Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Musuhku, suamiku

Imej
Tajuk gempak tak? Hahaha... nie tajuk novel yang aku baru habis baca. Bukan main khusyuk aku baca novel nie sepanjang 2 hari aku cuti haritu. Novel nie memang best, ada kelakar, sedih dan diakhir cerita mestilah happy ending. Berjaya jugak aku habiskan novel yang ke 3 untuk tahun nie. Misi aku nak baca sekurang-kurangnya 10 buah novel. Mampukah aku? Hihihi nantikan saja... 10 tu kira banyak pada aku sebab dah lama tak membacakan... Bila anak-anak dah besar nie senanglah sikit ada masa untuk hobi aku nie. Kalau anak-anak kecik lagi jangan mimpi aku dapat luangkan masa walaupun untuk diri sendiri.  p/s : Selamat Hari Pekerja buat semua..

Budak kacamata...

Imej
Semalam amik spek mata anak dara aku, berimej baru dia semalam. Mula-mula dia tak biasa dan malu-malu lepas tu kami semua puji dia terus okey. Sepanjang hari sebut pasal dia punya spek mata. Dia cakap malu nanti kawan-kawan ejek. Lepas tu tanya aku masa bila patut pakai dan tak pakai. Padahal dah diberi penerangan masa amik spek tu tapi biasalah teruja agaknya...hehe.. Bila dah pakai spek dia cakap baru penglihatan dia jelas. Dia cakap tengok muka adik-adik pun nampak jelas. Anak aku nie rabun silau agak tinggi jugak. Mungkin sebab selalu sangat mengadap tepon ngan lappy dalam gelap. Sekarang dah takde lagi nak mengadap semua tu bila malam. Aku dah bagi warning kat dia kalau sayang mata sendiri jangan buat lagi. Yalah umur baru 12 tahun dah kena pakai spek mata mamanya dah 34 tahun Alhamdulillah okey lagi matanya... (bukan ayat riak tapi ayat contoh :P)   p/s : Kakak memang susah nak bergambar, jenuh aku paksa semalam cakap aku nak letak dalam blog..hihihi

Pemalu terlampau ker?

Aku risau dengan anak dara aku Nabillah. Aku boleh kategorikan anak aku nie seorang yang sangat pemalu. Sebab apa aku cakap macam nie yalah korang bayangkan kalau keluar makan, orang datang amik order tanya nak minum apa makan apa dia tak akan bercakap dengan orang tu. Padahal orang tu cuma  berdiri sebelah dia pun. Tak kira lelaki atau perempuan orang yang datang tanya tak kan dia bukak mulut cakap. Aku atau hubby yang tukang cakap bagi pihak dia. Kalau suruh bangun amik tisu dekat meja lain memang dia tak kan bangun. Adik dialah yang jadi mangsa, selalu bising kat dia cakap kakak nie nak malu apa ntah...  Sebelum nie hubby aku ada jumpa dengan cikgu tentang prestasi anak-anak aku di sekolah. Alhamdulillah mereka takde masalah dengan pelajaran dan pelajarannya sentiasa memuaskan hati aku. Cuma cikgu ada cakap yang anak aku nie misteri. Sebab apa dia cakap macam tu dekat anak aku...sebab selama 2 tahun dia mengajar anak aku dia masih tak dapat mengenali siapa Nabillah Farhanah. An

Bercucuk tanam....

Imej
Harap-harap suburlah pokok aku nie :D Aku mula kembali dengan hobi aku masa zaman anak dara dulu. Kalau dulu aku rajin tanam pokok terutama pokok bunga kertas. Macam-macam warna aku tanam dan jaga tapi tu dulu masa kat kampung. Sekarang sejak dah berkahwin aku lupakan hobi tu. Sejak hubby bawak balik pokok lidah buaya, aku terpikir untuk kembalikan semula hobi aku yang dulu. Hubby aku pun sokong jerk apa yang aku nak buat. Kalau ikutkan hati nak jerk aku tanam macam-macam tapi memandangkan rumah aku apartment jadi kawasan yang ada agak terhad. Sekarang aku hanya ada dua jenis pokok jerk iaitu pokok lidah buaya dan juga belalai gajah. Pokok lidah buaya nie dah banyak kali jugak aku potong untuk merawat luka kat anak-anak aku tu. Macam pokok belalai gajah nie aku dapat dari opismate aku. Pokok nie boleh menghalang kanser. Boleh baca info pokok  belalai gajah dekat  sini . Aku x sabar nak tunggu pokok-pokok aku nie membesar. Korang suka tak bercucuk tanam? :D

