Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Monday blues...

Imej
Google Hari nie aku rasa letih sangat, menyesal tak amik cuti bila dah penat balik dari berjalan-jalan nie. Konon-konon nak tunjuk yang aku nie pekerja cemerlang hihihi... Esok aku update gambar holiday dengan kawan-kawan opis. Sangat memenatkan tapi satu pengalaman yang menyeronokkan. Tapi kalau untuk pergi kali ke dua mungkin tidak kot... :P p/s : bestnya kalau dapat massage body nie.. 

Teduhan Kasih

Imej
Setelah 3 hari aku fokuskan pada novel nie akhirnya habis juga novel nie aku baca. Kalau nak suruh aku review pasal novel nie memang aku tak pandai sangat. Apa yang boleh aku katakan novel nie memang best. Perjalanan seorang isteri yang diceraikan suami kerana suami curang dengan kawan baiknya sendiri. Dari situ  hidupnya berubah setelah berkenalan dengan insan yang menolong dia.. Eh pandai plak aku review kata tak pandai..kuikuikui... Sekarang Teduhan Kasih nie sedang ditayangkan di TV3, sebab nak tahu kisah yang selanjutnya aku sanggup beli novel nie hihihi... So kepada peminat novel tu bolehlah beli novel nie jika ianya belum ada dalam koleksi anda. Pesanan ini ditaja oleh aku sendiri...hahahaha...... p/s: Korang doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik ya.. Nanti aku beli ole-ole..hihihi

Mini reunion..

Imej
  Setelah lebih 17 tahun tidak bertemu, pada hari Sabtu yang lepas bertempat di Pantai Remis, Jeram Selangor aku dipertemukan dengan kawan-kawan sekolah aku. Ikutkan ramai kawan-kawan sekolah yang tinggal di Lembah Klang nie tapi sebab masing-masing ada hal jadi berjumpa yang mana berkesempatan jerk. Aku akui tak semua kawan-kawan aku nie rapat dengan aku dekat sekolah dulu. Yalah bila dah meningkat dewasa nie sape pun kawan kita rapat atau tidak itu tidak penting. Yang penting ukhwah yang terjalin tidak putus macam itu aje, In Shaa Allah. Bila dah jumpa tau jelah banyak yang nak disembangkan. Tapi bila dah masing-masing bawak anak paham-paham jelah kan...kuikuikui Yang lelaki last jumpa masa Form 3, lepas tu masing-masing ada yang pindah sekolah. Nasib baik baru-baru nie ada kawan create group Whatsapp bolehlah berhubung kembali dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama terputus hubungan. Itulah dia hikmah disebalik kejadian.. Allah aturkan indah sekali. Sesungguhnya kenan

Holiday mood...

Imej
Dah beberapa hari aku menyepi, sebenarnya ada jerk benda yang nak dikongsikan tapi mood nak menaip takde. Sekarang tengah menghitung hari nak holiday dengan kawan-kawan. Buat pertama kali aku berjalan tanpa keluarga bersama. Rasa berat jugak nak tinggalkan anak-anak tapi sesekali takpe kan..hahaha... Mulut kata takpe hati Tuhan aje yang tau... :P Kesian plak kat adik kena tinggal ngan mama dia, yalah selalu tidur malam mesti ada aku. Kadang-kadang sebelum tidur siap pesan lagi mama jangan pegi keje eh, pastu peluk aku kuat-kuat.. hahaha...memang anak mama betul anak aku yang sorang nie. Nanti anaknya tak nangis mama dia plak yang over..hahaha... tapi itulah aku! :D p/s : jap lagi aku singgah umah kawan-kawan ya.. :D

WW - Ayam

Imej
Bila jarang-jarang jumpa dengan ayam, punyalah excited anak aku bila dapat pegang ayam. Tak pulak dia takut, lagi dia belai-belai ayam tu ada... Nie masa aku pergi Chow Kit haritu. 

Nikmatnya bila...

Imej
Google Dapat minum jus tembikai, pukul 12.30 malam time orang dah nyenyak tidur aku sibuk blend buah tembikai hehehe. Menghilangkan rasa haus yang amat sangat punyalah nikmat bila dapat minum jus tu. Aku rasa macam orang mengidam dah aku nie :D Cuaca sekarang panas, sampai tidur pun berpeluh-peluh walau dah bukak kipas tahap maximum. Tengah malam bape kali aku mandi. Dah dekat nak masuk bulan Syawal nie cuaca makin panas kan.. Sekarang aku baru gigih nak ganti puasa, ada baki 4 hari lagi. Korang dah habis ganti ker? :P

Raikan Hari Ibu...

Imej
Semalam raikan Hari Ibu dekat Al Rawsha. Sedang sedap makan anak aku bagi kad pada aku. Kad yang dorang buat sendiri. Anak-anak aku memang kalau ada apa-apa dorang lebih suka buat sendiri dari beli. Rasa terharu sangat bila aku baca kad tu. Tapi yang paling buat aku tersentuh bila anak aku Aiman bagi ucapan pada aku. Tak sangka dia menangis masa bagi ucapan tu. Aku pun apa lagi ikut sama menangis jugaklah. Adik ipar aku dengan MIL aku  menangis. Yalah bila dah semakin besar nie dia pandai sensitif plak. Sayangnya semalam hubby aku x sempat rakamkan saat-saat manis tu. Segalanya berlaku secara spontan. Apapun terima kasih buat anak-anak aku yang tersayang... Mama sayang semua anak-anak mama sampai bila-bila..  Ini kad ucapan yang kakak bagi pada aku.. Semalam hubby paksa suruh bagi ucapan tapi dia tak nak..malu... hehehe...  Dan yang ini dari abang, excited betul dia bagi kad pada aku. Mintak aku baca time tu jugak. Yang si adik dah sibuk nak kad yang Abang dia buat nie. Yang

WW - Novel ke 4&5

Imej
Dua-dua novel nie best... Sekarang memang aku giler baca novel kembali.. :D

Tq Eyeyou :)

Imej
Aku terima bungkusan tadi bila balik dari lunch. Sekali bukak tengok dari teman blogger Eyeyou. Terima kasih Eyeyou atas hadiah nie, cantik sangat! Aku masuk  nie  dan terpilih sebagai pengomen bertuah, Alhamdulillah. Untuk anak aku Nabillah pun dapat jugak, mesti Nabillah suka dan banyak soalan yang dia akan tanya aku hihihi.. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin berkekalan. Terima kasih sekali lagi buat Eyeyou  semoga bertambah murah rezeki.. Amin. :D p/s : Thanks tu Just jugak bagi udang kering dari Sabah & Lipstik. Murah rezeki ko Just.. Amin :)

Berwhatsapp....

Imej
Setelah 16 tahun meninggalkan alam persekolahan ramai kawan-kawan sekolah yang aku tak jumpa. Yalah bila masing-masing dah berkeluarga masa untuk berjumpa memang takde. Kadang-kadang bila ada buat reunion masa tu pulak ada hal lain. Jadi sekarang sejak teknologi makin canggih nie macam-macam ada boleh nak berhubung. Baru-baru nie kawan aku tubuhkan group whatsapp kumpulkan semua kawan-kawan sekolah batch aku tahun 1996. Memang best bila masing-masing dapat chat sama-sama, kecoh jadinya. Macam-macam kisah tau dari situ. Secara tak langsung dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin. Yalah bila ada FB tak sebest ada Whatsapp atau Wechat nie. Rindu pulak aku bila teringat zaman sekolah. Korang masih berhubung lagi tak dengan kawan-kawan sekolah?  p/s : agak-agak Isnin nie kita public holiday x? hihihihi....