Bersenam dengan tali skip

Sumber Google

Ha..sejak seminggu lepas aku mula merajinkan diri untuk bersukan semula. Kalau dulu rajin jugak aku beraerobik tapi sejak ada anak 3 ni aku jadi malas. So sukan yang paling senang nak di buat adalah melompat dengan tali skip. 

Dalam seminggu aku akan buat 4 kali, sekali aku buat dapatlah dalam 300 lompatan lebih kurang dalam 15 minit. Aku rasa itu pun da cukup buat aku berpeluh dan dapatlah jugak membakar segala lemak yang terkumpul dalam badan aku ni. Tapi itu permulaan la kan..kalau boleh aku nak cuba buat 500 lompatan.. insya Allah. Sebenarnya aku pun xtau apa kelebihan skip ni tapi setelah di cari dekat pakcik google barulah tau betapa bagusnya sukan nie. 

Ha ni dia info yang aku search tadi dari google:-

Skip merupakan cara senaman yang efisien bagi menguatkan tulang. Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif. Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam. Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak. Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.

p/s : Apa lagi jomlah kita berskip pasni..dapat jugak menjaga badan da kesihatan. :P







Ulasan

  1. nak g beli tali skip la pasni.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..beli jgn x beli... nnt ajk org kt umh join sama :P

      Padam
  2. Hari itu (lama dah)kakak main skipping dgn anak dara kakak last lampu cendeliar atas terpelanting terkena tapi skipping.. Kes malu nak melompat-lompat kat luar jadi macam nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..nsb baik x kena kepalakan... Tulah bila nk main skipping mmg kena tmpt yg luaskan....hbs kakak da x main lagi ke skg ni :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Blog ohhh blog....

36 Tahun....