Wordless Wednesday

Imej
Esok nak dating tengok citer nie :D

Yang kedua, 2013

Imej
Novel aku yang ke 2 tahun nie, Jauh Dari Cinta. Belum habis pun membacanya sebab baru beli semalam. Kalau dah mula membaca memang tak boleh buat benda lain dah. Selagi tak habis novel nie memang aku tak puas hati.. Tapi tidaklah sampai tanggungjawab aku abaikan.. Target aku nak cuba membaca sekurang-kurangnya 10 buah novel tahun nie...hihihi tapi xtaulah berjaya ke tidak. p/s:   Since anak buah baru ada kat umah aku hari Sabtu dan Ahad haritu, aku berpeluang mandikan dia. Dah lama tak mandikan baby rasa kekok kejap.. :P 

Anak buah baru....

Imej
Alhamdulillah, semalam adik ipar aku telah selamat melahirkan anaknya yang ke 2 secara pembedahan. Bertambah lagi seorang ahli keluarganya. Sebelum nie dia dapat anak perempuan, kali nie anak lelaki. Dah sepasang anak dia. Anak kali nie pun tengok x banyak ragam jika dibandingkan dengan sebelum nie.  Orang yang paling suka mestilah mak mentua aku. Sekarang dah ada 5 orang cucu semuanya. Lepas nie tunggu giliran adik ipar aku yang baru kahwin haritu pulak. Semoga ada rezeki buat mereka untuk menimang anak nanti. Jangan putus asa terus berusaha dan berdoa semoga ada rezeki nanti.. In shaa Allah.. 

Hidung berdarah

Imej
Google Anak korang pernah x terjadi hidung berdarah? Anak aku si Aiman dalam sebulan atau dua bulan mesti jadi. Mungkin sebab panas dalam kot. Malam tadi pun sama juga berdarah hidung. Sebelum nie kalau berdarah   hidung aku suruh dia baring atau dongakkan kepala dia. Rupanya salah cara aku tu. Aku buat macamtu sebab dulu masa adik aku kecik-kecik mak aku selalu suruh buat macam tu jadi aku pun dah terbiasalah. Kalau dulu mak suruh letak daun sirih kat hidung untuk hentikan pendarahan. Tapi sekarang aku letak ketul ais jerk untuk bagi darah berhenti. Dulu adik aku yang no. 3 memang kerap berdarah hidung, sekarang anak aku pun sama jugak. Aku dapat info tentang darah hidung tu dekat sini . S ape ada tips atau pengalaman tentang nie bolehlah kongsikan dengan aku.  p/s : x sabar nak tengok baby baru petang nie. :D

Wordless Wednesday - Baby

Imej
Google Esok adik ipar aku akan melahirkan anaknya secara pembedahan. Bertambah lagi seorang ahli keluarga. Semoga segalanya dipermudahkan.. Amin p/s : In shaa Allah tahun depan kalau ada rezeki giliran aku plak :P

SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY "Suka-suka nak bagi hadiah..........."

Imej
Hadiah yang paling aku suka....... Bercuti ke Cameron Highlands berdua dengan hubby sebab ini tempat honeymoon kitorang :D. Terpaksa tinggalkan anak-anak sebab nak merasa saat-saat manis bersama hubby macam mula-mula kahwin dulu...hahahahaha..... (ayat x boleh blah) Aku nak Samsung Galaxy Note II nie... :P Kalau nak beli pakai duit sendiri tersangatlah sayangnya...uhuhuhu.... Itu jelah yang aku nak, kalau ikutkan hati banyak je yang bermain-main dalam pikiran aku nie..hihihi...  P/s : kalau korang nak join boleh masuk  SINI

