Bercucuk tanam....

Harap-harap suburlah pokok aku nie :D

Aku mula kembali dengan hobi aku masa zaman anak dara dulu. Kalau dulu aku rajin tanam pokok terutama pokok bunga kertas. Macam-macam warna aku tanam dan jaga tapi tu dulu masa kat kampung. Sekarang sejak dah berkahwin aku lupakan hobi tu. Sejak hubby bawak balik pokok lidah buaya, aku terpikir untuk kembalikan semula hobi aku yang dulu. Hubby aku pun sokong jerk apa yang aku nak buat. Kalau ikutkan hati nak jerk aku tanam macam-macam tapi memandangkan rumah aku apartment jadi kawasan yang ada agak terhad. Sekarang aku hanya ada dua jenis pokok jerk iaitu pokok lidah buaya dan juga belalai gajah. Pokok lidah buaya nie dah banyak kali jugak aku potong untuk merawat luka kat anak-anak aku tu. Macam pokok belalai gajah nie aku dapat dari opismate aku. Pokok nie boleh menghalang kanser. Boleh baca info pokok  belalai gajah dekat sini. Aku x sabar nak tunggu pokok-pokok aku nie membesar. Korang suka tak bercucuk tanam? :D

Ulasan

  1. Rajinnya, saya mmg tak minat lgpun takde kawasan nak menanam

    BalasPadam
  2. Sa pun suka ber cucuk tanam...Especially tanam bunga..heheh

    BalasPadam
  3. Rajinnya.. harap2 tumbuh dengan subur..
    best jg bercucuk tanam ni...:)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak lynn. bestnya. sheila suka pokok lidah buaya tu. heee

    BalasPadam
  5. deqla tanam x menjadi la..huhu.. kata org tgk tgn jugak kan? hoho

    BalasPadam
  6. Macam mana rupa pokok belalai gajah tu ek

    BalasPadam
  7. i minat tapi i pun dok apartment...
    kawasan limited kan sis...
    1st time aaa tau pasal pokok belalai gajah tu...
    nak cari gak aaaa...

    BalasPadam
  8. KA pun suka juga bab bercucuk tanam ni

    BalasPadam
  9. Kite suke, tapi selalu jek mati cepat bunge2 tu, mak kate tangan kite panas. xmenjadi hehehe

    BalasPadam
  10. salam kak..
    rajin akak bercucuk tanam..
    cma kalau ade tanah betul2 baru la blh pupuk minat tu,
    umah flat,celah mana je nk tanam.. huhuh..

    alhamdulillah..semoga subur tanaman akak ;)

    BalasPadam
  11. dlu2 sebelum ade baby kecik,m3h rajin menanam pokok,penuh kt laman ..m3h tanam lam pasu..skr dah xde mase lg..huhu
    done klik2 nuffnang

    BalasPadam
  12. tak pernah minat tanam pokok bunga. sejak muda sampai le kem tua ni. hahahaha... wanita pelik kan. selalunya wanita la yang suka tanam pokok bunga....

    malu tau nak ngaku ni.

    BalasPadam
  13. bagus kalau rajin
    dpt hasilnya
    lagi satu kalau tangan sejuk , semua menjadi ;)

    BalasPadam
  14. rajinnya akak cucuk tanam..hee... lisa suka gak..tapi dok umah sewa.. xbanyak ruang...inshaAllah bila ada rumah sendiri nnti memang nak cucuk tanam banyak2...hehe...kalau menjadi...

    BalasPadam
  15. M suka tanam pokok gak tapi asyik terbantut ja pokok tu

    BalasPadam
  16. aloe vera memang ada kat rumah saya, belalai gajah lom pernah ada

    BalasPadam
  17. lepas ni boleh lertak kat muka lidah buaya tue

    BalasPadam
  18. dulu-dulu duk kampung time anak dara rajinla skang entah..macam dah malas nanti pindah umah bawah kot...mood berccuk tanam ni datang balik kot...

