Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Bye Bye 2012 Hi Hi 2013

Imej
Cepatnya masa berlalu esok dah pun masuk tahun 2013. Ermm... kalau nak cerita kisah yang terjadi sepanjang tahun 2012 banyak sangat...rasanya 1 hari pun x habis cerita tapi apa yang pasti aku harapkan tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik buat aku sekeluarga dari tahun ini. Semoga kalian juga akan terus menjadi insan yang bertaqwa di dunia & akhirat. Amin...

Pelat

Sekejap betul  masa berlalu, hari ini Jumaat yang terakhir dalam tahun 2012. Pejam celik anak-anak pun makin membesar. Alhamdulillah bersyukur di beri peluang masih bernafas di muka bumi Allah ini. Anak akulah penawar suka duka aku. Harta aku dunia akhirat yang paling berharga. Semoga mereka menjadi anak-anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Uhuhu...terasa sebak lah pulak... Nak citer pasal anak aku yang bongsu tu memang manja betul ngan aku. Yalah nama pun anak bongsu kan mestilah manjanya terlebih. Anak aku walaupun dah berumur 3 tahun tapi ada sesetangah perkataan yang dia sebut tu masih pelat. Ha nie antara perkataan-perkataan pelat dia tu. Shisheng = Kencing Kudung = Dukung (cakap terbalik la pulak nie gara-gara aku selalu ckp terbalik ngan hubby aku la nie) Kukuk = Duduk Takap / Kacap = Cakap Menmenmen = Spiderman Itom = Nestum Ashka = Aiskrim Ha tu dia...dulu masa mula-mula dia cakap pening jugak aku nak paham tapi sekarang dah paham. Aku betu

Sape pernah main nie?

Imej
Google Ha siapa pernah main kad-kad nie angkat tangan.... aku kalau xde keje bila cuti selalu jugak main kad nie. Ajak anak-anak ngan hubby main sekali. Aku rasa kad nie masa aku kecik-kecik dulu dah ada. Sekarang anak-anak aku pulak yang main. Seronok, tapi dalam banyak-banyak tu yang paling aku suka main Donkey. Kadang-kadang kalau balik kampung, pakcik makcik aku pun main sekali. Tiap kali main kad nie kecoh satu rumah hehehe... Disamping tu dapat jugak merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang adakan. 

WW - Senyum

Imej

Alahai anak bujangku.....

Imej
Nilah dia rupa almari baju anak bujang aku. Setiap minggu wajib aku kena kemas balik. Dah banyak kali aku pesan setiap kali nak ambik baju jangan punggah, ambik elok-elok. Sehari dua je ok ikut peraturan lepas tu jadi berselerak semula. Adoi...pening aku dibuatnya...sesungguhnya memang susah nak mendisiplinkan anak lelaki dibandingkan anak perempuan! Mulut aku nie dah x larat nak membebel lagi dah pasrah jelah...tapi aku memang nak anak aku jadi seorang yang berdisiplin. Bukan aku x ajar macam mana nak ambik baju elok-elok tanpa perlu selerakkan, nak kemas almari sendiri tapi kalau dah namanya anak lelaki memang susah. Ermm...korang ada masalah yang sama x dengan aku? :P

33 sudah! :D

Imej
Hari ini besday kawan aku  JUST Aku doakan semoga panjang umur, murah rezeki, hepi selalu dan semoga sentiasa sihat..... Amin..... Jom ramai-ramai bagi ucapan pada dia Jangan malu-malu nak singgah blog dia ya... (^__^) p/s : Just, Isnin aku belanja makan erk :P

Weight Gain

Imej
Google A ku sebenarnya nak citer pasal hubby aku, selama lebih 11 tahun aku berkahwin dengan dia aku xnampak perubahan berat badan yang banyak kat dia. Yalah dari mula-mula kahwin sampailah sekarang nie berat badan dia memang x pernah melebihi 52kg. Secara x langsung aku pun memang xboleh lah nak melebihi berat dia.... kang kata lawan tokey plak..hihihi... Aku sebagai isteri mestilah risau, yalah xnak orang cakap aku nie xpandai jaga dia plak. Padahal aku dah cukup-cukup jaga makan dia. Dia jenis yang makan sikit tapi suka berulang kali makan. Tapi tetap maintain mcm tu jugak berat dia. Kalau dia jumpa kawan-kawan dia selalu mintak tips nak menaikkan berat dia. Ada pernah sekali aku tanya dekat dia.. "papa makan hati ke dengan mama".... dia jawab "ish xdelah, pa dah cukup bahagia dengan ma dan anak-anak...apa yang penting pa sihat tubuh badan walaupun x gemuk"... ermm.. betul apa yang dia cakap tu bukan aku x bersyukur cuma kadang tu aku jealous tengok sua

Kaki laram...