Masker

Imej
Hari nie aku kejekan muka hubby aku. Lepas aku facial muka dia aku maskerkan muka dia. Dah lama sangat aku tak belek muka dia, dulu rajin jerk aku buat sampai akulah yang tukang cukurkan janggut dia bagai tapi sebab si kecik jealous aku layan lebih kat papa dia jadi dah lamalah muka laki aku terbiar macam tu jerk...hihihi... Kebetulan hari nie mood Aqeef elok jadi aku 'polish' la muka hubby aku :-D

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Imej
Klik  SINI  untuk join. Sape tau kalau bertuah boleh menang perfume :D tarikh tutup: 14.04.2013 

Resepi Aiskrim

Imej
Atas permintaan kawan-kawan semua, harinie aku nak kongsikan resepi untuk buat aiskrim..cehh macamlah terror sangat kan..hihihi. So sape-sape yang rajin tu bolehlah buat esok sebab hari cuti kan...  Bahan-bahan:- 1 tin susu cair  Sebiji telur 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar penuh ovalette 3 sudu gula pasir  1 sudu susu pekat 4 sudu serbuk koko - diayak dulu / Apa-apa perisa kegemaran  korang - jagung, strawberi, vanila atau apa-apa saja Cara-cara 1.  Masuk semua bahan dalam mangkuk kecuali perisa kegemaran. Pukul adunan hingga     pekat dan likat...(Kalau ada mixer pakai mixer lah.. aku sebab xde jadi aku pakai blender jerk) 2.  B ila dah betul-betul kembang dan likat..bahagikan kalau nak buat 2 perisa. Masukkan perisa kegemaran. Pukul sekejap.. 3.   Tuang berselang-seli dalam bekas. Hias dengan coklat cip. Simpan dalam peti sejukbeku  4-5 jam dengan suhu maksimum sejuk. Jgn tutup bekas...dah betul2 beku baru tutup.. *Kalau korang suka

Homemade Aiskrim

Imej
Dah lama  aku nak buat tapi sebab masa dan jugak satu barang yang aku tak beli jadi asyik tertangguh jerk. Sabtu lepas aku buat aiskrim nie, nasib baik Just tolong belikan ovalette nie kalau tidak, tak menjadilah aiskrim aku nie. Percubaan pertama buat aiskrim sendiri dapat pujian...sebenarnya senang jerk pun nak buat aiskrim nie cuma kalau kali kedua aku nak buat kena kurangkan sikit gula dan nak kena blend tu agak kasar sikit. Hubby aku cakap terlalu halus sgt aiskrim nie. Aku guna blender jerk sebab takde mixer. Senang jerk masukkan semua bahan dalam blender dan blend. Lebih kurang dalam 4 jam aiskrim dah keras dan boleh dimakan. Itu pun sekejap-sekejap si Aiman bukak peti ais tanya dah boleh makan ke belum. Oklah kan pasnie aku tak payahlah beli aiskrim kat luar boleh buat sendiri..hihihi. Aiman cakap lepas nie kalau buat dia suruh aku campurkan perisa strawberry dengan vanilla.  p/s : hari nie nak buat aiskrim goreng 

WW - Mask

Imej
Semalam balik keje anak aku sambut aku dengan  rupa macam nie terkejut beruk aku! Nasib baik mamanya xde sakit jantung... 

Kad untuk Alang...

Imej
Hari Sabtu yang lepas adik ipar aku ikut suaminya tinggal di Sabah, jadi pertama kali dia berpisah dengan anak-anak aku sebab sebelum dia berkahwin dia memang tinggal sekali dengan aku. Bila dah lama tinggal sekali memang sedihlah bila dah berpisahkan..paling ketara dekat anak-anak akulah. Isnin haritu aku nampak anak aku Aiman amik gunting, kertas dan colour magic. Aku ingatkan, dia nak buat kerja sekolah rupanya buat kad ucapan untuk Alang dia (panggilan untuk adik ipar aku). Kalau x aku xtau pun dia buat kad tu untuk Alang dia sebab dia x tunjuk pun kat aku. Aku jumpa kad tu masa aku kemas dekat laci buku anak aku. Bila baca kad tu aku rasa tersentuh sangat. Aku snap kad yang Aiman buat tu terus aku whatsapp kat adik ipar aku. Dia apa lagi sedihlah... Sekarang nie hari-hari dia berwechat ngan Alang dia. Aku cakap nanti kalau cuti sekolah kita pergi tengok Alang kat Sabah. Bukan main suka lagi bila aku cakap macam tu.  Xpelah yang paling penting jauh di mata dekat dihati...

