukanlah arif sangat jalan ke sini.. Hahaha rasa kelakar plak bila bawak adik g interview, yang adik aku malu-malu la sebab aku temankan dia. Ingat lagi kalau dulu MIL aku yang selalu teman aku pegi interview.. Apapun semoga ada rezeki buat adik aku nanti.

p/s: nak jugak keje gomen tapi umur terlebih sudah... :-)