Anak bongsu aku sekarang nie dah ada perangai baru...setiap kali lepas mandi dia sendiri yang akan pilih baju apa yang dia nak pakai. Setiap kali tu jugak bila aku pilihkan baju untuk dia mesti dia reject sebab dia cakap nak pakai baju HEBAT...hahaha...baju hebat tu maksud dia baju jalan dan bukan baju basahan yang di pakai hari-hari dekat rumah tu. Lepas mandi mesti dia akan bukak almari aku ambil perfume suruh sembur kat badan dia. Sampai ada haritu menangis-nangis nak pakai seluar jeans masa tidur. So nak xnak aku terpaksa bagi jugak dia pakai. Bila aku cakap kat dia kita bukan nak pegi mana-mana pun mesti dia akan cakap dalam edisi pelat dia tu.. "Mama ninok (tengok) nie...Aqees (Aqeef sebenarnya) x pedi (pergi) mana pun.. Aqees kukuk (duduk) cini jerk..." ha tulah yang dia cakap bila dia dah bersiap selepas mandi... Alahai anak...macam-macam ragam... Tapi telatah tulah yang buat aku suka... :D p/s : Cepatnya masa berlalu....dah hampir penghujung 2012... 

Hulurkan tangan, ringankan beban...

Haritu aku ada cakap pasal aku nak join satu event kat  SINI . Dan Alhamdulillah...menurut NADIA penyertaan amatlah menggalakkan dan seramai 40 orang akan menyertai event ini.   Aku tau ramai kat luar sana yang nak join tapi x dapat sebab jauh dan sebagainya. Jadi aku menyeru dekat sini sebagai rakyat Malaysia yang prihatin untuk sama-sama kita membantu hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu anak-anak yatim ini. Sumbangan korang tu walaupun hanya seringgit amat besar maknanya bagi anak-anak yatim ini disamping dapat jugak kita menambah pahala. Besar pahalanya jika kita dapat mengembirakan orang lain lebih-lebih lagi anak-anak yatim ini. Jadi jika ada sesiapa yang ingin menderma bolehlah terjah  SINI  untuk maklumat lanjut mengenainya. 

WW - Rambut

Imej

Dah siap ker?

Lebih kurang 2 minggu lagi anak-anak kita akan naik ke alam persekolahan. Kali ini aku membuat persiapan anak-anak awal sikit dibandingkan dengan lepas. Segala keperluan anak-anak dah pun aku selesaikan cuma kasut sekolah je yang belum dibeli lagi. Itu adalah misi aku pada hari Sabtu nie. Yalah aku xnak buat di saat-saat akhir sebab aku akan mula sibuk bermula minggu nie sebab adik ipar aku akan berkahwin pada awal Januari tahun depan. Lagipun bila di saat akhir nie selalunya saiz yang dikehendaki tu xde. Korang mcmana? Dah siapkan persiapan anak-anak ker? :D p/s : masih mencari-cari baju apa nak d pakai kenduri nnt.. Peplum ker?? uhuhu

Bola Kertas

Imej
Ha.. nilah rupanya bola kertas yang anak aku buat. Dekat rumah tu ada 4-5 biji bola yang aku beli untuk diorang main tapi bola kertas ni jugaklah yang diorang main setiap hari. Bila dah hancur diorang kerjakan buat lagi yang lain. Habis surat khabar lama kat rumah tu. Alahai anak...ada jerk akal nak dibuat hari-hari. 

Chicken Chop

Imej
Anak-anak aku memang minat dengan makanan western. Bagi jelah apa jenis pun mesti dia makan dan yang paling dia suka chicken chop. Selalunya kalau makan dekat luar itulah yang diorder. Jadi semalam aku pun buatlah dengan tangan aku sendiri chicken chop nie. Simple aje gunakan tepung KFC yang aku beli di NSK. Inilah hasil air tangan aku tu... Sorang sekeping ayam kenyang buat makan malam semalam.. Alhamdulillah... :D

Jom kita join nak??