Barang lama....

Imej
Minggu lepas balik kampung MIL, singgah rumah arwah Tok Yah sebelah hubby sebab MIL nak amik barang dia sebelum rumah tu disewa kat orang. MIL aku cakap dia nak amik gelas yang dia beli sebelum dia  kahwin lagi ngan arwah FIL aku. Dia cakap dia sayang gelas tu sebab dia beli dengan gaji pertama dia dulu. Wah.. terkejut aku sebab masih elok lagi gelas tu dia jaga. Kalau hubby aku sekarang dah 35 tahun jadi umur gelas tu lebih kurang 39 tahun. Lama jugak jangka hayat gelas tu. Ada lagi yang MIL aku simpan elok pastu dia bagi kat aku, macam set cadar baldu yang masa tu hubby aku baru je dilahirkan. Serius aku tengok masih elok lagi. Aku pernah jugak guna masa aku bersalinkan anak sulung pastu aku simpan. Siap pesan kat aku simpan elok-elok barang yang mama bagi nie...uhuhuhu... Korang ada x barang yang lama dan masih elok dalam simpanan? :P

Malam tadi....

Tengok wayang citer G.I. Joe, memang best citer tu. Aku x pandai nak review macamana cuma yang boleh aku cakap x rugi kalau korang beli tiket tengok citer tu sebab memang x menghampakan. Dari mula sampai habis xde pun part yang membosankan. Tapi aku rasa mungkin akan ada lagi G.I. Joe seterusnya kot sebab yang jahat si Cobra tu dapat lepaskan diri. So kita tunggu jelah nanti erk...hihihi.. Semalam aku nyaris-nyaris x dapat keluar tengok wayang. Si Aqeef macam tau-tau jerk aku ngan papa dia nak keluar dating, dia boleh plak berkepit ngan aku. Time aku nak bersiap  time tulah dia nak tidur atas riba aku. Semalam pun aku keluar pukul 10.15 dari rumah. Masa tu dia dah bangun dari tidur, mula-mula nampak cool jerk tengok aku bersiap, siap pesan ngan aku beli jam Ben10 dia tu. Lepas aku dah siap semua jerk, nangis-nangis nak ikut aku..siap cakap yang dia dah wangi dah boleh ikut aku keluar. Alahai time tu aku rasa kesian sangat kat dia. Meraung dia aku tinggalkan, kalau ikutkan hati aku

WW - G.I. Joe

Imej
Hari nie dating tengok citer nie. Sape-sape yang dah tengok cuba citer sikit.. Best x? :)

Alkaline

Imej
Korang pernah dengar x pasal air Alkaline nie? Aku pun sebenarnya baru jer tau, itu pun sebab aku baca blog  BEN ASHAARI . Aku memang suka mencuba apa produk pun kalau ianya untuk kesihatan. Semalam aku whatsapp BEN ASHAARI  untuk order air nie. Oleh sebab aku jauh, dia bagi contact no. member Alkaline yang berdekatan dengan aku, dan malam tadi aku beli sebanyak 12 botol untuk percubaan. Aku bagi anak aku si Aqeef minum, bukan main suka lagi dia sampai habis sebotol. Rasa dia manis payau sikit. Aku pun baru jerk minum 2 botol mungkin x berapa lagi nampak kesan positif pada diri aku. Cuma yang aku perasan badan aku terlebih cergas plak hari nie... Kalau nak tau lebih lanjut mengenai air Alkaline nie boleh baca kat SINI  atau korang boleh terus emai l  benashaari@yahoo.com .         p/s : sharing is caring :D