    BalasPadam
  19. cheqkaq kalo tanam pokok mesti tak menjadi..tangan panas kot..hehe

    BalasPadam
  20. okje dalam bab tanam menanam ni bukan suka RH...suka kadang2 aje haha... adalah jugak tu daun kesom..tuk buat masak asam pedas

    BalasPadam
  21. Kakak kan org kampung, so dari kecik sampai sekarang memang suka bercucuk-tanam cuma sekarang duduk rumah teres, tanah aad secoet, tapi kakak tanam semua dlm pasu. Berasak-asak tapi puas jugalah... pandan, pokok kari, cili, daun kesum, pandan, ulam semua ada bersama dgn susunan pokok bunga kakak tau...

    Belalai gajah? tak pernah jumpalah..

    BalasPadam
  22. queen x pandai bercucuk tanam pun.. hehehe

    BalasPadam
  23. Kalau kat rumah tu..asben kakain yg rajin tanam pokok2 mcm tuu...

    BalasPadam
  24. wah..lepas ni leh ar start tanam bahan2 mentah utk masak..

    BalasPadam
  25. ida suka jugakkk, tapii hubby tak kasii. cehhh. hampeh tul. die ingat ida tak reti bercucuk tanam ke.. hekehkehkk

    BalasPadam
  26. salam...
    selamat bercucuk tanam semula..kita xrajin..

    jemput baca entri ini yaa...

    http://www.eyeyou76.blogspot.com/2013/04/pemenangnya-ialahhhhh.html

    BalasPadam
  27. rajinnya akak bercucuk tanam...
    nory tangan panas, takleh bercucuk tanam ni plus rumah kecik takde ruang...hehehe

    BalasPadam
  28. acik pun ada tanam pokok belali gajah tu..ada 2 pasau besar..acik pun kenal toke dia en.tiang tu..sebab sekarang ni dia ada sewa tanah di opis acik..komoditi sendayan tu

    BalasPadam
  29. ooh bagus tu...sambil tanam boleh jugak dapat manfaat daripada pokoknya tu....

    BalasPadam
  30. suka la juga sikit2... especially bila pokok yang kita tanam keluarkan hasil :)

    BalasPadam
  31. Salam kenal,
    Mmg org kata berbudi dgn tnah ni x rugi apa2.. Kan...? Seronok bila tgk yg kita tanam tu tumbuh segar dan menjadi.. Cikda ni tanam pandan pun 2-3 kali baru tumbuh..

    BalasPadam
  32. Rajin kt farmville je satu masa dulu

    BalasPadam
  33. AJ tanam apa pun takmo hidup....
    Even kaktus pun boleh mati...
    Haahahhahahah......
    1st time AJ dengar pokok belali gajah tu...

    BalasPadam
  34. takperlah asalkan lepas juga rasa nak bercucuk tanam tu, walaupun kawasan terhad..

    BalasPadam
  35. assalamualaikum bella...bestnya mcm nak juga la...:)

    BalasPadam
  36. teringin jugak nak menanam nih. tp kena tunggu rumah ni siap. entah bila la nak siap pn tak tahu la.

    BalasPadam
  37. heheh bes kan kak bcucuk tanam ni,nk2 bile dh mghijau tu sedap jek mate memandang

    BalasPadam
  38. rajinnya ,kak..sy takde ruang nk brcucuk tanam :(

    BalasPadam
  39. rumah sewa saya ni ada tanah... daripada sakit mencabut rumput liar, saya bertanam la juga... sekarang ni ada pokok limau kasturi, pandan, daun kari, cili padi n halia...

    nanti dah ada bekas nak try tanam sawi n terung... harap2 menjadilah...

    BalasPadam
  40. bestnya kak dapat bercucuk tanam..sya pun suka..tp kalau sekarang ni nak menanam pun dah xde ruang dah..

    BalasPadam
  41. Dayah kalau tanam apa pun selalu tak menjadi. Sedih mengenangkannya...
    Tanam pokok bawang sampai skrg tak tumbuh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Blog ohhh blog....

36 Tahun....