As salam semua...sekejap betul masa berlalu dah pun hari Jumaat kan. Dah nak hampir ke penghujung Disember pun. Aku busy sebab adik ipar aku nak kahwin pada 5 Januari 2013. Tengah pikir baju apa yang aku nak pakai masa kenduri tu nanti. Ada idea x? hehehe... Aku bukan nak cerita pasal tu sebenarnya, aku nak citer pasal ada seorang blogger Nadia  nak anjurkan satu event untuk bantu anak-anak yatim di  rumah amal Kasih Bestari   dekat Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Satu usaha yang sangat murni yang harus dipuji. Aku sebenarnya dah lama jugak teringin nak join event2 yang macam nie cuma xtau dekat mana nak di tuju. So bila dah jumpa nie aku pun berbesar hati untuk ikut serta event ini. Jadi sape-sape yang ingin atau berminat nak join bolehlah klik   SINI . 

Promosi Pure Marine Collagen

Imej
Perhatian!! Sesiapa yang berminat nak order pure marine collagen gred AAA, aku buat promosi bagi setiap 100 gram RM20 termasuk kos penghataran. Boleh email aku di bellaisyqeef@gmail.com

Aku hado......ko? :-)

Imej
Haritu bro BEN ASHAARI  ada bagitau pasal sape-sape yang nak tempah baju kelab blogger BA kat  SINI . Aku pun order la jugak baju tu warna merah lagi..hehehe. Sepatutnya barang aku tu sampai hari Selasa tapi oleh sebab mungkin kemalasan posmen yang hantar barang aku tu nak naik rumah aku dia cuma tinggalkan note dekat peti surat suruh aku collect barang tu di pejabat pos Bt Caves walhal ada orang kat rumah aku tu. So semalam lepas maghrib ajak la hubby pegi amik barang aku tu. Aku ingat aku sorang je yang dapat note tu rupa-rupanya lebih dari 10 orang yang dapat note yang sama dengan aku. Aku pikir mungkin posmen nie malas jadi dia tinggalkan note jerk. Aku pun tanyalah dekat kaunter tu kenapa ada orang kat rumah pun tapi boleh tinggalkan note yang kata xde orang dekat rumah dan jawapan yang aku dengar bila dia cakap biasanya panggil dalam seminit dua kalau xde orang terus dia pergi. Oo aloh...boleh pulak lagu tu...alahai posmen cubalah laksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Ituk

12.12.12

Imej
Tarikh yang cukup istimewa sebab hari ini hari jadi Abah aku.  Abah, semoga Abah di panjangkan umur, sihat selalu, dimurahkan rezeki, bahagia selalu di samping kami semua dan semoga Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup Abah di dunia dan akhirat....Amin... Sayang Abah selalu....

Tak makan nasi....

Anak kedua aku si Abang sekarang nie dah makin kurus dah badan dia. Makan pun xnak. Kadang mak mentua aku cakap satu hari x makan nasi. Memang anak aku nie jenis yang cerewet bab makan. Kalau nak bagi dia makan kena makanan yang dihidang tu mesti serba serbi panas kalau x memang dia xkan makan. Pastu tekak dia selera pada makanan jenis western. Mungkin sebab masa aku ngandungkan dia dulu aku suka makan western sampai sekarang dia terikut-ikut agaknya. Yang buat aku risau tu bukan apa, dia xmakan nasi langsung! Puas aku tanya nak makan apa, aku masak lauk yang dia suka tapi dia makan sikit jerk. Kadang tu ada lauk pun xnk makan nasi...nak makan yang bukan-bukan macam jajan, maggi, nugget, sosej ataupun daging burger. Aku xnak lah selalu sangat bagi dia makan benda-benda yang macam tu sebab bukan elok tapi bila aku x bagi kesian pulak takut dia lapar. Mak mentua aku cakap mungkin sebab cacing kot. Aku nak bagi ubat cacing kat dia tapi dia pulak yang xnak makan.  Adoii...risau aku di bua

Hantu durian...

