Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

PINK la sangatt..

Imej
Hari nie opis aku semua staff diwajibkan memakai warna baju pink. Ada sessi bergambar sempena kempen PINK OCTOBER - Breast Cancer Month yang dianjurkan oleh MAKNA. Bila dah masing-masing pakai baju ikut tema, apalagi semuanya pakat pose amik gambarlah tadi hihihi.. Layan jelah gambar nie eh... :D

Potong kek aje...

Imej
Semalam aku tak bawak Abang ke mana-mana pun memandangkan dia pun masih belum baik sepenuhnya. Nak beli macam-macam pun MIL masak lauk banyak semalam. Jadi semalam buat acara potong kek jerk untuk Abang. Nak kuar celebrate tunggu hari Sabtu. Abang dengan tak larat tu aku paksa jugak bergambar hihihi...zalim erk.  p/s: Terima kasih atas ucapan hari lahir utk Abang yg kwn2 ucapkan.. :)

9 Tahun

Imej
Hari nie genap 9 tahun anak kesayangan aku Muhammad Aiman Aisy hidup dimuka bumi Allah nie, Alhamdulillah. Buat anak mama.... Semoga Abang menjadi anak yang soleh berjaya di dunia & akhirat. Semoga sentiasa sihat selalu dan semoga perjalanan hidupmu diberkti olehNya selalu. Amin.... p/s: hari nie besday boy demam.. semoga anak mama cepat sihat ya.. Amin.

Sapu tangan

Kalau ke mana-mana sapu tangan mesti kena ada kat tangan Aqeef. Masalahnya kat sini sapu tangan tu aku tak boleh cuci langsung dan tak bagi tukar dengan sapu tangan lain. Kadang-kadang tu aku terpaksa amik dan cuci cepat-cepat. Yalah mana boleh sampai tak cuci langsung kan. Dulu si Abang pun ada perangai macam nie jugak tapi bila sapu tangan tu terjatuh dari tingkat atas ke bawah umah, dah tak mintak lagi dah sapu tangan tu. Kalau boleh aku nak stopkan tabiat nie dari Aqeef, yalah tahun depan dah mula nak ke sekolah takkan nak mengusung sampai ke sekolah kan.  p/s: dulu aku berbantal busuk sampai umur 8 tahun :P

WW - Kasut

Imej

Berjayakah dia...

Sekarang nie hubby aku berazam untuk menaikkan berat badan. Hari tu aku mintak BIL belikan susu yang boleh menaikkan berat badan. Hari pertama minum aku terbancuh overdose kat hubby sampai cirit birit jadinya hahahaha.... then hari ke 2 minum okey takde masalah. Komen hubby katanya perut sentiasa lapar, oklah kan petanda baik tu. Targetnya nak naikkan berat badan dulu then baru nak ke gym. Hubby aku cakap kalau tak dapat badan macam Aaron Aziz dapat macam Adi Putra pun okeylah hahahaha... Okey aku harap dia berjaya! Sekarang nie tambah lagi satu keje aku, selalu buat susu untuk anak jerk sekarang nie dengan papanya jugak aku bancuh :P p/s: agak-agak dari 51kg nak ke 65kg bape lama agaknya kan? :D

4 tahun sudah....

Imej
Alhamdulillah...hari nie genap Muhammad Arfan Aqeef 4 tahun.  Macam-macam kerenah anak mama yang sorang nie, dialah yang paling manja sekali dan yang pandai amik hati. Mama doakan semoga anak mama menjadi anak yang soleh. Semoga berjaya di dunia & akhirat. Amin....  p/s: suka dapat basikal baru smpai bawak masuk dalam bilik.