Rabu, 31 Julai 2013

WW - Kad Raya




Hehehe excited bila dapat kad raya pertama. Sejak teknologi semakin canggih sekarang nie, dah kurang dapat kad raya.. Korang dapat banyak kad raya? :D

Isnin, 29 Julai 2013

Menconteng


Nie hasil kreativiti Aqeef menconteng, habis dinding dan cermin almari solek aku diconteng dengan krayon. Nasib baik conteng dalam bilik kalau dekat luar mau aku meroyan uhuhuhuhu... Perangai baru sekarang nie, aku dah pesan lain kali jangan conteng dekat dinding nak conteng dekat buku. Dia cuma angguk-angguk aje. Ermm...dulu masa kakak dengan abang kecik takde pulak perangai suka conteng dinding nie.  


Khamis, 25 Julai 2013

Lamanya....

Aku tak update blog,bukan takde masa tapi sebab mood nak berblog asyik ke laut jerk. Banyak yang aku nak tulis tapi sebab kemalasan melanda diri. Tulah kan bukan senang nak jadi blogger, nak kena rajin update blog selalu. Sejak aku nie terjebak semula dengan hobi baca novel tu yang sampai blog kawan-kawan yang lain pun aku tak menjengah..teruknya aku rasa uhuhuhu.... Sori ya kawan-kawan hari nie aku tingalkan jejak kasih kat blog korang sebab mood ke laut aku dah aku campak jauh-jauh hehehe....

p/s : seronok orang gomen dapat bonus kan. :D

Rabu, 17 Julai 2013

WW - Onde-onde



Ini hasil air tangan anak bujang aku semalam. Aku balik keje excited ajak buat kuih, then aku ajar cara-cara nak buat dan ini hasilnya. Setiap kali nak masak memang dialah yang paling suka tolong aku kat dapur dibandingkan dengan kakaknya. Hari nie dah cakap nak buat kuih lagi... :)

Selasa, 16 Julai 2013

Tak mau tidur...

Sekarang nie Aqeef dah pandai tak nak tidur dengan aku. Malam tadi pujuk-pujuk aku mintak tidur dengan abang dia dan MIL aku. Siap cakap nanti Aqeef datang masuk bilik. Semalam habis jerk minum susu dia terus bagi botol susu dekat aku pastu keluar dari bilik. Aku pulak yang sedih bila si kecik tu tak tidur ngan aku. Dah biasa Aqeef berkepit dengan aku tiap-tiap malam tapi malam tadi Aqeef tak tidur dengan aku, aku pulak yang tak boleh lelapkan mata..uhuhuhu... Harap-harap malam nie Aqeef tidur dengan aku, biar takde hubby aku dekat sebelah jangan takde Aqeef hihihi....


p/s: sekarang nie sibuk membaca novel kat penulisan2u tu... agk2 best baru beli on9.. nie semua si Just punya pasal la nie :)

Jumaat, 12 Julai 2013

I Love You, Stupid!



Akhirnya setelah 5 hari aku mengadap novel nie habis jugak dibaca hari nie. Novel yang setebal 1379 mukasurat. Nak buat review memang aku tak pandai cuma yang boleh aku cakap memang best. So lepas nie aku nak cari sambuang ILUS nie My Precious Iris pulak. Ada sape-sape yang dah baca novel My Precious Iris nie ke? Best tak? :D


p/s: pejam celik dah 3 hari kita puasa kan..cpt betul masa sekarang nie.. 

Rabu, 10 Julai 2013

WW - Novel




Ini antara koleksi novel yang belum dan sudah di baca sepanjang 2 bulan nie.. Semuanya aku letak kat opis, dah jadi mini library pulak. Nasib baik ada geng yang sekepala dengan aku jadi takdelah sekerat jalan jerk hobi tu, hehehe. Banyak-banyak novel aku suka The Wedding Breaker, lain dari yang lain jalan ceritanya.. 


p/s : lengang betul harinie, mungkin ramai yang cuti 1st day pose nie kan..

Selasa, 9 Julai 2013

Salam Ramadhan



Buat semua teman-teman selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diberkati dan dirahmati olehNYA.. Amin 



Selasa, 2 Julai 2013

Bola Kampung



Boleh dikatakan dekat 10 kali citer nie diulang tayang oleh adik dalam sehari. Habis jerk suruh play semula, kadang tu bukan tengok sangat pun janji citer tu dibukak. Bila adik masuk bilik jerk mesti citer tu dimainkan. Asal celik jek mata suruh bukak Bola Kampung. Sampai dah naik hafal dialog yang ada dalam citer tu. Sekarang nie Astro dalam billik aku tu memang adik tak tengok dah. Agaknya dah jemu tengok kartun yang sama kat Astro tu kot. Nie aku nak tunggu masa carikan dvd yang lain untuk adik. Anak korang sama tak macam anak aku.. :D


p/s : hari nie abang tak sekolah demam... semoga abang cepat sembuh. Badan dah nampak susut  asyik demam jerk..