Imej
Sape kat sini yang minat durian.. aku ler tu...hehehe..boleh dikatakan aku nie kategori hantu durian la. Aku kalau makan durian boleh je sekali makan tu 5 biji aku sorang. Itu sekarang, tapi kalau masa aku muda-muda dulu belum kahwin, aku boleh makan 10 biji durian! Oleh sebab umur yang makin meningkat kenalah kurangkan makan. Semalam dapat rezeki orang bagi durian penuh 1 bonet kete jadi aku pun bedal lah. Dan berkongsi sikit  rezeki Allah bagi pada jiran-jiran. Sampai x makan nasi aku malam tadi dok mengadap durian. Aku cuma suka makan durian yang belum di masak aje..kalau yang dah di masak macam bubur ke pulut ke aku kureng skit.  Ha tapi kalau yang durian crepe tu aku boleh je telan sampai 10biji hehehe...betul-betul punya melantak aku nie... Anak sulung aku memang xmakan langsung durian. Yang ikut selera aku cuma anak aku yang no. 2 dan 3 jerk. Nasib baik lah antibodi aku kuat, bila makan buah-buahan yang macam nie aku xmudah kena batuk..

Hobi baru

Imej
Sejak duit baru dikeluarkan aku jadi kemaruk plak ngumpul duit baru nie. Hehehe padahal senang je nak dapat duit nie kan..sekarang mana-mana kedai je mesti bagi duit baru. Sekarang nie kalau aku dapat duit kertas baru je mesti aku simpan kat tabung yang aku letak kat opis. Sayang plak nak guna duit tu sebab masih baru...hehehe... Aku dah ada RM1, RM5, RM10 dan RM20 cuma yang belum ada dalam koleksi aku RM50 & RM100 jerk. Korang pernah dapat x duit RM50 atau RM100 tu...sape ada jom tukar ngan aku...ngeh3..

Baru ku tahu.....

Hahaha...bukan senang rupanya nak jadi seorang blogger....hari-hari nak kena pikir apa yang nak aku kongsikan. Memang lah kadang-kadang tu ada idea yang datang tapi ada masa otak aku nie jem... Takut nanti entry yang aku buat orang x suka..melalut ke laut.. Memang tabik la aku pada otai-otai blogger sebab kehebatan dorang untuk menulis sampai lebih dari 2 tau 3 kali setiap hari. Aku sebagai orang baru nak kena belajar banyak lagi nie. Korang mcmana... sama x masalah ngan aku? hihihi....

Wordless Wednesday - Sedap, Pahit

Imej

Hari ini dalam sejarah....

Imej
Buat pertama kali aku bwk anak2 aku naik bas hari ini...punyalah excited diorang.....maknya yang terlebih risau.. Hehehe... Si kecik ni da mula mcm nk berlari dlm bas ni...nasib baik ada tv blh tgk.... Semoga perjalanan ini selamat sampai ke destinasi...Amin..

Bila kat kampung...

Imej
Aku seronok duduk kampung sebab boleh dapat macam2 xpayah bayar... Hehehe...X perlu beli rambutan sekilo 3ingget. Xperlu beli serai...xperlu beli daun pandan....macam2 lagi yg ada kat kampung. Bertuahnya aku ada  kampung. Dapat jugak anak2 aku tau cara hdup orang kampung. Kenal pokok itu ini..kalau tidak anak aku buah betik pun kata mangga...hihihi... Alhamdulillah...

Boleh ker??

Sekarang aku bercuti...balik kampung Kluang, Johor smpai hari Selasa. Hubby aku hantar aku balik dengan anak-anak tapi dia terpaksa balik semula ke KL pada hari Ahad. Jadi aku akan balik semula KL pd hari Selasa. Aku kena naik bas nanti sampai dekat Terminal Bandar Tasik Selatan. Fuhh... rasanya aku dah lama giler x naik bas ok! Lebih dari 10 tahun lamanya. Lagi la x pernah bawak anak-anak naik bas kalau balik ke kampung. Masalahnya sekarang nie boleh ke aku uruskan anak-anak aku tanpa hubby aku? Memang la anak aku yang dua orang tu dah besar. Tapi masalahnya si adik tu... Boleh ke kawal diri dia bila naik bas? Boleh ke duduk diam? Agak-agak bosan x diorang nanti. Yalah kalau bawak kete sendiri  bila-bila masa boleh berhenti nak berhenti..tp naik bas kenalah ikut jadual bas kan. Biasanya kalau x biasa naik bas boleh mabukkan? Macam makcik aku kalau pergi mana2 naik bas mesti dia mabuk sampai muntah-muntah. Aku risau plak kalau anak-anak aku yang mabuk..uhuhuhu.... p/s: Moral of